Pengacara dan personaliti televisyen, Anim Ezzati Rizki berkongsi detik cemas apabila memaklumkan kedai motosikal milik suaminya telah dipecah masuk pada hari Sabtu yang lalu.
Jelas Anim, jumlah kerugian yang dialami dianggarkan bernilai RM20,000.
Katanya lagi, suaminya itu baru sahaja memulakan perusahaan tersebut dengan menggunakan duit simpanannya sendiri.
“KEJADIAN KENA PECAH MASUK Workshop my husband @duckmotor_ kat Saujana Utama 3 kena pecah masuk around 5 pagi hari sabtu lepas.
“Hari Sabtu pagi tu datang kedai, barang motor mostly yang sangat berharga (my husband cakap dia boleh setup kedai baru dengan barang yang dia rompak) dah kosong. Kos kerugian almost 20k.
“Masa ni semua dah termenung. Sebab my husband spent semua saving dia just untuk open up new business. Dia buat event sebelum ni, event skrg tengah slow.
“So business workshop tengah Alhamdulillah sangat2, kena pulak pecah masuk,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas pengacara program 999 itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, Anim dan suaminya mampu menarik nafas lega apabila pihak polis difahamkan telah berjaya memberkas kesemua perompak tersebut selain turut dibantu oleh warga penduduk di kawasan tersebut.
Kesemua barangan yang hilang telah ditemui semula bersama perompak perompak tersebut.
“Bila tengok rakaman cctv, 4 orang yang buat job ni, rupanya memang yang dikenali. Malah, salah sorang tu pernah kerja dengan kami di @duckmotor_ . Pernah jadi pomen kitorang jugak.
“Logik lah sebab cara dia buat job memang macam dia dah tahu apa barang ada n letak kat mana. Budak lagi diornag ni. Bawah 20 tahun semua.
“Lepas buat report polis, semua yang kenal @duckmotor_ tolong cari suspek2 ni. Lepas macam2 cerita, akhirnya diorang tumpas!! Petang Ahad, dapat tangkap di Kuang. Barang2 semua 90% dapat balik. Alhamdulillah,” jelasnya lagi.
Pada masa sama, ibu kepada seorang anak ini turut berasa agak sedih selepas mengetahui salah seorang daripada perompak tersebut merupakan bekas pekerja kedai motosikal suaminya sebelum ini.
“So Anim just nak cakap terima kasih banyak-banyak budak2 SU3 yang banyak tolong my husband. Diorang bg info tak henti2 kat mana suspek ada semua. And of course, team Tuan Hadi IPD sg buloh banyak sangat bantu selesai kan kes ini dan diorang sangat pantas bertindak. Tak sampai 24 jam budak-budak tu dah kena cekup.
“Salah sorang suspek tu, my husband pernah jaga dia masa dia kerja dengan kitorang. Belikan baju, belanja makan. Hari2 takde duit, minta and my husband bg. Sebab dia susah.
“Tapi tu lah, hati manusia lain-lain. So amek pengajarang k korang. And kitorang pun akan lebih berjaga2 dari segi security kedai,” ujarnya lagi.
Sumber: Instagram Anim Ezzati Rizki