Pelawak popular, Mamat Sepah rasa syukur dan tidak menyangka apabika diberikan peluang menunaikan umrah bersama sahabat lamanya, Shuib.

Bagi Mamat, pengalaman menjejakkan kaki ke Tanah Suci bersama sahabat seperjuangan itu menjadi momen amat bermakna dan tidak ternilai harganya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MamatNana®️ (@mamatsepah)

“Terpisah hanya untuk sementara agar kita faham erti persabahatan. Tak terduga hadir beribadah bersama di sini dengan membawa sejuta kisah.

“Semoga teman-teman yang lain menjadi tetamu istimewa di sini satu hari nanti. Ameen,” tulis Mamat menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Persahabatan Sejati

Bukan sekadar mengukir kenangan di hadapan Kaabah, kisah perpisahan dan pertemuan semula antara Mamat dan Shuib turut menyentuh hati ramai.

Ads

Sama-Sama Ke Tanah Suci, Mamat & Shuib Kenang Makna Persahabatan Sejati – “Tak Terduga Hadir Beribadah Bersama Di Sini…”

Malah Shuib sendiri mengakui, perjalanan persahabatan mereka adalah luar biasa dan penuh hikmah.

“Cerita kita luar biasa. Allah tulis untuk kita faham apa itu erti persahabatan. Semoga kita bersahabat sampai syurga Mat. Alhamdulillah,” tulisnya di ruangan komen.

Ads

Sama-Sama Ke Tanah Suci, Mamat & Shuib Kenang Makna Persahabatan Sejati – “Tak Terduga Hadir Beribadah Bersama Di Sini…”

Rata-rata netizen yang mengikuti perjalanan mereka meluahkan rasa kagum terhadap keutuhan hubungan itu, dan mendoakan agar ukhwah mereka terus kekal hingga ke syurga.

Perjalanan Sepah Entertainment

Sekadar informasi, Mamat dan Shuib memulakan karier dalam bidang seni bersama kumpulan lawak Sepah yang turut dianggotai Jep pada tahun 2009.

Ads

Kumpulan ini pernah meraih kejayaan besar apabila muncul juara Raja Lawak musim ketiga dan Maharaja Lawak pada tahun 2011.

Walau kumpulan itu akhirnya membawa haluan masing-masing, Mamat dan Shuib kembali bergabung dalam program Dol’s Podcast serta menubuhkan syarikat produksi, Sepah Entertainment.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Sumber & Kredit Foto: Instagram Mamat Sepah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI