Achey ada berkongsi tiga rakaman pendek sempena meraikan hari lahir isteri tercinta, Nor Hasanah atau lebih dikenali sebagai Anne.
Dibawa menyusuri jalan kampung di kiri kanannya seakan hutan belukar, wanita itu dilihat cukup teruja dan spontan menjerit “wohoo…my birthday. Its my birthday”.
Lebih lucu, anak saudara yang turut serta meraikan sambut turut mengatakan mereka bakal meraikan hari lahir Anne di dalam hutan bersama Orang Utan!
Lalu, kejutan nyata cukup mengujakan apabila si suami pula dilihat berdiri si sebuah tanah lapang sambil memegang sepanduk ‘I Love You’ dan ‘Happy Birthday Sayang’.
Malah, pelawak berkenaan telah memberikan sebuah dokumen menandakan tanah tersebut adalah milik mereka.
“Hadiah besday dia yang selama 2 tahun di usahakan… bukan sekejap tau nak setlekan hadiah ni sebab akan datang hadiah ini yang kami gunakan bila di perlukan demi menyambung kehidupan,” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram.
Terharu dengan tindakan Achey, netizen memuji tindakannya dan menyifatkan hadiah tersebut adalah pelaburan terbaik demi masa depan.
Selamat hari lahir buat Anne. MH doakan semoga segala urusan dipermudahkan.
Foto : Instagram Achey
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saat Akhir, Harga Pun Mahal Mencecah RM15,000,” – Terkandas Akibat Letusan Gunung Berapi, Ruhainies Terpaksa Tempah Tiket Baru
Ruhainies dilapor terkandas di Manila, Filipina selepas penerbangannya yang dijadualkan ke Kuala Lumpur semalam dibatalkan ekoran letusan gunung berapi.
Pemilik nama lengkap Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas seperti yang dipetik Harian Metro menjelaskan, dia yang berada di negara berkenaan bersama ibu bapanya terpaksa mencari alternatif lain dengan membeli tiket penerbangan baru.
“Saya sepatutnya pulang ke tanah air jam 9.30 malam tadi. Namun, kerana letusan gunung berapi itu, kesemua penerbangan dibatalkan. Saya dimaklumkan, pihak syarikat penerbangan hanya boleh mengatur untuk pembelian tiket baru selepas seminggu.
“Mahu atau tidak, saya bersama ibu dan ayah terpaksa mencari alternatif lain dengan membeli tiket pulang ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Antarabangsa Clark yang terletak dua jam dari Manila.
“Disebabkan pada saar akhir, jadi harga pun mahal hingga mencecah RM15,000. Tapi, saya tidak ada pilihan lain kerana harus pulang juga sebab ada komitmen kerja lain yang perlu diselesaikan,” katanya seperti yang dipetik.
Bintang Jejak Karmila ini turut menambah, penerbangan baru ituakan transit di Korea Selatan terlebih dahulu sebelum berlepas ke Kuala Lumpur tengah hari tadi, waktu tempatan.
“Pesawat ini bukanlah penerbangan terus ke Kuala Lumpur. Dari Cebu, kami akan transit di Korea Selatan terlebih dahulu.
“Harapnya, perjalanan ini akan dipermudahkan kerana daripada apa yang saya dengar, penerbangan di sebelah petang dan malam dari Clark juga akan dibatalkan,” jelas Ruhainies.
Adik kepada pelakon Nur Risteena itu berada di Manila bagi menghadiri majlis Anugerah Televisyen Asia ke-24 yang berlangsung di Manila. Dia berada di negara terbabit sejak 10 Januari lalu.
View this post on InstagramA post shared by @ ruhainies7 on
Susulan kejadian yang berlaku, Ruhainies turut berkongsi perkembangannya menerusi Insta Stories selain turut meminta maaf kepada semua kerana tidak dapat melayan sebarang panggilan dan teks kerana sibuk atas situasi yang berlaku.
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Mama Dijodohkan Dengan Orang Tua Sepadan Umur Saya Tak Kisah,” – Isu DSV, Iqbal…Ini Reaksi Cik B
Anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau lebih sinonim dengan panggilan Cik B tampil komen mengenai perihal ibunya, Datuk Seri Vida bersama penonton menerusi Melodi, TV3 pada Ahad.
Di dalan sesi temu bual secara virtual itu, Cik B antara lain menjawab isu tular babitkan kisah ibu berkaitan soal jodoh bersama bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli.
Jelas Cik B yang pernah tampil menerusi single berjudul Tolonglah ini, jurang perbezaan umur ibu dengan jejaka berkenaan sangat jauh dan baginya, ia tidak sesuai.
