Aida Azira Hussin mengesahkan dia dan Sam Bunkface sudah bercerai hujung Januari lalu.
Dipetik daripada Harian Metro, penerbit rancangan itu mengatakan keputusan dibuat bersama dan keluarga masing-masing reda dengan jalan yang diambil
“Kami bercerai secara rasminya pada penghujung Januari lalu disebabkan sudah tidak sehaluan dan tidak ada persefahaman.
“Perceraian kami juga tiada kena-mengena dengan mana-mana pihak dan kami bercerai ikut persetujuan masing-masing.
“Saya dan Sam bagaimanapun masih berkawan baik dan tiada masalah berkomunikasi demi anak kami. Keluarga saya dan keluarga Sam pun reda dan menerima seadanya keputusan itu
,” katanya dipetik.Sam sebelum ini mendakwa rumah tangga yang dibina mengalami pergolakan namun masih tinggal bersama.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 25 April 2015. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Maleeq yang kini berusia dua tahun.
Foto : Harian Metro