Pelawak dan pelakon, Ain Sufia, 33, akui masih banyak lagi ilmu yang perlu dipelajari untuk menjadi ibu terbaik buat anak sulungnya, Indah Nufa yang kini mencecah usia empat.
Pada masa sama, bekas peserta Projek Komedi Warna 2015 ini juga secara berseloroh turut mendedahkan sehingga ke hari ini, masih ramai kenalannya yang seakan tidak percaya dirinya sudah pun bergelar ibu.
Berkongsi kapsyen berkenaan menerusi Instagram buat tatapan umum, Ain turut memberitahu dirinya masih sama seperti dulu.
“Dah 4 bulan jadi mak orang! Banyak lagi ilmu jadi mak bapak yg mader belom tau lagi.
Ads
“Disebabkan Februari 29 hari je, takda 30hb jadi semalam genap lah @indah.nufa 4 bulan.
“Tapi masih sampai hari ni ada lagi kawAn2 tak percaya mader dah jadi mak orang. ‘Weyh Ain dh jd mak orang weyh. Ain dh ada anak laa. Aku tak caye lagi ni’ Apooooo hahhahahhaha kenapa ehhh?
“Aku tak berubah pun. Masih Ain yg sama gonjeng macam dulu. Cuma sopan sikit lah,” tulisnya.
Sekadar informasi, Ain dan suaminya iaitu seorang kakitangan kerajaan, Mohd Nor Ab Mutalib mendirikan rumah tangga pada 1 Februari 2019 lalu.
Ads
Selain menyertai Projek Komedi Warna, anggota kumpulan Awok ini juga pernah terlibat di dalam program komedi terbitan Astro, Skool of Lawak kira-kira enam tahun lalu.
Selepas dikritik netizen kerana dikatakan tiada empati, pengacara dan usahawan, Noor Neelofa tampil memberikan menjelasan berhubung responnya terhadap luahan seorang pemanggil di program radio, 3 Pagi Era baru-baru ini.
Menurut Neelofa, dia mengakui terdapat kelemahan ketika dirinya memberikan pandangan mengenai luahan pemanggil itu yang ditinggalkan ibu bapa kandung sehingga menimbulkan perasaan dendam.
“Saya akui ketidaksempurnaan saya untuk memberikan pandangan dalam konteks yang menyeluruh.
“Mungkin saya hanya menyentuh satu bab sahaja iaitu dari sudut pandang agama.
“Jadi, setengah orang fikir saya tidak menyentuh dari sudut kesihatan mental, empati dan simpati,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Neelofa menyifatkan topik melibatkan ibu bapa ini merupakan satu perkara yang sangat besar untuk dibincangkan.
“Saya tak kata apa yang saya dan Nabil katakan itu salah tapi dalam waktu yang singkat, ia tidak menyeluruh.
“Saya agak terkejut juga dan ketika itu saya memandang Nabil. Tapi secara spontan, itulah jawapan saya. Kita tiada masa yang panjang untuk hurai.
“Bila cakap fasal mak ayah, ia merupakan satu isu yang sangat berat. Di sisi Allah SWT, ibu bapa ini merupakan satu subjek yang besar,” ujarnya.
Neelofa berkata sedemikian ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa dan Tayangan Program Raya Astro yang berlangsung di Le Meridian Hotel, Petaling Jaya pada Rabu.
Pada masa sama, Neelofa turut menjelaskan secara lanjut mengenai tuntutan agama buat anak-anak terhadap ibu bapa.
“Dalam hidup ini, ada perkara yang kita tak boleh pilih dan salah satunya adalah ibu bapa. Ada kalanya kita diuji dengan ibu bapa yang tidak bertanggungjawab.
“Namun, sebagai anak, kita ada had dalam melakukan satu hal.
“Dalam Al-Quran ada mengatakan, jika ibu bapa bersungguh-sungguh berusaha untuk anak menyirikkan Allah, jangan mentaatinya tetapi berbuat baik dengan mereka dalam urusan dunia.
“Bayangkan, syirikkan Allah itu dosa paling besar tapi tetap juga Dia perintahkan kita hormati ibu bapa. Jadi, kita kena hormati mereka. Bila mereka panggil, kita kena datang tanpa meninggikan suara dan bermasam muka,” ulasnya lagi.
Lantaran itu, pengacara program Next To Neelofa ini akui akan memperbaiki cara penyampaiannya selepas ini.
“Saya akui respon saya itu ada kelemahan tapi dari sudut pandang agama, itulah jawapannya.
“Itu bukan saya yang cakap tapi itu apa yang Allah bagitahu di dalam Al-Quran. Saya harap temubual ini dapat berikan penjelasan,” katanya lagi.
Sementara itu, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata tidak adil jika orang ramai menilai kehidupannya memandangkan dia juga dibesarkan dalam keluarga yang ibu bapa bercerai.
“Ada yang kata saya tak layak berikan berikan pandangan kerana hidup saya dikatakan sempurna dan tak pernah susah. Saya tak pernah cakap fasal ibu bapa saya.
“Saya juga datang dari keluarga ibu bapa yang bercerai. Tiada siapa yang tahu sebab kami tak pernah kongsi.
“Hidup saya tak sempurna tapi kita kena lalui dengan cara yang betul dari sudut agama,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Demikian kata selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa selepas ditanya Sherry Alhadad dan Nabil Ahmad mengenai perkembangan anak sulung, Muhammad Bilal, sembilan bulan.
Hos program Next To Neelofa itu berkata demikian ketika diundang sebagai tetamu menerusi salah satu segment di MeleTop, pada Selasa bagi mempromosikan musim terbaharu rancangan berkenaan.
Menurut Neelofa, bagi musim kedua ini, figura yang diundang kebanyakannya terdiri daripada bintang yang bergelar ibu.
“Kalau musim pengenalan kita tampilkan bintang legenda seperti Datuk Siti Nurhaliza, Nor Kumalasari, Puan Sri Normala Samsudin dan ramai lagi.
“Tetapi kali ini walau kebanyakan (tetamu) masih muda, tetapi mereka ialah ibu yang boleh relate on certain level,” katanya.
Neelofa pada masa sama turut berkongsi pendekatan yang digunakan setiap kali menemubual tetamu yang diundang.
“Orang tanya macam mana saya ‘buat’ mereka menangis. Sebenarnya saya pun berdebar juga. Berdoa… Ya Allah lembutkanlah hati dia, selesakanlah kita dan sebagainya.
“Selain itu, kita kenalah juga bina proses komunikasi itu,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada peminat selain dedikasinya kerana masih diberi peluang untuk muncul di kaca TV meski berpurdah.
Next To Neelofa musim kedua bakal bersiaran mulai 22 Oktober 2022, jam 10.00 malam di saluran Astro Ria dan Astro Prima.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Fattah Amin memilih pendekatan untuk berkampung di set penggambaran selama sebulan tanpa pulang ke rumah demi menjawai watak untuk filem terbaharunya, Kulit Wayang.