Memasuki enam tahun usia perkahwinan yang disambut pada Khamis, pelakon Nora Danish mendedikasikan satu ucapan khas buat suaminya, Nedim Nazri.
Menerusi laman Instagram miliknya, Nora atau nama sebenar, Nora Mohd Danish Haniff, 41, memuat naik komplikasi video momen-momen indah dan manis sepanjang perkahwinannya termasuk aksi berkucupan dengan suami.
“Yeppie Yanni Ver Seriiii hubs! Six years of marriage.
“Alhamdulillah, terima kasih Allah di atas pinjaman yang sangat berharga ini,” tulis Nora di ruangan kapsyen.
Nedim, 40, kemudian membalas ucapan tersebut dengan menghargai setiap tahun-tahun terindah yang telah dinikmatinya sepanjang hidup bersama Nora.
Ads
“Syukur Alhamdulillah sayang, six years and counting. Thank you for the wonderful years and more.
“Thank you everyone for the wish,” tulis Nedim.
Pasangan ini juga berkongsi yang mereka sempat menyambut detik ulang tahun perkahwinan dengan membeli street burger yang dijadikan sebagai makanan supper kedua-duanya.
“Our Ramadan anniversary in the car, saya belanja dia burger,” kata Nedim dalam video yang dikongsikan di InstaStory.
Untuk info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia lima tahun.
Nora dan Nedim turut memiliki anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Putra Rayqal Ramli, 14, dan Mohamed Nedrin, 12 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan hos, Roslan Shah merakam rasa syukur apabila tempoh kuarantin yang dilakukan selama 14 hari sudah pun tamat, hari ini.
Menjalani fasa kuarantin di kediamannya di Singapura, bintang ini memaklumkan dia perlu melakukan hal tersebut selepas pulang dari Malaysia 30 Mac lalu bagi membantu mengekang penularan pandemik COVID-19.
“Alhamdulillah Genap 14 Hari cik lan kena Kuarantin Selepas balik dari Malaysia Hari itu 30 March 2020 Dan Hari ini 14 April 2020 Cik lan telah di bebaskan dari Kuarantin walaupun Di Singapura kena Lock down 1 Bulan.
“Cik lan pun kena stay di rumah jugak dam kalau Ada penting Dan Ada Hal baru cik lan boleh keluar rumah setakat pergi kedai dam beli makan boleh aje keluar rumah aje janji kena stay at Home tetap duduk rumah juga,” tulisnya.
Bintang ini pada masa sama turut berkongsi mengenai pengalaman serta situasinya sepanjang melalui tempoh berkenaan.
“Pengalaman 14 Hari Cik lan di Kuaratin Memang tidak dibenarkan keluar langsung kerana pihak Officer datang ke rumah untuk siasat Cik lan Ada di rumah atau tidak kalau cik lan melanggar peraturan cik lan Akan di Denda 10 ribu dollar Dan 6 Bulan di penjara.
“Pihak officer pun boleh tahu Kita pergi ke Mana setiap Hari kita kena buat laporan dari WhatsApp antara Kita Dan ICA Memang itu dah Cara mereka sesiapa keluar rumah semasa di Kuarantin 14 Hari,” jelasnya menerusi satu posting terkini di Instagram.
Pelakon, Emma Maembong, 27, berkongsi berita gembira apabila memaklumkan kini sedang hamil anak permata, hasil perkongsian hidup bersama suami, Muhammad Shazli Azhar,32.
Perkara itu didedahkan bintang ini menerusi satu hantaran terbarunya di Instagram.
“Our first honeymoon and last duo trip with my husband.can’t wait to see you my baby,” tulisnya pada ruangan kapsyen sambil memberikan kredit.
Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha meluahkan rasa kecewa terhadap seorang pengguna Instagram yang bertindak biadap bertanyakan perkara sensitif kepadanya.
Rasa kesal tersebut telah dikongsikan oleh Daiyan menerusi sebuah tweet di laman Twitter miliknya.
Individu tersebut bertanyakan perkara sedemikian selepas Daiyan memuat naik sekeping gambar di Instagram yang dikatakan sedikit seksi.
“So…, alang-alang u dah tahu yang orang akan tengok u punya lurah… Boleh tak nak mintak tengok your boobbs yang real punya..,” tulis individu tersebut.
Melihat di ruangan komen, rata-rata pengikut Daiyan mengecam tindakan individu tersebut selain turut meminta Dayyan supaya malaporkan akaun tersebut kepada pihak Instagram.
Alahai, kenapa sampai macam tu sekali soalan yang diberikan ye! Jangan sampai tindakan undang-undang diambil dan ketika itu baru anda ingin menyesal.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Sumber: Twitter Daiyan Trisha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, bakal memulakan tugasnya sebagai penyampai di stesen radio Era FM bermula Isnin depan.
Pengumuman...