Categories: Berita

Saluran Jantung Terkalih & Usus Tersumbat, Adik Shahir Shamin Perlu Kos RM95k. Mawar Rashid Tubuh Dana

Share

Baru berusia setahun empat bulan, namun kondisi kesihatan adik Shahir Shamin Shuhardi cukup menyayat hati bagi yang melihat.

Menderita akibat saluran jantung terkalih, usus tersumbat dan masalah saluran pernafasan sempit, ia secara langsung menyebabkan pelakon Mawar Rashid terpanggil untuk tubuhkan dana sumbangan laman Instagram bagi membantu keluarga ini.

Pelakon TQ Captain ini turut berkongsi beberapa barangan keperluan asas bayi ini dan turut memaklumkan akan berkunjung ke Kulim, Kedah bagi melihat sendiri penderitaannya.

Assalamualaikum semua followers yang disayangi. Hati Mawar luluh bila tengok si comel dan keluarga ni mendapat ujian macam ni. Mawar nampak post ni kat FB semalam.

“Terus Mawar pasang niat nak pergi ke tempat diorang kat kulim, Kedah and nak hulurkan bantuan semampu Mawar.

"Tadi Mawar baru je call ibu kepada baby comel ni, nanti beliau akan hantar list keperluan baby ni.. ada yang nak hulurkan bantuan jugak ke kat baby comel ni? jom kita sama2 bantu,”

tulisnya pada satu entri video.

Sementara itu, ibu kepada seorang anak ini turut memohon sumbangan sekurang-kurangnya RM1.00 bagi mengurangkan beban yang ditanggung keluarga ini.

Mawar dah dapat reply daripada ibu baby comel ni. Ni antara barang2 keperluan baby comel ni.

“Mawar plan macam ni, Mawar akan collect derma dari you all. Pastu nanti Mawar akan update kat IG Mawar berapa kutipan yang you all semua dah bankin untuk baby comel ni.

“So Mawar boleh gi beli barang2 keperluan baby ni, termasuklah penapis air untuk baby lepas tu hantar. Jom kita sama2 tolong baby comel ni.

“Terima kasih semua. Walaupun RM1 pun akan membantu keluarga mereka. Semoga murah rezeki dunia akhirat semua

“Ni number account okay. CIMB Wan Arfan Rusyaidi 7063176312,” maklum Mawar.

Dia turut memuat naik kemas kini akaun bank bagi menunjukkan jumlah bantuan yang terkumpul.

Semoga bantuan daripada selebriti dan orang ramai yang prihatin mampu mengurangkan beban kanak-kanak ini.

Foto : Instagram Mawar Rashid

Published by
Noraini Abd Wahab