Mengalunkan azan di Masjid Sultan Muayyad di Cairo, Mesir, suara lunak merdu pengacara dan penyanyi, Sharul Kamal mendapat perhatian netizen dengan tontonan hampir 150,000 di laman Instagram miliknya.
Jelasnya yang kini berada di Cairo, dia secara spontan melaungkan azan untuk sesi penggambaran yang dilakukan namun diminta untuk terus menghabiskan oleh bilal masjid berkenaan.
“Tadi aku ziarah makam Sultan Al-Muayyad (sebelah tu). Aku saja test azan sebab shooting & kawasan ni memang tempat bilal dulu2 azan, sekali bilal masjid ni suruh aku azan sampai habis. Menggeletar weh,” jelasnya.
“Ramai yang marah sebab tak post full, okay ni full video aku azan. Ni first time aku azan full style bilal dekat mekkah. Alhamdulillah dapat hbiskan atas permintaan bilal Masjid Sultan Muayyad,” kongsinya.
Penyanyi Datin Alyah bersyukur kerana muzik video rasmi Thank You Allah yang dilancarkan dua minggu lalu itu kini sudah menerima hampir 100,000 tontonan di YouTube.
Malah lirik video lagu yang turut menampilkan Cat Farish dan Haris Ismail itu pula ditonton hampir 3 juta kali sejak dimuat naik menerusi platform berkenaan pada Ramadan.
Menurut Alyah, selain menampilkan bait-bait rap nyanyian Cat Farish serta monolong dalam Bahasa Melayu dan Arab oleh Haris, Thank You Allah berjaya menyatukan lima pengasas produk yang diundang sebagai pelakon di dalam muzik video.
“Sepatutnya enam wanita hebat terbabit di dalam muzik video ini. Akan tetapi kita hanya merancang tapi Allah SWT yang menentukan kerana salah seorang daripadanya tidak dapat bersama-sama pada saat akhir kerana mempunyai komitmen yang perlu didahulukan.
“Ikutkan hati, memang berhajat mahu kumpulkan semua untuk melengkapkan jalan cerita. Tapi tidak mengapa, semuanya dipermudahkan. Mereka termasuk saya berlakon sebagai adik-beradik yang pada awalnya ada perselisihan faham.
“Bagaimanapun akhirnya, masing-masing sedar akan silaturrahim itu adalah yang paling penting berbanding harta benda dan wang ringgit. Insafi diri adalah kunci untuk kita sedar siapa diri kita di sisiNya,” katanya.
Berada di Langkawi selama tiga hari untuk menjayakanmuzik video berkenaan, isteri pemuzik Datuk Ramli MS ini bersyukur kerana kerjasama yang diberikan kelima mereka memudahkan proses penggambaran.
“Saya sedia maklum, masing-masing ada komitmen terhadap bisnes dan sebagainya. Jadi bila mereka dapat disatukan di Langkawi pada waktu yang sama membuatkan saya berbesar hati.
“Biarpun mampu nak menginap di mana-mana hotel, namun mereka sanggup untuk tinggal di lokasi sama dengan kami serta team produksi demi memudahkan proses penggambaran muzik video Thank You Allah.
“Iyalah, pastinya ada kekurangan juga dari pihak saya, tapi mereka sangat memahami dan cukup bertolak ansur. Sanggup bersusah payah bersama. Luar biasa komitmen yang diberikan.
“Senang cakap semua ada nama, ada duit dan ada pangkat, akan tetapi mereka tetap lakukannya dengan saya seolah-olah kita semua sama sahaja,” katanya.
Alyah pada masa sama terharu apabila menerima maklum balas positif pendengar selain lagu kerohanian berkenaan sering menjadi latar muzik di media sosial, khasnya di Instagram.
“Lagu ini dilancarkan pada Ramadan dan ketika itu kita masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB). Semua tahu, kita diduga Allah SWT dengan pandemik Covid-19.
“Dari awal lagu ini dimainkan sehinggalah pada saat ini, penerimaannya tidak saya sangka. Saya macam… hanya dengan satu sebab Allah beri pada saya lalu saya berkongsikan pada mereka di luar sana untuk sama-sama insafi diri dan syukur nikmat.
“Walaupun kita diuji bertubi-tubi, kita kena fikir positif dan jangan jemu untuk berdoa. Mahu tidak mahu, itu yang kita perlu lakukan ketika ini. InsyaAllah Dia akan sentiasa ada dengan kita.
