Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin meluahkan rasa apabila terpaksa berjauhan dengan suaminya, Shaheizy Sam yang kini sedang menjalani tempoh kuarantin 14 hari selepas pulang daripada Sabah, pada Ahad lalu.
Difahamkan, Sam ke sabah bagi memberi sokongan buat abang iparnya, ahli politik Datuk Bung Moktar yang bertanding di Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-16 pada 26 September lalu.
“Aku dekat opis, Sam quarantine kt hotel depan opis aku ja nampak dari jauh tpi xboleh pergi weiii sedih wei,” tulisnya.
Manakala menerusi akaun Instagram Sam, bapa kepada dua orang cahaya mata itu turut berkongsi foto ketika menjalani ujian saringan Covid-19.
“Tanggungjawab kena tunaikan.. Nasib baik lubang hidung beso.. Dia main geli2 plak,” tulisnya.
View this post on InstagramTanggungjawab kena tunaikan.. Nasib baik lubang hidung beso.. Dia main geli2 plak 🤣
A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on
Sekadar informasi, pihak kerajaan telah menetapkan syarat kepada semua individu yang tiba di Semenanjung dari Sabah untuk menjalani ujian saringan dan tempoh kuarantin selama 14 hari bermula 27 September lalu.
Tindakan ini diambil oleh pihak kerajaan bagi menangani penularan wabak Covid-19 supaya tidak kembali meningkat.
Video: Instagram Sam Tilla
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Senang Cakap Semua Ada Nama, Ada Duit Dan Pangkat, Tapi Mereka…,” – MV Rasmi Thank You Allah Siap, Alyah Terharu 6 ‘Founder’ Sanggup Bersusah-Payah
Penyanyi Datin Alyah bersyukur kerana muzik video rasmi Thank You Allah yang dilancarkan dua minggu lalu itu kini sudah menerima hampir 100,000 tontonan di YouTube.
Malah lirik video lagu yang turut menampilkan Cat Farish dan Haris Ismail itu pula ditonton hampir 3 juta kali sejak dimuat naik menerusi platform berkenaan pada Ramadan.
Menurut Alyah, selain menampilkan bait-bait rap nyanyian Cat Farish serta monolong dalam Bahasa Melayu dan Arab oleh Haris, Thank You Allah berjaya menyatukan lima pengasas produk yang diundang sebagai pelakon di dalam muzik video.
“Sepatutnya enam wanita hebat terbabit di dalam muzik video ini. Akan tetapi kita hanya merancang tapi Allah SWT yang menentukan kerana salah seorang daripadanya tidak dapat bersama-sama pada saat akhir kerana mempunyai komitmen yang perlu didahulukan.
“Ikutkan hati, memang berhajat mahu kumpulkan semua untuk melengkapkan jalan cerita. Tapi tidak mengapa, semuanya dipermudahkan. Mereka termasuk saya berlakon sebagai adik-beradik yang pada awalnya ada perselisihan faham.
“Bagaimanapun akhirnya, masing-masing sedar akan silaturrahim itu adalah yang paling penting berbanding harta benda dan wang ringgit. Insafi diri adalah kunci untuk kita sedar siapa diri kita di sisiNya,” katanya.
Berada di Langkawi selama tiga hari untuk menjayakan muzik video berkenaan, isteri pemuzik Datuk Ramli MS ini bersyukur kerana kerjasama yang diberikan kelima mereka memudahkan proses penggambaran.
“Saya sedia maklum, masing-masing ada komitmen terhadap bisnes dan sebagainya. Jadi bila mereka dapat disatukan di Langkawi pada waktu yang sama membuatkan saya berbesar hati.
“Biarpun mampu nak menginap di mana-mana hotel, namun mereka sanggup untuk tinggal di lokasi sama dengan kami serta team produksi demi memudahkan proses penggambaran muzik video Thank You Allah.
“Iyalah, pastinya ada kekurangan juga dari pihak saya, tapi mereka sangat memahami dan cukup bertolak ansur. Sanggup bersusah payah bersama. Luar biasa komitmen yang diberikan.
“Senang cakap semua ada nama, ada duit dan ada pangkat, akan tetapi mereka tetap lakukannya dengan saya seolah-olah kita semua sama sahaja,” katanya.
Alyah pada masa sama terharu apabila menerima maklum balas positif pendengar selain lagu kerohanian berkenaan sering menjadi latar muzik di media sosial, khasnya di Instagram.
“Lagu ini dilancarkan pada Ramadan dan ketika itu kita masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB). Semua tahu, kita diduga Allah SWT dengan pandemik Covid-19.
“Dari awal lagu ini dimainkan sehinggalah pada saat ini, penerimaannya tidak saya sangka. Saya macam… hanya dengan satu sebab Allah beri pada saya lalu saya berkongsikan pada mereka di luar sana untuk sama-sama insafi diri dan syukur nikmat.
“Walaupun kita diuji bertubi-tubi, kita kena fikir positif dan jangan jemu untuk berdoa. Mahu tidak mahu, itu yang kita perlu lakukan ketika ini. InsyaAllah Dia akan sentiasa ada dengan kita.
“Sebenarnya, ia bukanlah soal kejayaan lagu ini semata-mata, sebaliknya andai ada yang membuatkan Thank You Allah ini suatu semangat, itu sudah memadai, alhamdulillah bagi saya,” katanya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Caprice Nafi Bayar Mondy, 6 Jam Bagi Keterangan Kepada Pihak Polis
Rapper dan usahawan, Caprice mengesahkan dirinya telah memberikan kenyataan di Ibu Pejabat Kontinjen, Selangor bagi membantu siasatan atas laporan fitnah melampau yang dibuat pendakwah bebas, Ebit Lew.