Malah, Cik B akui tidak memiliki jalinan perhubungan yang baik dan serasi bersama Iqbal, sebelum ini.
“Jauh di sudut hati, saya sangat kurang setuju sebab Mama umurnya dah tua dan Abang Iqbal baru umur 25. Macam mana Abang Iqbal yang umur 25 boleh suka orang tua? Mesti ada sebab tau.
“Saya memang sangat-sangat tidak setuju Mama nak anak kembar lagi, cukuplah saya dengan Kacak sahaja. Mama ni bila bercinta dia cinta buta.
“Saya dengan Abang Iqbal ni memang tidak serasi sebab saya selalu gaduh dengan dia. Gaduh tu bukan gaduh biasa-biasa tetapi gaduh yang luar biasa. Hubungan kami dulu sangat tidak bagus dan renggang,” katanya.
Sebagai seorang anak, Cik B berkata dia sebolehnya mahu melihat ibunya berjodohan dengan lelaki yang lebih tua atau sama umur.
“Kalau sudah jodoh Mama dengan Abang Iqbal, saya harapkan Mama gembira dengan Abang Iqbal dan ikutlah Mama nak buat apa tapi saya memang tak nak Mama kahwin dengan Abang Iqbal.
“Kerana faktor usia, saya tidak bersetuju dan merestui. Kalau Mama dijodohkan dengan orang yang tua sepadan umur saya tak kisah.
“Tapi saya tahu itu tidak akan terjadi sebab Mama tidak suka orang tua, dia suka orang yang muda juga,” katanya lagi.
Sebelum ini, hubungan mesra usahawan berusia 49 tahun ini bersama Iqbal telah mendapat perhatian ramai selepas mereka dikatakan bakal berkahwin pada Disember ini.
Foto: Instagram Cik B
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dakwa Miliki 7 Personaliti Berbeza, Tuan Badan Jawab; “Yang Gila Itu Prince Chiki Dinzly, Bukan Iqram Dinzly.”
Susulan tindak tanduk yang pernah disifatkan pelik di media sosial oleh sesetengah jetizen, pelakon Iqram Dinzly menegaskan itu bukanlah dirinya yang sebenar.
Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin berkata, apa yang dipertontonkan di media sosial itu adalah merupakan karakter keduanya yang diberi nama Prince Chiki Dinzly.
“Yang gila itu Prince Chiki Dinzly, bukan Iqram Dinzly.
“Prince Chiki Dinzly adalah karakter yang saya tampilkan dalam media sosial bagi mewakili netizen.
“Karakter saya tidak kisahlah sebagai Iqram Dinzly atau Prince Chiki Dinzly, masing-masing membuatkan saya semakin mengenali diri sendiri,” katanya kepada MH.
Pelakon berusia 41 tahun ini juga mendakwa memiliki lima lagi karakter lain yang belum ditonjolkan kepada umum.
“Sebenarnya saya ada lagi lima karakter yang belum lagi saya keluarkan. Karakter Prince Chiki Dinzly diwujudkan sebagai mewakili watak netizen yang selalu berasa berkuasa dalam media sosial.
“Saya marah bila orang kata Iqram Dinzly gila sedangkan sudah banyak kali Prince Chiki Dinzly cakap bahawa Iqram Dinzly sudah ‘mati’.
“Bila netizen, tabloid atau berita laporkan bahawa individu dalam ‘Live’ itu Iqram Dinzly, saya jadi marah. Sebab Iqram Dinzly dan Prince Chiki Dinzly adalah dua individu berbeza,” katanya.
Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan seni terbaharu, Iqram bakal tampil dengan drama bersiri baharu berjudul Cinta Hilang Kata.
Menerusi drama arahan Kyoll Hamzah itu, Iqram digandingkan dengan dua pelakon wanita baharu iaitu Sophia Albarakbah dan Nelissa Nizam.
Mengulas mengenai kedua-dua aktres tersebut, Iqram berkata dia yakin Sophia dan Nelissa mempunyai masa depan yang cerah selain merupakan generasi pelakon pelapis yang perlu diberi perhatian.
“Ini merupakan kali pertama saya bergandingan dengan Sophia dan Nelissa. Dua-dua pelakon baharu yang saya tengok mempunyai potensi besar untuk menyerlah.
“Tak mustahil satu hari nanti nama mereka akan jadi besar dalam industri,” kata Iqram lagi.
Cinta Hilang Kata akan ditayangkan bermula 18 Julai ini di saluran Astro Prima, jam 6 petang, setiap Isnin hingga Jumaat.
Ia turut dibintangi Shahz Jaszle, Liza Abdullah, Anne Abdullah dan Hariz Hamdan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI