Kecoh di media sosial beberapa hari lalu apabila pelakon Nabila Huda memuat naik gambar bersama seekor anjing jenis Husky Siberian yang menjadi bualan ramai pihak.

Foto tersebut dirakam ketika pelakon berusia 34 tahun itu sedang bercuti ke New Zealand bersama ahli keluarga.

Bagaimanapun, Nabila atau mesra disapa Abil mempunyai sebab tersendiri untuk berbuat demikian kerana baginya, dia sekadar menunjukkan rasa cinta terhadap haiwan yang juga makhluk ciptaan Tuhan.

“Saya tak anggap perbuatan itu memberi pengaruh buruk kepada sesiapa.

“Saya nak tunjuk bahawa sebagai manusia, kita perlu menyanyangi setiap benda yang ada di muka bumi ini.

“Rasanya tiada masalah untuk kita berbuat baik dengan apa sahaja termasuk jenis haiwan, anjing juga makhluk Allah,” katanya jujur.

Ads

Pada masa sama, bintang Munafik ini turut menambah dia dan haiwan berkenaan berada dalam keadaan kering ketika sama-sama merakam foto.

“Ketika foto itu dirakam, saya dan anjing berkenaan sama-sama dalam keadaan kering. Kalau dalam keadaan basah sekali pun, kita boleh samak,kan?

“Jadi, tidak perlulah menjadikan perkara itu sebagai sesuatu isu besar,” jelas Abil kepada MH.

Abil menjelaskan perkara berkeaan ketika ditemui pada malam kemuncak Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat.

Ads

Malah, tindakannya yang bergambar bersama seekor anjing turut mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak.

Bagaimanapun, anak kepada penyanyi Amy Search ini menyarankan agar PU Syed atau sesiapa sahaja supaya lebih memberikan fokus kepada isu lebih besar, seperti gejala sosial khususnya melibatkan remaja.

“Kalau ada sesiapa yang hendak memberikan pendapat atau ceramah sekali pun, lebih baik mereka fokus pada masalah remaja hari ini yang semakin teruk,” jelasnya.

Ads

Sementara itu, Nabila dinobatkan pemenang bagi kategori Pelakon Drama Terbaik menerusi Dia Tidak Berdosa, sekali gus mengetepikan calon lain seperti Eyka Farhana, Mimi Lana, Sweet Qismina dan Sherie Merlis.

View this post on Instagram

Penutup 2019 yang paling manis! Thank you sis @sheilarusly_jspictures dan uncle @jinggo_jspictures sebab bagi abil kepercayaan Untuk bawak character tul..it’s not easy,penuh dgn emosi Sbb cerita ni berat.Without both of you,abil Mesti tak dapat merasa pegang throphy tu malam tadi..Tak jugak Pada all the cast dan semua yang terkibat,Anugerah ni Untuk anda semua! Sayang korang! Tak lupa jugak Terima kasih pada @tv3malaysia yang banyak bagi abil peluang dari abil belasah tahun sampai lah skarang.Semalam adalah hari yang paling indah.Terima kasih Pada peminat yang menyokong Saya selama ni.. To @sweetqismina @missmimilana @eykafarhana Dan kak @sherrymerlis , Award ni adalah Untuk Anda juga..💕 #Diatakberdosa @jspictures_js

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Foto : Instagram Nabila Huda

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI