Selepas ada pihak yang mengecam mengenai penampilannya yang dikatakan agak seksi, ada pula yang membayangkan penyanyi genit asal Sabah ini dikatakan rapping seakan-akan Lisa dari, anggota Blackpink.

Akan tetapi, bintang kelahiran Akademi Fantasia musim ketujuh itu mempunyai penjelasan yang tersendiri mengenai perkara tersebut.

Katanya kepada MH, dia sendiri tidak berapa sinonim mengenai lagu-lagu kumpulan kpop itu, bagaimanapun barisan lagu mereka cukup popular.

“Saya pun tak dengar sangat lagu mereka, apatah lagi kalau dikatakan meniru gaya penyampaian salah seorang anggota kumpulan itu.

Ads

“Cuma bila ada yang kongsi ‘screenshot’ kata saya tiru Lisa Blackpink, barulah saya selidiki dan tengok siapa penyanyi yang dimaksudkan.

“Lepas tu barulah saya tahu siapa Lisa Blackpink dan bila saya tengok dia menyanyi rap lebih kurang sama dengan saya menyanyi rap.

Ads

“Apa yang boleh saya katakan, nyanyian kami cuma rentak rap sama, tapi suara sahaja berbeza,” katanya memberi penjelasan dan tidak menafikan bintang Korea itu lebih cantik.

Terdahulu, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil ditemui pada majlis pelancaran muzik video lagu Starlela yang menyaksikan dia turut menyanyikan lagu berkenaan di samping Ifa Raziah dan Bella Astillah di Red Box Garden, Mid Valley pada Isnin lalu.

Ads

Lagu tersebut merupakan antara lagu tema bagi karnival jualan, Star Vendors.

Dalam perkembangan lain, penyanyi terkenal dengan lagu Boleh Jalan ini bakal melancarkan lagu single terbaru yang berjudul Mintak Lagi.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI