Hari ini genap usia pelakon Norman Hakim yang ke-42 tahun, meski sudah menyambut ulang tahun kelahiran (pre-celebration) tiga hari sebelumnya.
Berikutan itu, isteri tercinta, Memey Suhaiza turut memberi ucapan sweet buat suaminya.
“Sambut lagi
Bertuahnya suami.. @normanhakim_786
Esok baru hari lahir sebenar2 tapi dah 3x sambut
“Alhamdulillah yup today is my Masihi’s bornday tapi semalam ‘kena’ lagi for the 3rd time’s pre-celebration in between of our long long meeting,”tulis Memey.
Menjengah di Instagram Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon pula, dia turut bersyukur dan gembira kerana menyambut ulang tahun kelahirannya itu.
“Alhamdulillah yup today is my Masihi’s bornday tapi semalam ‘kena’ lagi for the 3rd time’s pre-celebration in between of our long long meeting.
“Terima kasih sekali lagi jugak buat semua kawan2 kat sini yg dah wish & mendoakan earlier.Saya sangat2 menghargainya,” tulis Norman.
Menerusi ruangan komen pula, video tersebut dihujani komen dari netizen yang memberi ucapan buat pelakon Gerak Khas itu.
Terdahulu, Norman telah meraikan pre-celebration birthday tiga hari sebelum.
Apa-apa pun, MH ucapkan happy birthday Norman, semoga panjang umur dan terus sukses!
Foto/Video : Instagram Memey Suhaiza/Norman Hakim