Pelakon Dini Schatzman yang baru sahaja meraikan ulang tahun pertama perkahwinannya bersama aktres, Janna Nick pada Ahad lalu tampil berkongsi mengenai rutin bahagia mereka sebagai pasangan suami isteri.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan menerusi Instagram, Dini tidak menafikan gaya hidupnya banyak berubah ke arah kebaikan sejak membina masjid bersama Janna.
Selain menyifatkan bulan madu di Tanah Suci sebagai satu momen paling bermakna di dalam hidupnya, Dini turut mengakui mereka akan
“Hidup bersama sebagai suami isteri, sudah tentu kami banyak rakam dan muat naik dalam media sosial. Tetapi ada banyak lagi momen yang orang tak nampak dan sudah tentulah kita tak kongsikan.
“Rutin kegemaran yang kita tidak kongsikan kepada umum ialah adalah setiap malam apabila kami pulang, tak kiralah jika salah seorang daripada kami pulang awal atau sebaliknya.
“Kita akan tunggu untuk mandi sama-sama dan selepas itu kita akan solat. Kemudian saya akan sikat rambut awak sebelum tidur. Bagi saya ia adalah rutin terbaik yang kami buat.
“Kalau tak sempat buat, rasanya seperti malam itu tidak lengkap,” katanya di dalam video berdurasi lebih empat itu.
@mediahiburanofficial Sama cantik sama padan, Janna Nick dan suaminya, Dini Schatzmann menuju ke pentas bersempena dengan ulang tahun pertama perkahwinan mereka ♥️ #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan
Terdahulu, video berkenaan dibuat tanpa pengetahuan Janna dan ia ditayangkan kepada tetamu bersempena dengan majlis ulang tahun perkahwinan pertama mereka.
Imbas kembali, pasangan sama cantik sama padan ini melangsungkan majlis pernikahan secara tertutup di sebuah resort mewah di Langkawi pada 10 Jun, tahun lalu.
Janna menerima mas kahwin sebanyak RM2,703 sebagai simbolik tarikh perkenalan mereka 27 Mac 2019.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI