Berkongsi isu kontroversi, pelakon Lana Nodin berkata ada ketikanya dia perlu tampil ke hadapan untuk ‘mengajar’ netizen yang sering kali mengecamnya tanpa sebab.
Terbaharu, timbul pula isu apabila dirinya dikecam tidak memakai sarung tangan ketika sedang mengguli tepung untuk roti.
Pelakon berusia 42 tahun itu kini giat mengusahakan Lana’s Bakery Land yang baru sahaja beroperasi baru-baru ini.
“Saya sebenarnya okay je, kalau ada masa bila buat live kalau jumpa komen-komen yang perlu saya jawab saya akan balas balik.
“Cara saya, selagi kita tak bersuara sampai bila-bila mereka (haters) akan kecam saja. Ada masanya kena bersuara, tapi saya bukannya selalu bergaduh.
“Jenis yang lebih-lebih saya akan sekolahkan balik… Macam hari tu ada yang kata saya buat roti tak pakai sarung tangan, saya cakap balik mana orang buat roti pakai sarung tangan. Kau pergilah kedai mamak tu tengok sendiri.
“Saya tahu soal kebersihan sebab saya pun orang Islam. Saya nak makan pun saya potong kuku, tak pakai pun quitex (pewarna kuku).
“Benda-benda logik, yang tak logik seperti body shaming tu saya tak layan… Yang mana perlu saya tegur saya tegur, saya nak educate supaya mereka tahu,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Tokan itu ketika ditemui pada majlis pelancaran Lana’s Bakery Land di Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.
Lana pada masa sama bersyukur kerana perniagaannya itu kini mampu direalisasikan selepas dua tahun tertangguh.
“Saya usahakannya sendirian, saya belajar dari bawah. Masuk kedai bakeri orang, belajar masak, buat pastri dan sebagainya. Tiada orang nak berikan ilmu perniagaan ini.
“Saya masih dalam proses pembelajaran, selalu bertanyakan kehendak pelanggan. Macam suami saya selalu cakap, kalau nak sesuatu benda, saya perlu usahakan dari A to Z,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seakan tidak boleh ‘move on’, tindakan pelakon Oktovia Manrose memuat naik fotonya bersama pasangan pengantin baru, Nelydia Senrose dan Hafiz menerima reaksi sinis netizen.
Dihujani reaksi pelbagai di ruang komen, ada netizen yang dilihat memberi amaran keras agar tidak mengganggu pasangan pengantin baru itu.
Terdahulu, sempena meraikan detik bahagia Nelydia, Oktovia merakamkan rasa kasih dan sayang buat sepupunya itu.
“Happy b, happy me . That’s all i wanted . Finally , selamat diijab kabulkan . Alhamdulillah. Selesai semua dengan sempurna sekali . Last night everything was beautiful b , especially you.
“I wish all the happiness that u have been looking for will come to you starting from now on . InsyaAllah. May allah guide hafiz to be a good leader , guider , friend and husband to you. Dan kekal hingga ke jannah . Amin.
“B @nelydiasenrose , walaupun baby hafiz yang punya sekarang , tapi baby tetap angah yang punya selamanya . Keep that in mind always . Enjoy your marriage life ! I love you forever #myotherhafeznel.”
Pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin menyambut ulang tahun kelahirannya semalam.
Dalam pada itu, sahabat baiknya, Nur Fazura Sharifuddin, Fattah Amin dan beberapa sahabat terdekat turut meraikan majlis hari jadi buat Rizman bertemakan Arabic Night.
Difahamkan majlis tersebut diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
Tidak dapat menahan sebak kerana terlalu teruja, Rizman tampak tenang memotong kek bertingkat dengan simbolik berwarna hitam-putih.
Selain itu, Fazura tampil manis berniqab dengan rona ungu cair menyerlahkan lagi majlis, manakala Fattah persis lelaki Arab.
Foto : Instagram Fazura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan pelakon, Sherry Al Hadad tampil sebagai pengganti kepada rakan hos program Gegar Vaganza 11 (GV11), Jihan Muse bermula minggu kelima konsert.Untuk minggu-minggu...