Peninju Muay Thai popular negara dan pempengaruh, Johan Ghazali ‘memancing’ perhatian ramai apabila muncul menggayakan sepersalinan baju Melayu pada satu sesi temubual bersama media sebelum acara ONE 168 yang dijadualkan berlangsung esok.

Dalam hantaran di Instagramnya, Johan atau lebih sinonim disapa dengan panggilan popular Jojo tampak segak menyarung busana baju Melayu dalam rona hijau gelap dari jenama tersohor, Bulan Bintang.

“Sampai Ke US Pakai Baju Melayu,” – Kacak & Patriotik, Penampilan Johan ‘Jojo’ Ghazali Sebelum Bertarung Dipuji Semua!“Sampai Ke US Pakai Baju Melayu,” – Kacak & Patriotik, Penampilan Johan ‘Jojo’ Ghazali Sebelum Bertarung Dipuji Semua!

“Representing Malaysia in this baju Melayu by @bulanbintanghq for media day today. Next is Weigh ins and face offs. Insyaallah everything goes smoothly,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Sekali gus, ia berjaya menambat perhatian warganet dan rata-ratanya meninggalkan komen positif. Antaranya;

“Wow you are Melayu tulen. All the best Jojo!”

Ads

“Sampai ke US pakai Baju Melayu. Good luck Jojo.”

“Smart tang baju Melayu.”

“Segak pakai baju Melayu.”

“We are so proud of you Jojo. All the best champ.”

Ads

Malah ada juga netizen yang menitipkan ucapan selamat maju jaya buat Jojo, semoga meraih kemenangan ke atas lawannya.

Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 28,000 tanda suka.

Pada 6 September ini (esok), Johan akan berentap di gelanggang ONE 168: Denver bertemu dengan petinju dari Mexico, Josue ‘Tuzo’ Cruz.

Ads

Untuk rekod, sejak Johan sertai ONE Championship, beliau tidak pernah tewas dalam lima pertarungan.

Sehinggalah beliau bertemu Nguyen Tran Duy Trat, seorang petinju berpengalaman dari Vietnam. Johan tewas selepas tiga pusingan dalam satu pertarungan yang berlangsung pada awal Jun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI