
Selebriti terkenal Indonesia, Nikita Mirzani sehingga kini masih lagi berada dalam tahanan polis dan menyambut Hari Raya Aidilfitri di sebalik tirai besi.
Sempena perayaan itu, dia menitipkan ucapan maaf zahir dan batin kepada seluruh rakyat Indonesia melalui peguamnya, Fahmi Bachmid.
“Dia kirim salam dan minta sampaikan permohonan maaf kepada semua rakan media serta masyarakat. Katanya, ‘Sampaikan saja Bang, maaf saya kepada teman-teman’,” ujar Fahmi selepas melawat Nikita pada Khamis lalu.
Menurut Fahmi, keadaan ibu kepada tiga cahaya mata ketika ditemui adalah sihat walafiat dan tenang.
“Saya datang hari ini kerana momentumnya adalah Aidilfitri. Kita raikan dahulu, isu undang-undang kita bincang kemudian,” katanya lagi.
Terdahulu, nama Nikita menjadi sorotan ramai selepas ditahan bersama pembantunya, IM, berikutan dakwaan terlibat dalam kes pemerasan terhadap usahawan produk penjagaan kulit, Reza Gladys.
BACA JUGA: Nikita Mirzani Dan Pembantu Peribadi Ditahan Polis, Terkait Kes Peras Ugut Dan Pengubahan Wang Haram
BACA JUGA: Isu Peras Ugut & Pengubahan Wang Haram: Tempoh Tahanan Nikita Mirzani Dilanjutkan 40 Hari Lagi
Jumlah yang didakwa terlibat dalam kes tersebut bukan sedikit iaitu sebanyak Rp4 bilion seperti yang dilaporkan.
Disebabkan kes ini masih dalam siasatan, tempoh tahanan Nikita dan IM di Polda Metro Jaya telah dilanjutkan selama 40 hari sehingga 2 Mei 2025.
Difahamkan, Nikita telah disoal siasat pada 4 Mac lalu selama hampir sehari dan menerima sebanyak 109 soalan daripada pihak berkuasa.
Kes ini bermula selepas Reza membuat laporan kepada pihak berkuasa pada 3 Disember 2024, melibatkan tuduhan ugut, pemerasan dan juga pengubahan wang haram (TPPU).
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Sumber: CNN
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI