‘Saat paling sedih tinggalkan anak yang masih kecil’. Itulah perasaan dirasai pelakon Lufya Omar sebelum berangkat ke Tanah Suci beberapa hari lalu.
Terpaksa meninggalkan anak berusia dua tahun, namun Lufya tetap kuatkan diri untuk menjejakkan kaki ke tanah suci.
“Saat paling sedih tinggalkan anak yang masih kecil.
“Berat rasa nk tinggalkan Haura sebelum berangkat ke Madinah tempoh hari tapi perasaan tu hilang sejurus sampai di sana.
“Apa yg lebih difikirkan adalah ibadah dan ingin dekat dengan Allah dan Rasulullah .
“Baru sampai di Makkah tiba-tiba perasaan rindu pada anak datang kembali. Melihat video yang diambil oleh adik fya buat bertambah rindu dengan Haura.
“Tambah lagi di sini ramai parents dari seluruh pelusuk dunia membawa anak mereka utk merasai pengalaman berada dalam Tanah Haram ini,” kongsinya.
Malah, Lufya turut berkongsi suasana sekitar Mekah melihat gelagat kanak-kanak bersama ibu bapa masing-masing.
“Comel2 anak-anak kat sini dengan pakai ihramnya, yang tak larat nak jalan mintak naik bahu ayahnya, ada yang digendung ibunya dan sebagainya.
“Melihat gelagat mereka teringat pulak kat Haura. Fya tengok takde la susah mana pun kalau nak bawak anak ke Makkah cuma penat sikit la.
“Waktu time mengelilingi kaabah je kita kena buat sendiri sebab takut najis anak kan. Kene ada yang jaga sebentar sementara melengkapkan 7 pusingan mengelilingi kaabah kemudian saie dan tahlul boleh bawak anak dalam stroller,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, pelakon itu juga mahu memberi pendedahan awal kepada anak-anak untuk menanam rasa cinta terhadap agama.
“Apa yg fya nak sampaikan ni kalau ada kemahuan segalanya boleh. Bagi lufya bagi pendedahan awal kepada anak supaya kita pupuk sifat cintakan agama lebih dari segalanya.
“Anak-anak yang berjaya ni jangan pandang hanya pada pendidikannya tapi akhlaknya.
“Adakah anak ini akan mendirikan solat dan tanggungjawab agama dengan baik? Adakah anak ini anak yang mendoakan ibu-bapanya ketika masih hidup atau mati? Adakah anak ini akan menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada orang lain yg menjadi amal jariah kepada ibu ayahnya?
“Itu yg lebih perlu kita titik beratkan dan rancang dari sekarang. Semoga Allah menjadikan kita ibu bapa yang menjalankan tanggungjawab dan amanah Allah dengan baik. Tolong aaminkan,” akhirinya.
Sementara itu, Lufya dipertemukan dengan rakan artis seperti Izara Aishah, Ifa Raziah dan Wany Hasrita di Kota Mekah dan merakam foto bersama.
Foto: Instagram Lufya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI