Meskipun harsat untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian, pelakon Mimi Lana tetap mengekalkan hubungan baik dengan bekas tunang yang juga merupakan aktor, Syafiq Kyle.
Mimi atau nama sebenarnya Mimi Roziana Zainal Abidin berkata, perkenalan hampir sembilan tahun membuatkan mereka matang dan tidak terlalu ikutkan emosi.
“Kami berdua sudah berkenalan lama dan kenal hati budi masing-masing. Tempoh sembilan tahun perkenalanan itu membuatkan kami tidak menyalahkan antara satu sama lain kerana kami berdua sudah matang.
“Kami tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah dengan cara yang baik,” katanya kepada MH.
Mimi berkongsi perkara itu ketika ditemui di lokasi penggambaran drama terbaharu lakonannya yang berjudul First Wives di Putrajaya pada Isnin.
Katanya lagi, dia dan Syafiq akan tetap kekal profesional lebih-lebih lagi apabila mereka bakal bergandingan untuk beberapa buah projek selepas ini.
“Kami tetap akan berjumpa kerana saya ada banyak projek kerjasama. Selepas ini, saya ada beberapa projek drama dan perlu sertai jelajah promosi bersama.
Ads
“Industri ini kecil sahaja dan kami perlu jadi profesional. Kerja dan urusan peribadi tak boleh dicampurkan,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, pelakon filem Pusaka turut mendedahkan dirinya reda walaupun hasrat untuk berkahwin tidak kesampaian.
“Sebagai wanita, saya sudah cuba yang terbaik. Sudah tentu saya sedih kerana saya tak boleh tipu perasaan itu. Semua orang akan melakukan hal yang sama jika lalui situasi seperti saya.
“Kita kena lalui apa sahaja perasaan yang Allah berikan kepada kita. Namun, harus bersederhana.
Ads
“Jangan terbawa-bawa hingga menggangu kehidupan, orang sekeliling dan kerjaya,” katanya lagi.
Ditanya sama ada hatinya masih dibayangi kisah silam, Mimi memaklumkan dia percaya setiap perkara itu mempunyai hikmah tersendiri.
“Nak cakap fasal pulih, sampai bila-bila pun kita tidak akan pulih. Bila kita sudah melalui sesuatu hal, kita boleh memaafkan dan menerima tapi kita tidak boleh lupa.
“Apapun, kita kena tahu yang segalanya sudah tertulis. Mungkin ada perkara yang lebih baik menanti saya pada masa akan datang. Perasaan itu yang banyak membantu saya,” akhirinya.
Terdahulu, Mimi dan Syafiq sepatutnya bernikah pada 18 Ogos tahun lalu namun, memutuskan untuk membatalkannya beberapa hari sebelum majlis berlangsung.
Ads
Namun, kedua-dua mereka kini dilihat terus berbaik dan banyak terlibat sama dalam beberapa tawaran kerja.
Bercakap mengenai drama First Wives, Mimi akui teruja kerana ini merupakan kali pertama dia memegang watak komedi.
Menurut Mimi, pada mulanya dia agak risau kerana watak seperti ini sememangnya baru buat dirinya.
“Ini kali pertama saya bawa watak utama genre komedi, saya seronok dan lepas ini lebih yakin terima tawaran sama.
“Tak sangka bila di set penggambaran orang boleh ketawa dengan watak saya.
Itu membuatkan saya lebih yakin sebagai seorang pelakon,” jelasnya.
Drama terbitan Astro Shaw itu turut menampilkan pelakon lain seperti Malek McCrone, Melissa Campbell, Charles Roberts, Carmen Soo dan Andy Teh.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Influenstar Asia Dot Com iaitu sebuah platform digital GIG untuk pempengaruh tempatan baru di bawah pengurusan Jemz Group International Sdn Bhd (JEMZ GROUP), telah dilancarkan secara rasmi.
Platform ini bertujuan untuk menyokong industri GIG negara melalui segmen pempengaruh dengan membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada pempengaruh, terutamanya yang bergerak secara individu.
Selain itu, Influenstar Asia Dot Com turut menawarkan latihan kepada golongan muda yang berminat untuk menjadi pempengaruh dengan modul latihan yang direka khas mengikut aliran terkini dan dilatih sendiri oleh pempengaruh yang berpengalaman dalam bidang kandungan kreatif.
Platform ini juga turut menyediakan sokongan kecemerlangan pengurusan termasuk penyediaan kontrak untuk melindungi hak dan kepentingan pempengaruh, pembangunan kempen pemasaran dan kandungan kreatif.
Ini bertujuan bagi membantu pempengaruh meningkatkan kemahiran mereka menjadi pempengaruh yang lebih bertanggungjawab dan memastikan kandungan yang dihasilkan adalah benar serta beretika agar dapat membina kepercayaan yang berkekalan dengan pengikut dan pelanggan.
Sebagai sebahagian daripada pelancaran, Influenstar Asia Dot Com turut memperkenalkan JAZMINE, pempengaruh Maya pertama di Malaysia hasil kerjasama dengan Warnakala Studios, pemilik harta intelek (IP) Didi & Friends dan Makania.
JAZMINE juga turut melancarkan single debut dan video muziknya yang berjudul “In The Zone”, yang digubah oleh JD Wong dari kumpulan rock Pop Shuvit.
JAZMINE adalah pempengaruh era digital yang bukan sahaja berfungsi sebagai pempengaruh maya tetapi juga sebagai penentu arah aliran industri selaras dengan motto Influenstar Asia Dot Com iaitu Let’s influence the future!
Dengan sokongan teknologi kecerdasan buatan (AI), JAZMINE direka untuk mentakrifkan semula cara jenama dan khalayak berinteraksi seperti membuat ulasan produk, perkhidmatan dan acara dalam sfera digital.
Sebagai salah satu pempengaruh di bawah Influenstar Asia Dot Com, JAZMINE akan memimpin kempen inovatif dengan mencipta kandungan yang relevan untuk generasi digital.
Pelancaran acara berkenaan disempurnakan oleh YBhg. Puan Nurul Izzah Anwar, Pengerusi, Social and Economic Research Initiative (SERI), dan disaksikan oleh Tuan Muhammad Kamil Abdul Munim, Setiausaha Politik Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, Puan Sivamalar Genapathy, Pegawai Tugas-Tugas Khas 1 dan Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan, Puan Farahida Dato’ Sri Fauzi.
Hadir sama ialah Pengerusi JEMZ GROUP, Encik Jemizan Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif JEMZ GROUP dan pengasas Influenstar Asia Dot Com serta Puan Nadia Janu selaku Ketua Pegawai Eksekutif Influenstar Asia Dot Com dan Encik Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian, Ketua Pegawai Eksekutif dari Warnakala Studios.
Majlis pelancaran yang turut dihadiri hampir 130 tetamu termasuk pempengaruh dari pelbagai segmen di bawah pengurusan Influenstar Asia Dot Com seperti Nazrief Nazri, CEO Batu, Elle Fara, Kak Dya, Baggio Damasutra dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Saharul Ridzwan ada berkongsi pesanan yang pernah disampaikan bapanya mengenai amalan ‘tabung subuh’.
Kongsi Saharul, selain melakukan alaman tersebut, dia turut diberi pesan agar bersedekah setiap hujung minggu pada insan yang memerlukan sebagai usaha menambahkan rezeki.
“Tabung Subuh Abah pesan “buatlah tabung subuh”, setiap kali habis subuh masukkan dalam tabung, hujung minggu sedekahkan duit tu pada fakir atau anak yatim.
“Istiqamah sampai bila2, InShaaAllah, Allah gandakan rezeki kita. Siapa dah ada Tabung Subuh? Ada perubahan pada rezeki korang?
“Share lah dekat comment Selamat pagi kawan kawan!,” tulis Saharul.
Perkara tersebut dikongsikan pelakon Jangan Benci Cintaku ini menerusi satu hantaran di Instagram.
Lalu, perkongsian yang dibuatnya turut disambut baik peminat dan rata-ratanya memberi reaksi positif.
Untuk rekod, Saharul dan isteri, Qaabila Deena Emir berkahwin pada September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 3 tahun dan Fateema Azzahra, 8 bulan.
Foto : Instagram Saharul Ridzwan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan sensasi, kosmetik Nur Sajat tampil menceritakan perkara sebenar mengenai isu viral yang melibatkan dirinya baru-baru ini.
Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman menerusi satu video IGTV diakaun Instagram miliknya menceritakan situasi sebenar yang menyebabkan dirinya digari pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 6 Januari lalu sehingga ditahan di Pusat Penahanan Sementara, Kuala Kubu Bharu.
Sajat menerusi ruangan kapsyen mendakwa dia mendapat layan yang tidak wajar meski hadir bagi memberikan keterangan dan kerjasasama apabila dipanggil untuk siasatan oleh pihak JAIS berhubung laporan yang dibuat terhadapnya pada 23 Ogos 2018, kerana berpakaian wanita ketika mengadakan majlis doa selamat di Wisma Nur Sajat, Seksyen 16 Shah Alam.
“Assalammuaikum, maafkan saya kalau saya berdiamkan diri seketika di IG
“Terlebih dahulu, video dalam ini saya menceritakan apa yang berlaku pada diri saya. Walaupun banyak cerita tak benar keluar dari media sosial, cerita bukan dari sumber yang sahih!
“Saya mengeluarkan video ini,menceritakan kejadian saya pada 6/1/2021 pada hari Rabu. Laporan report pada tahun 23/2/2018 pada masa itu saya ada membuat majlis doa selamat dan bacaan yassin bersama budak2 tahfiz di wisma saya seksyen 16 Shah alam,” tulisnya.
Sajat yang pernah menghasilkan single berjudul Makhluk Penggoda itu antara lain turut mendedahkan layanan yang didakwa telah diterima olehnya oleh pihak berkaitan hingga menyebabkan kecederaan di bahagian tangannya .
“Saya pendekkan cerita,saya dilayan tidak wajar, walaupun saya datang memberi keterangan dan kerjasama pada pihak JAIS. Hak saya sebagai manusia yang telah memberi kerjasama telah direman ditahan di pusat tahanan sementara di Kuala Kubu bahru.
“Sepatutnya surat jamin yang dikeluarkan pihak mahkamah itu dilengah-lengahkan oleh mahkamah syariah, saya digari, dikasari dengan kata2 dan tindakan, dicederakan sebegitu rupa.
“Tangan2 dan badan2 saya bengkak, kerana pergelutan saya ketika saya mempertahankan diri tidak di gari. Saya berhak diberi hak asasi kemanusiaan untuk hidup seperti manusia yang lain juga.
“Saya amat sedih dan kecewa dengan kejadian ini kerana kesan daripada kejadian ini mengganggu perniagaan saya dan mental saya. Banyak wartawan dan pihak2 tertentu cuba menghubungi saya melalui call, message whatsapp untuk mendapatkan pernyataan daripada saya.
“Tetapi saya mendiamkan diri terlebih dahulu untuk menerangkan kejadian sebenar yang alami sendiri,” tulis Sajat panjang lebar.
Semalam, Sajat turut membuat beberapa luahan yang secara langsung memberikan pendedahan mengenai dirinya sambil menyatakan seolah-olah dirinya kesal dengan diskriminasi sesetengah pihak terhadap golongan sepertinya.
“Ini semua haram tau Sajat. Kau tu tak layak beragama Islam sebab kay tu id (kad pengenalan) lelaki walaupun kau tak ada nafsu pada wanita! Semua kata kau ini lelaki di dalam IC!
“Walaupun kau dah menjalani pembedahan penukaran jantina, ini semua kau buat wakaf tetap haram sebab kau berpakaian wanita.
“Kebaikan dalam agama berpandukan pada pakaian! Muhammad Sajjad bin Kamaruzzaman adalah lelaki. Wakaf macam mana pun, hukumnya haram bila kau berpakaian wanita,” itu antara pendedahan yang dibuat Sajat menerusi Insta Stories.
Malah menerusi ruangan sama, Sajat turut berkongsi pandangan netizen.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!