“Saliran Pernafasan Dah Mula Sempit, Terpaksa Guna Oxygen,” – Alahan Makin Teruk, Dj Lin Dikejarkan Ke Hospital

Share

Sebelum ini, penyampai radio, Dj Lin ada memaklumkan dirinya telah diserang alahan sejak beberapa hari lalu.

Alahan tersebut telah menyebabkan kegatalan dan seluruh anggota badannya juga turut telah dinaiki bintik-bintik merah.

Terbaru, Dj Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid dikhabarkan telah dikejarkan ke hospital gara-gara keadaan alahan yang semakin teruk.

Menurut penyampai radio Suria FM itu lagi, dia kini terpaksa menggunakan alat bantuan oksigen kerana rongga pernafasannya dilaporkan menjadi sempit akibat alahan tersebut.

“Keadaan terkini #djlin dek penangan masalah #allergy . Pagi ni teruk sebab makin banyak #allergik yang keluar satu badan hingga saliran pernafasan da mula sempit dan sukar bernafas.

“Doktor terpaksa guna #oxygen. Doakan #djlin ya #djlinkenaallergik #rashes @kpjdamansara_official,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Dj Lin menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Dj Lin turut berharap agar orang ramai dapat mendoakan dirinya agar segera sembuh.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa risau selain turut berharap agar Dj Lin terus kuat untuk melawan penyakit tersebut.

Sumber: Instagram Dj Lin

Published by
Aizam Manaf