Menurut Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, dia dan pekerjanya telah memberikan keterangan kepada pihak polis selama enam jam.
“Saya berada di IPK selama enam jam. Mereka yang terlibat adalah staf saya dan Mondy. Kenyataan yang diberikan adalah berdasarkan program podcast yang viral baru-baru ini.
“Bahagian saya sudah selesai. Saya tidak mendapat apa-apa makluman lagi. Ketika ini, staf saya masih di IPK, Shah Alam untuk beri keterangan lanjut,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Takde Hal Bro itu berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk suplemen lelaki ThorX di ibu kota pada Rabu.
Dakwa Caprice lagi, dia mempunyai segala bukti kukuh berhubung pendedahan gangguan seksual yang dihadapi pempengaruh Indonesia, Mondy Tatto termasuk meminta wanita itu menandatangi perjanjian sebelum kongsikan podcast kendaliannya itu baru-baru ini.
“Kali ini pendekatan kami lebih bijak. Kita belajar daripada kesilapan isu Gaza yang lalu. Sebelum kita muat naik podcast pertama itu, kita sudah buat laporan polis.
Mondy sebagai mangsa juga buat laporan polis.
“Kita juga sudah menghantar Mondy ke pakar psikiatri dan meminta dia supaya menandatangani surat perjanjian,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Caprice turut manafikan segala isu melibatkan Mondy ini hanyalah rekaan semata-mata.
“Jika berfikir secara logik, kalau kita berduit dan nak mencari mangsa yang masyarakat boleh percaya, lagi mudah saya mencari mangsa yang bertudung dan kelihatan alim.
“Tapi Mondy merupakan wanita bertatu dan merupakan kasta paling rendah di Indonesia iaitu kumpulan punk.
“Buat apa saya nak siksa diri dan keluarga saya untuk bantu mereka yang berkasta rendah jika saya nak berbohong.
“Apa yang saya dapat? Kebaikkan untuk bisnes pun tiada. Masa bersama keluarga juga terbuang. Tiada keuntungan langsung,” tegasnya lagi.
Dalam pada itu, Caprice juga merasakan ketika ini bukan waktu yang terbaik untuk Mondy pulang ke Indonesia.
“Kalau ada kes di Malaysia dan mangsa balik ke Indonesia, agak-agak kes ini akan diteruskan atau tidak?
“Jadi, saya berharap agar netizen dapat cuba mendengar daripada pihak mangsa sepenuhnya sebelum mengecam. Bagi peluang mangsa untuk bela diri,” katanya lagi.
Malah, Caprice turut memaklumkan dia kini bertanggungjawab menjaga keselamatan Mondy sepanjang berada di Malaysia.
“Buat masa sekarang, saya menyediakan perlindungan 24 jam. Sebelah malam pula saya ada pengawal perempuan yang menjaga Mondy di Airbnb. Keselamatan dia adalah tanggungjawab saya.
“Kita juga sudah maklumkan kepada pihak kedutaan Indonesia mengenai kes Mondy ini juga,” akhirinya.
Kelmarin Ebit Lew tampil membuat laporan polis dengan mendakwa berlaku fitnah melampau terhadapnya.
Ebit Lew menerusi hantaran di Instagramnya memaklumkan laporan polis itu dibuat sebaik beliau tiba dari Jeddah, Arab Saudi kira-kira 12 tengah malam.
Laporan polis itu dipercayai dilakukan selepas tular di media sosial satu rakaman wawancara bersama seorang wanita dari negara jiran yang pernah mendapat pertolongannya.
Wanita itu mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pendakwah ketika kali pertama tiba di Malaysia, tahun ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hazrul Nizam Corot Dengan 56.20 Peratus, Jaclyn Victor Unggul Dengan 88.40 Peratus; Ini Markah Penuh Semua
Persaingan minggu pertama program hiburan popular Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) yang bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria 104 menyaksikan penyanyi Jaclyn Victor mendahului senarai markah dalam kalangan 12 peserta lain yang bertanding.
Membawakan dua buah lagu hitsnya, Di Bawah Pohon Asmara dan Gemilang secara medley, Jac mengumpul markah sebanyak 88.40 peratus diikuti Shila Amzah dengan 85 peratus keseluruhan.
Tomok menduduki tempat ketiga dengan 84.10 peratus sementara Dina Nadzir dan Bob Yusof masing-masing memperolehi 83.80 peratus dan 83.60 peratus.
Roy Kapilla yang membuat persembahan menghiburkan menerusi lagu Dikir Rambong pula mengumpul markah sebanyak 70.60 peratus hasil penjurian juri profesional.
Berikut dilampirkan senarai markah para peserta lainnya;
GV9 yang dilangsungkan dari Dewan Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad sebagai pengacara ditemani Elly Mazlein menggantikan Jihan Muse yang sedang dalam tempoh berpantang.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, naib juara pula akan meraih RM50,0000 manakala habuan RM30,0000 menanti pemenang tempat ketiga.
Sementara itu, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Bagi edisi kali ini, juri profesional masih terdiri daripada Datuk Ramli MS, Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang.
Penyanyi Rahimah Rahim pula bertindak sebagai juri jemputan bagi minggu pertama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI