“Sambut Kat Hutan Dengan Orang Hutan,” – OMG! Achey Sengaja Kasi Kejutan Hari Lahir Isteri Di Lokasi Unik Sebab…

Share

Achey ada berkongsi tiga rakaman pendek sempena meraikan hari lahir isteri tercinta, Nor Hasanah atau lebih dikenali sebagai Anne.

Dibawa menyusuri jalan kampung di kiri kanannya seakan hutan belukar, wanita itu dilihat cukup teruja dan spontan menjerit “wohoo…my birthday. Its my birthday

”.

Lebih lucu, anak saudara yang turut serta meraikan sambut turut mengatakan mereka bakal meraikan hari lahir Anne di dalam hutan bersama Orang Utan!

Lalu, kejutan nyata cukup mengujakan apabila si suami pula dilihat berdiri si sebuah tanah lapang sambil memegang sepanduk ‘I Love You’ dan ‘Happy Birthday Sayang’.

Malah, pelawak berkenaan telah memberikan sebuah dokumen menandakan tanah tersebut adalah milik mereka.

Hadiah besday dia yang selama 2 tahun di usahakan… bukan sekejap tau nak setlekan hadiah ni sebab akan datang hadiah ini yang kami gunakan bila di perlukan demi menyambung kehidupan,” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram.

Terharu dengan tindakan Achey, netizen memuji tindakannya dan menyifatkan hadiah tersebut adalah pelaburan terbaik demi masa depan.

Selamat hari lahir buat Anne. MH doakan semoga segala urusan dipermudahkan.

Foto : Instagram Achey

Published by
Noraini Abd Wahab