
Baru sahaja melangsungkan perkahwinan 13 Disember lalu, pengacara dan pelakon Ain Edruce berkongsi posting terbaru di laman Instagram.
Malah, bintang tinggi lampai itu turut mahu ‘tag’ suaminya bersama di ruangan kapsyen.
Bagaimanapun apabila meninjau di ruang komen, rata-rata netizen bertanya mengapa wajah lelaki di Instagram cukup berbeza dengan wajah suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa meski punya nama yang serupa.
Malah ada yang bercanda, mendakwa pelakon berusia 27 tahun ini ‘tersalah suami’.
View this post on InstagramA post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce) on
Ain bagaimanapun telah membetulkan kesilapannya di ruang kapsyen.
Terdahulu, pasangan ini diijabkabul pada 13 Disember di Quill City Mall selepas bertunang pada 22 Jun lalu.
Foto : Instagram Ain Edruce
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Terlalu Berat Untuk Saya Cerita…,” – Mimpi Seram Macam Ular & Bergaduh Dengan Lembaga Hitam, Bella Astillah Ulas Isu Terkena Sihir Pemisah

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendedahkan, dia dan suaminya, Aliff Aziz, 31, menjadi mangsa sihir pemisah rumah tangga yang didakwa telah dihantar oleh seorang wanita.
Menurut Bella, sihir tersebut dihantar dengan niat untuk melihat rumah tangganya dengan Aliff retak.
“Sebenarnya terlalu berat untuk saya ceritakan. Tapi, menurut kata ustaz yang merawat, itu adalah sihir pemisah rumah tangga. Hubungan saya dengan Aliff juga jadi tak okay disebabkan perkara itu.
“Tapi Alhamdulillah, sudah ada perubahan selepas kami berubat. Saya juga bersyukur sebab Aliff pun terbuka hati untuk ikut berubat sebab ramai pasangan yang terkena perkara sebegini enggan untuk berubah,” katanya.
Bella berkata demikian ketika ditemui di sidang media Family Duo musim terbaharu yang diadakan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada Selasa.
Mengambil iktibar daripada apa yang berlaku, Bella mengakui kini telah mula mengurangkan perkongsian tentang keluarga di media sosial.
“Kami anggap ini ujian dan mungkin teguran untuk saya juga untuk mengurangkan membuat perkongsian di media sosial.
“Di kesempatan ini, saya minta maaf sangat-sangat jika ada mana-mana pihak yang tidak selesa dengan perkongsian saya di media sosial selama ini.
“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam berkongsi tentang keluarga di media sosial,”katanya.
Dalam pada itu, Bella juga sempat berkongsi tentang gangguan-gangguan yang dialami mereka sekeluarga dengan antaranya mimpi buruk.
“Saya pun ada mimpi ular. Tetapi Aliff alami mimpi yang lebih buruk seperti saya bawa balik lelaki dalam rumah dan nampak saya bergaduh dengan lembaga hitam.
“Tetapi, selepas episod hitam itu berakhir, saya dan Aliff kini sedang memperbaiki diri masing-masing. Mungkin ada kekhilafan saya juga.
“Terima kasih kepada Aliff yang sentiasa ada di sisi saya selain sering memberikan sokongan moral. Kami sedar, kami perlu kuat untuk pertahankan rumah tangga kami,” katanya.
Tambah Bella, Aliff juga telah menasihatkannya untuk tidak cuba mencari dalang yang menghantar sihir tersebut selain mahu meneruskan kehidupan seperti biasa.
Terdahulu, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 namun bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula ketika dalam tempoh edah.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad Ayden Adrean, 5, dan Ara Adreanna, 2 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Menangis…Saya Percaya Mati Itu Pasti,” – Perkongsian Hijrah Nonny Diiringi Linangan Air Mata

Tidak mampu membendung airmata sepanjang perkongsian penghijrahannya, pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah, berkata, dahulu cintanya terhadap manusia membuatkannya dirinya alpa kepada Allah.
Mengakui percaya akan kebesaran Yang Maha Esa, akan tetapi masih tiada perasaan keberadaan Allah di dalam hidup membuatkannya terus leka dan berbuat dosa ketika itu.
“Sebelum ni kita hanya bercakap mengenai Allah tapi kita tak rasa keadaan yang Dia memang betul-betul wujud.
“Kalau kita percaya Dia ada, baru kita betul-betul akan ada perasaan bersalah, perasaan takut. Sebab itu kita berani buat benda bukan-bukan,” jelasnya menerusi temu bual di program Salam Hijrah.
Katanya lagi, dia percaya kepada kematian dan atas sebab itu dia tidak mahu menyelak ‘kain’ orang lain dan sentiasa muhasabah diri.
“Saya rasa nak bertudung adalah, kita manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Apa yang saya selalu pesan kepada diri adalah jangan suka mencari kesalahan orang lain.
“Saya muhasabah diri untuk menjadi orang yang lebih baik, sebab itu saya bertudung. Dan kita percaya mati itu pasti.”
Malah, cinta kepada makhluk melebihi cintanya kepada Allah membuatkan hidup bintang ini terus gelisah.
“Allah nak uji kita bila kita sayang sangat dengan sesuatu itu, seperti makhluk, anytime Dia boleh tarik. Ada seorang kawan berkata, mungkin saya terlalu sayang dekat makhluk ini sehingga saya lupa dengan Dia.
“Saya terus tersentak. Saya tiada jawapan. Saya tak salahkan orang lain. Saya salah diri sendiri. Saya perbaiki diri saya.
“Ya Allah, Kau jadikanlah aku orang yang lebih baik daripada sebelum ini. Kau angkatlah doaku, Kau makbulkanlah doaku. Saya menangis atas tikar sejadah.
“Saya menangis. Saya menangis. Saya menangis. Saya menangis. Saya menangis. Setiap hari saya menangis. Saya merintih dengan Dia.
“Ya Allah, tolonglah aku Ya Allah, tolonglah aku. Ya Allah, tolonglah aku. Aku sakit Ya Allah, aku sakit dan aku sedih,” sesi luahan terhenti beberapa kali apabila Nonny tidak mampu menahan tangisan.
Meskipun risau dengan perubahan penampilan yang mungkin menjejaskan periuk nasinya dalam dunia lakonan, ulasnya, Allah ada perancangan yang lebih baik.
Malah bersyukur peminat terus mendoakannya untuk menjadi yang lebih baik.
“Di mana saya risau, orang boleh terima ke aku bertudung ni. Tapi saya percaya itu dengan izinNya.
“Tapi seorang sahabat saya berkata, apabila kita ingin berubah ke arah yang lebih baik, Allah akan angkat darjat kita kepada yang lebih baik.
“Teruskan mendoakan saya, dan saya akan terus doakan kalian. Semoga kita dapat berpimpin tangan untuk masuk syurga” ulasnya yang turut menzahirkan rasa terima kasih buat Heliza Helmi dan Mila Jirin di atas sokongan dan nasihat untuknya terus istiqamah.
Foto: Facebook Salam Muslim, Instagram Nonny Nadirah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
#MHSpeku : Janna Nick Tak Puas Hati?

Eh apa dah jadi? Tiba-tiba sahaja Janna Nick telah muat naik tweet seperti sedang berlawan dengan perasaan.
Dengan cukup ringkas, MH boleh rasakan Janna seperti sedang berdepan dengan sesuatu yang mencabar kesabarannya.
ya Allah menggigil aku…sabarkan aku…
— JANNA NICK (@jannanick95) November 11, 2017
“Ya Allah Menggigil aku…sabarkan aku…”
Walaupun semua tidak tahu apakah yang dimaksudkan oleh Jannah sebenarnya namun pengikut-pengikut Twitternya tidak berhenti memberi kata semangat dan positif buat pelakon ini.
Antaranya seperti
be strong mommy..take a breath and Release your breath slowly ok mommy keluarkan aura negatif dalam diri mommy ambik positif saje ?
— Nasuha Nadja (@SchaSuhaSukri) November 12, 2017
Sabaq dik..sabaq. Tabahkan hatimu selalu..bawa bertenang. Moga dipermudahkan semuanya. Jaga diri, kawal emosi.
— AIRA MAYA-158 (@ciksederhana_my) November 11, 2017
Be strong dear.. Allah bersamamu.. kmi pn bersama mummy jgk.. insya Allah kami sentiasa ada untuk support u.. i know u’re strong.. Allah nk uji u d saat ini.. ada hikmah di sebaliknya? love u.. take care love??
— Hafawati_Jnfc515 (@hafahamzah) November 11, 2017
Be strong mommy. We always behind you. Sentiasa support janna. Kami tau janna seorang yg kuat dan tabah. Jaga diri awak jaga kesihatan.
— paan_jnfc279 (@4rhan_) November 11, 2017
Namun dalam masa 14 jam yang lalu, Janna turut memuat naik tweet berbunyi kekesalan.
Menurutnya, kini barulah dia faham perasaan senior-seniornya dan mengatakan jangan terawang-awang dengan kegemilangan.
baru aku faham pesanan senior2..
“jangan terawang2 dengan kegemilangan” ##diatv3 #teamaira #diatv3— JANNA NICK (@jannanick95) November 11, 2017
Tetapi MH sendiri tidah tahu adakah posting ini ada kena mengena atau mungkin hanya sekadar kebetulan sahaja.
Sekirannya ya, MH doakan semoga Janna sentiasa bersabar dan memaafkan apa yang terjadi.
Individu yang kuat adalah individu yang sentiasa memaafkan kesilapan orang dan tabah walau apa yang berlaku.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI