Sambut Anniversary Ke-6, Nora Danish & Suami Sempoi Celebrate Makan Street Burger Dalam Kereta

Share

Memasuki enam tahun usia perkahwinan yang disambut pada Khamis, pelakon Nora Danish mendedikasikan satu ucapan khas buat suaminya, Nedim Nazri.

Menerusi laman Instagram miliknya, Nora atau nama sebenar, Nora Mohd Danish Haniff, 41, memuat naik komplikasi video momen-momen indah dan manis sepanjang perkahwinannya termasuk aksi berkucupan dengan suami.

“Yeppie Yanni Ver Seriiii hubs! Six years of marriage.

“Alhamdulillah, terima kasih Allah di atas pinjaman yang sangat berharga ini,” tulis Nora di ruangan kapsyen.

Nedim, 40, kemudian membalas ucapan tersebut dengan menghargai setiap tahun-tahun terindah yang telah dinikmatinya sepanjang hidup bersama Nora.

“Syukur Alhamdulillah sayang, six years and counting. Thank you for the wonderful years and more.

“Thank you everyone for the wish,” tulis Nedim.

Pasangan ini juga berkongsi yang mereka sempat menyambut detik ulang tahun perkahwinan dengan membeli street burger yang dijadikan sebagai makanan supper kedua-duanya.

“Our Ramadan anniversary in the car, saya belanja dia burger,” kata Nedim dalam video yang dikongsikan di InstaStory.

Untuk info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia lima tahun.

Nora dan Nedim turut memiliki anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Putra Rayqal Ramli, 14, dan Mohamed Nedrin, 12 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Juliana Johar