Pelakon Catriona Ross ada mengimbau kembali kenangan manis bersama arwah ibunya, Siti Zawiyah Ab. Rahman bersempena ulang tahun kelahiran wanita teristimewa dalam hidupnya itu.
Di samping berkongsi foto arwah ibunya, Catriona atau nama sebenar, Catriona Norhayati Ross meluahkan rasa rindu.
“If this lady is around, she would have been 71 today and my siblings & i would be spoiling her with treats & gifts. Namun, Allah berhendakkan yang berbeza, we lost Ibu in 2013.
“There’s so much i wish for, especially for her to see and know about our every little achievement and just to see her smile in front of us. Sampai jumpa Ibu , sampai jumpa.
“*Pic taken in 2010 and in her arms, is my girl, Rania, at 1 day old,” tulisnya.
Link posting
Sekadar informasi, arwah ibu Catriona telah meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan maut jalan raya pada tahun 2013.
Difahamkan arwah ibunya bersama rombongan lapan individu dikatakan dalam perjalanan menyalurkan bantuan kepada pelajar sebuah madrasah di Kedah sebelum terbabit dalam nahas.
Foto: Intagram Catriona Ross
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI