Penyanyi yang kini bersaing di dalam Famili Duo, Sissy Iman memohon maaf kepada semua andai ada yang tidak suka dengan persembahannya malam tadi.
Menerusi minggu keenam saingan itu, Sissy bersama pasangan duo, Naim Daniel menyampaikan lagu Jampi yang dipopularkan Hael Husaini di dalam versi kerocong sebagai melengkapkan Tema Tradisional.
“Musik sentiasa menjadi cinta pertama saya dan betul, dalam seni, sedar diri dan sedar ruang itu perlu ada. Mungkin saya tak sedarkan hal itu atau masih belum cukup menyedarinya.
“Saya tidak pernah terfikirkan diri ini untuk terus berkarya tetapi malam ini ia dirasakan seperti sesuatu yang saya telah lakukan sejak berusia lima tahun tidak ‘mencintai’ saya lagi.
“Saya akhirnya menyakiti hati ramai orang dengan nyanyian yang teruk. Saya minta maaf semua,” tulisnya.
Reaksi tersebut dikongsikan Sissy di Instagram, sejurus program realiti itu tamat dipercayai susulan komen yang diterimanya daripada salah seorang juri tetapnya, Mas Idayu.
Mas Idayu mempersoalkan mengenai pemilihan lagu berkenaan selain prestasi persembahan memandangkan kini ia sudah memasuki minggu keenam.
Sissy kemudiam dirakam tidak dapat menahan sebak hingga terpaksa ditenangkan Naim dan hos, Janna Nick hingga tidak mampu meneruskan ucapannya sejurus persembahan.
Naim bagaimanapun mengucapkan terima kasih atas setiap komen serta sokongan yang diberikan semua pihak sepanjang menyertai program tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Semasa perkenalan saya dengan suami, dia bukannya suka dekat saya pun. Jujur dia cakap dengan saya yang dia tak minat sangat dengan saya lebih-lebih lagi saya pula seorang selebriti. Dia tak minat nak berkenalan dengan artis.
“Namun, saya yang mula mendekati dia. Saya berkawan dan berkenalan dahulu kemudian, saya bawa dia berjumpa dengan anak saya,” katanya.
Kisah itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Rahsia itu menerusi satu temubual bersama program radio, Kool 101 pada pagi Khamis.
Katanya lagi, hatinya makin tertarik selepas melihat layanannya suaminya itu terhadap anak perempuannya, Keisha.
“Bila kita bergelar ibu tunggal, perkara yang paling penting adalah sama ada lelaki pilihan kita itu boleh terima anak kita atau tidak. Kalau tak boleh terima, dia boleh pergi dari hidup saya.
“Jadi, saya lihat dahulu bagaimana reaksi mereka. Bila dia datang berjumpa Keisha yang susah nak rapat dengan orang, saya nampak Keisha jatuh cinta terus.
“Melihat caara dia pegang Keisha, saya tahu dia seorang pencinta kanak-kanak yang senang rapat dengan budak-budak. Saya jadi jatuh cinta dengan dia terus pada ketika itu,” ujarnya lagi.
Hal tersebut membuatkan dirinya nekad untuk menjadikan Izwan sebagai suami meskipun terpaksa menunggu selama dua tahun.
“Saya cakap dalam diri yang lelaki ini mesti kena jadi suami aku. Saya tak kira dia nak atau tidak, saya akan cuba sampai dapat. Saya akan cari mak bapak dia dan cari tahu kampung dia di mana.
“Selepas itu, saya bertanya kepada dia, bila dia nak kahwin dan dia jawab lagi dua tahun. Jadi, saya bagitahu yang saya akan tunggu dia. Dia tanya saya ni gila ke? Ye betul saya gila.
“Kemudian, saya tunggulah dia. Selepas dua tahun, dia terus bagi saya tarikh dan tempat nikah. Lalu, kami berkahwin. Semasa berkahwin barulah kami bercinta,” kongsinya lagi.
Sekadar informasi, Nabila dan Izwan telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 25 Disember 2015.
Nabila pernah hamil sebanyak dua kali, namun, mengalami keguguran pada April 2019 dan Oktober 2020.
Sekadar info, Nabila dikurniakan anak perempuan, Keisha Laila yang kini berusia 13 tahun hasil perkahwinan pertama dengan Zaidy Zailani pada tahun 2008.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Kool 101 & Nabila Huda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kumpulan wanita terkenal, Dolla terharu apabila ada peminat mereka yang dikenali sebagai iDolla sanggup menanti di luar Zepp Kuala Lumpur seawal tengah hari semata-mata menantikan persembahan mereka menerusi konsert sulung, Dolla Re:Birth The Experience pada Sabtu lalu.
Dianggotai oleh Angel, Tabby dan Sabronzo, ketiga-tiga mereka bersyukur kerana memiliki peminat yang sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bahagi sejak hari pertama Dolla diperkenalkan.
“Kami dapat tahu ramai iDolla yang berkumpul di luar Zepp Kuala Lumpur seawal tengah hari pada hari konsert. Mereka seakan mengadakan konsert sendiri di luar, ada yang menari, ada yang menyanyi.
“Kami sangat terharu. Mereka pun menanti konsert Dolla Re:Birth The Experience sama seperti kami. Iyalah, masing-masing teruja untuk menunggu detik kami menjayakan konsert sulung,” kata Tabby.
Dolla berkata demikian ketika ditemui pada sesi ramah mesra bersama media bersempena dengan kejayaan konsert Dolla Re:Birth The Experience di Universal Music Malaysia, Petaling Jaya, pada Selasa.
Ditanya perasaan mereka dalam menjayakan konsert tanpa bekas anggota iaitu Syasya Rizal, Sabronzo mewakili Dolla akui sedih namun percaya Syasya tetap mengharapkan yang terbaik buat mereka.
“Ketika sesi latihan, saya terfikir mengenai perkara terbabit, Syasya tidak lagi bersama kami dan dia tidak akan menjadi sebahagian perjalanan kami pada konsert ini.
“Rasa sedih kerana perbincangan mengenai konsert sudah kami perkatakan sebelum Syasya keluar Dolla lagi. Dalam masa sama, itulah hakikatnya.
“Kami bersyukur kami dapat jayakan konsert pertama. Kami berharap Syasya gembira melihat kami berjaya mengadakan konsert pertama,” katanya.
Sementara Tabby pula dia berharap agar Syasya terus mendoakan yang baik-baik untuk mereka bertiga meneruskan perjalanan seni bersama Dolla.
“Apa pun terjadi, Syasya tetap sebahagian perjalanan kami sebagai Dolla. Sebagaimana kami harapkan dia ada, tak mengapa kerana kami masing-masing mempunyai perjalanan dan haluan sendiri.
“Harapnya dia melihat kami sebagai memori manis dalam kehidupan dan semoga dia berharap yang baik-baik untuk kami juga sebagai Dolla,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!