Nama usahawan sensasi, Nur Sajat sekali lagi menjadi perhatian apabila pemilik nama Muhammad Sajjad Kamaruzzaman itu ada berkongsi beberapa foto di sebuah lokasi berpantai di Instagram, baru-baru ini.
Sambil mengenakan baju mandi dan kasual, perkongsian usahawan yang pernah muncul menerusi lagu Makhluk Penggoda itu menarik perhatian warganet hingga ada yang mulai berteka-teki mengenai lokasi keberadaannya.
Semuanya diperhatikan warganet berdasarkan latar lokasi suasana di dalam foto berkenaan.
Menerusi sebuah ‘posting’ di Facebook (FB), pada Selasa misalnya, seorang pengguna FB seolah-olah memberi gambaran mendakwa berjaya membongkar lokasi Sajat, sebagaimana foto yang dikongsikan di Instagram.
Malah, pengguna Facebook itu turut berkongsi beberapa keping dengan membuat perbandingan dengan gambar-gambar milik Sajat.
Lalu menerusi ruang komen pada posting terbabit, warganet lain cuba meneka lokasi sebenar dan seterusnya memberikan jawapan yang pelbagai.
Terdahulu Sajat bersembunyi selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadapnya kerana gagal menghadirkan diri dalam sebutan semula kes beliau tanpa sebarang sebab pada 23 Februari lalu.