“Sampai Hari Ni Ada Lagi Kawan-Kawan Tak Percaya Dah Mak Orang,” – Ain Sufia

Share

Pelawak dan pelakon, Ain Sufia, 33, akui masih banyak lagi ilmu yang perlu dipelajari untuk menjadi ibu terbaik buat anak sulungnya, Indah Nufa yang kini mencecah usia empat.

Pada masa sama, bekas peserta Projek Komedi Warna 2015 ini juga secara berseloroh turut mendedahkan sehingga ke hari ini, masih ramai kenalannya yang seakan tidak percaya dirinya sudah pun bergelar ibu.

Berkongsi kapsyen berkenaan menerusi Instagram buat tatapan umum, Ain turut memberitahu dirinya masih sama seperti dulu.

“Dah 4 bulan jadi mak orang! Banyak lagi ilmu jadi mak bapak yg mader belom tau lagi.

“Disebabkan Februari 29 hari je, takda 30hb jadi semalam genap lah @indah.nufa 4 bulan.

“Tapi masih sampai hari ni ada lagi kawAn2 tak percaya mader dah jadi mak orang. ‘Weyh Ain dh jd mak orang weyh. Ain dh ada anak laa. Aku tak caye lagi ni’ Apooooo hahhahahhaha kenapa ehhh?

“Aku tak berubah pun. Masih Ain yg sama gonjeng macam dulu. Cuma sopan sikit lah,” tulisnya.

Sekadar informasi, Ain dan suaminya iaitu seorang kakitangan kerajaan, Mohd Nor Ab Mutalib mendirikan rumah tangga pada 1 Februari 2019 lalu.

Selain menyertai Projek Komedi Warna, anggota kumpulan Awok ini juga pernah terlibat di dalam program komedi terbitan Astro, Skool of Lawak kira-kira enam tahun lalu.

Foto: Instagram Ain Sufia

Published by
MH