“Sebenarnya, ia bukanlah soal kejayaan lagu ini semata-mata, sebaliknya andai ada yang membuatkan Thank You Allah ini suatu semangat, itu sudah memadai, alhamdulillah bagi saya,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini kejadian membabitkan pengacara Roslan Shah atau lebih mesra sapaan Cik Lan yang telah rebah secara mengejut sewaktu menjadi tetamu jemputan untuk rancangan Wanita Hari Ini yang bersiaran langsung di TV3, pada Isnin menjadi buah mulut ramai.
Rata-rata terkejut dengan insiden berkenaan ketika ia bersiaran secara langsung di kaca televisyen.
Sejurus detik cemas berlaku, bintang asal Singapura itu telah mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Terbaru, pengacara berusia 41 tahun ini memaklumkan keadaan dirinya kini kian pulih dan bertambah baik.
Di samping memanjat rasa syukur atas sikap prihatin semua, Roslan memberitahu dia kini sedang berehat.
“Kepada peminat dan follower FB cik Lan di Singapura, Malaysia, Brunei dan Indonesia. Cik Lan sudah Balik ke Rumah dan rehatkan Diri. Terlalu ramai yang bertanyakan khabar kepada Cik Lan. Terima Kasih semuanya, ameen,” tulisnya.
“Saya pernah berkahwin, bercerai dan ada anak.” Itu pengakuan pelakon Oktovia Manrose mengenai status dirinya yang jarang dikongsi kepada umum.
Jelasnya lagi, dia sudah pun bergelar ibu tunggal kira-kira lapan tahun lalu dan membesarkan anak lelaki tunggal, Muhammad Rayyan Zafariel,8.
“Disebabkan perkahwinan terdahulu menyebabkan saya lebih selesa untuk berada dalam zon selesa di situ sahaja. Ia secara tak langsung membuatkan saya tidak terlalu ‘exposed’ sangat mengenai hal peribadi.
“Begitu juga dengan di media sosial, saya jarang berkongsikan hal peribadi. Selebihnya saya banyak berkongsi mengenai kerjaya,” katanya kepada MH.
Kakak kepada pelakon, Aprena Manrose turut mendedahkan dia mendirikan rumah tangga pada usia muda dan menyifatkan apa yang berlaku dalam fasa hidupnya sebagai lumrah kehidupan.
“Bagi saya apa yang berlaku adalah lumrah kehidupan. Kekuatan yang saya ada ini pun daripada bapa.
“Meski kami jarang bertemu, akan tetapi dia tidak pernah menilai dan percaya saya akan jadi individu yang lebih baik.
“Saya berkahwin pada usia 20 tahun, tahun 2011 dan bercerai dua tahun kemudian,” akuinya.
Ditanya mengenai apakah cabaran tersebar di dalam menjaga anak secara sendiri sejak lapan tahun lalu, Oktovia mengakui permata hati ialah amanah Allah SWT yang perlu dijaga dengan baik.
Malah, Rayyan juga merupakan semangat dan kekuatan hidupnya.
“Untuk membesarkan anak pada usia yang muda bukanlah satu hal yang senang. Apa yang pasti, anak menjadi semangat.
“Kerana dialah saya kumpul kekuatan dan lupakan kisah yang berlaku sebelum ini.
“Anak ini amanah dan saya perlu lakukan yang terbaik untuk dia. Saya dan bekas suami berhubung melalui ibunya demi anak,” katanya yang turut mengakui, dirinya tidak pernah serik untuk sekali lagi mendirikan rumah tangga andai bertemu jodoh sesuai.
Oktovia terdahulu ditemui pada majlis Sidang Media & Menandatangani kontrak Perjanjian Absolut Talents & Management di Bangsar, Kuala Lumpur pada Ahad.
Selain Oktovia, sembilan selebriti lain turut bernaung di bawah pengurusan sama selama setahun iaitu Nadiyah Shahab, Ikmal Amry, Scha Elinnea, Harris Anuar, Nabil Aqil dan Yasmine Ow.
Sementara bintang media sosial, Nurin Afiqah, Aisar Khaleed dan Najla Shamsul juga berada di bawah pengurusan yang dikenali pelakon dan usahawan Ben Ali bersama seorang rakan kongsi itu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!