Sudah tujuh bulan bergelar isteri, pelakon Nelydia Senrose mengimbau detik pernikahanya pada 6 April lalu bersama suami, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.

Kongsi pelakon drama Lelakimu Yang Dulu itu, ketika majlis itu berlangsung, dia dalam keadaan keliru sama ada perlu bersalam atau menyarungkan cincin terlebih dahulu.

“LOL masa ni masing-masing nervous so tak tahu patut salam dulu ke sarung cincin terus, nasib baik Nely pandai cover terus konon-konon pegang my mother in law padahal tangan yang dihulur belum disambut lagi hahahah.

“Mama and my mother in law cantik sangat-sangat kan?,” tulisnya.

IKLAN

Terdahulu, pasangan itu dinikahkan bapa Nelydia, Nik Sen Mat Rifin dan disaksikan Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd Hamid dalam satu majlis tertutup diadakan di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur.

IKLAN

Nelydia, 24, menerima mas kahwin berjumlah RM10,000 berserta sembilan dulang hantaran berbalas 11 daripada Mohd Hafez.

Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga.

IKLAN

Foto / Video : Instagram Nelydia Senrose

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI