Pernah mencetuskan fenomena pada lewat tahun 90-an kumpulan, New Boyz akhirnya bersatu kembali di Konsert New Boyz: Sejarah Mungkin Berulang yang berlangsung di Petaling Jaya Performaning Art Center (PJPAC), Petaling Jaya pada Jumaat.
Para penonton mula memenuhi segenap ruang dewan sejak jam 8 malam. Bagi peminat tegar New Boyz yang dikenali sebagai NBianz, ada diantara mereka yang mengenakan seragam sekolah. Ingin mengimbau zaman remaja katanya.
Menariknya, konsert seramai lebih 700 orang ini bukan sahaja dihadiri peminat dari Malaysia tetapi juga negara jiran seperti Singapura, Brunei dan Indonesia.
Tepukan dan sorakan gemuruh nyata menggegarkan seluruh pelusuk dewan saat New Boyz naik ke pentas. Mereka membuka tirai konsert menerusi empat buat lagu iaitu Cuba-Cuba, Iye Iye Iyo, Kejora dan Hiasan Laman Rindu.
Sepanjang konsert yang berlangsung hampir dua jam setengah itu, vokalis New Boyz yang juga merupakan penyanyi terkenal, Tomok turut mengimbau kambali memori-memori manis sewaktu mereka menjadi kegilaan para remaja satu ketika dahulu.
Malah, New Boyz juga turut membawakan beberapa buah lagu secara akustik seperti Norkia dan Hanya Tinggal Sejarah.
Sementara itu, New Boyz akui terharu selepas mendapat kiriman video ucapan selamat daripada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Mereka pernah berada di bawah satu bumbung sewaktu bersama syarikat rakaman, Suria Record.
Keterujaan peminat makin membuak-buak sehingga ada yang mengerumuni bahagian bawah pentas ketika New Boyz menyanyikan lagu-lagu hits mereka seperti Marah Bukan Sifatku dan Sejarah Mungkin Berulang.
Tomok dilihat seakan tidak dapat menahan air mata ketika menyanyikan lagu terakhir yang juga merupakan lagu yang menaikkan nama kumpulan tersebut yang berjudul Meraung.
Ketika ditemui media usai konsert, Tomok akui dirinya tidak dapat menahan sebak bila mengenangkan perjalanan kumpulan tersebut sejak 24 tahu yang lalu.
“Sebenarnya setiap lagu membuatkan saya rasa nak menangis. Kami sudah terlalu lama tidak mengadakan konsert dan berhadapan dengan penonton seperti ini.
“Ketika buat persembahan tadi, saya menahan air mata sebenarnya. Sebak kalau imbau kenangan lalu. Ketika membawakan lagu Meraung, bulu roma pun naik. Kalau saya menangis, memang tak dapat menyanyi,” katanya.
Sementara itu, Tomok juga menyatakan hasrat untuk mengadakan konsert berskala besar sempena 25 tahun New Boyz pada tahun hadapan.
Malah dia juga terbuka sekiranya ada pihak yang sudi ingin menjadi rakan penaja.
“Sebenarnya kami ada merancang untuk buat konsert berskal besar pula pada tahun hadapan bersempena 25 tahun penubuhan New Boyz. Kalau ada penaja kami mahu buat di tempat yang jauh lebih besar.
“Konsert seperti ini yang saya buat dengan duit sendiri pun saya dah cukup happy. Ini juga merupakan satu statement kepada pihak luar untuk mengatakan yang New Boyz ini juga boleh boleh menjayakan konsert yang hebat kalau ada pihak penaja.
“Kami bukan hanya ada satu lagu hits tapi kami ada banyak lagu yang boleh sing along dan tarik orang datang. Jangan takut rugi kalau nak taja kami buat konsert InsyaAllah,” akhirinya.
Pada kontert ini, New Boyz dianggotai gabungan ahli lama dan baru yang terdiri daripada Tomok (vokal), Jay (Gitar), Afiez (gitar), Lan (bass), Zack (bass) dan Ristoe (drum).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI