“Sameera Paling Muda Positif COVID-19 Di Brunei,” – Anak Tak Alami Sebarang Simptom, Ini Luahan Sepupu Neelofa, Noor Cahaya

Share

Sepupu Neelofa, Noor Cahaya ada meluahkan rasa terhadap situasi yang berlaku terhadap anaknya, Sameera atau Noor Sameera Mohd Nazlee yang telah disahkan positif COVID-19.

Baru mencecah usia kira-kira tujuh bulan, kanak-kanak comel itu menjadi pesakit paling muda positif COVID-19 setakat ini, sebagaimana yang dikongsi ibunya menerusi satu entri Instgram yang dikemas kini.

Sambil menyatakan rasa sayang dan sentiasa bersama-sama permata hatinya itu, Cahaya turut menjelaskan Sameera bagaimanapun tidak alami sebarang simptom.

“Oh my heart. I’m sorry baby you have to go thru this , I’m sorry I couldn’t protect you enough, we will fight this together sayang … mummy will always be here for you.

“Sameera is the youngest POSITIVE COVID-19 in BRUNEI .. no symptoms no fever no cough. she’s perfectly healthy.. unfortunately she got it from one of my in-laws that just got back from abroad,” tulisnya.

Ibu kepada dua cahaya mata ini juga turut memohon individu yang ada mengunjungi negara luar supaya menjarakkan diri dengan ahli keluarga selain melakukan ujian saringan.

“Dear followers anyone or whoever is still out there traveling roaming around please stay home and whoever just arrived home from overseas please please DO NOT TOUCH UR FAMILY AND DO THE TEST ! U will never know u might not hAve the symptoms but u can be the carrier.

“Be safe everyone ! and stay home. Please keep my baby girl and my family in your Doa,” pohon Cahaya.

Terdahulu menerusi Berita Harian, Neelofa turut memohon orang ramai berdoa agar anak sepupunya itu segera sembuh.

Menyifatkan apa yang berlaku sebagai suatu hal yang bukan mudah, bekas hos MeleTop itu juga mengharapkan agar Cahaya kuat berdepan ujian.

“Saya harap sepupu saya kuat daripada segi mental dan emosi untuk berhadapan ujian ini. Bukan mudah untuk duduk berasingan dengan bayinya itu dan seorang lagi anaknya.

“Sudah tentu dia risau mengenai anak-anak. Tiada apa yang kita boleh buat selain berdoa.

“Berdoalah agar bayi ini sihat. Saya harap semua ini akan berakhir, tidak lama lagi,” katanya seperti yang dipetik.

Neelofa turut memberitahu, ujian terhadap ahli keluarga semuanya menunjukkan keputusan negatif termasuk sepupunya itu.

Foto : Instagram Noor Cahaya

Published by
MH