“Sampai Merah-Merah Muka Nangis Sebab…,” – ‘Anggun Dania’ Payung Babak Suamiku Lelaki Pendosa, Ramai Puji Lakonan Shima Anuar

Share

Pelakon Shima Anuar, 31, memuat naik sepotong video salah satu babak menerusi drama terbaru lakonannya, Suamiku Lelaki Pendosa yang kini sedang bersiaran menerusi slot Samarinda di TV3.

Mendukung watak sebagai Anggun Dania, Shima mengucapkan terima kasih kepada pelakon senior, Fauzi Nawawi dan Aleza Shadan yang ‘memberi’ emosi ketika sama-sama melakukan babak emosi bersama-sama.

“Terima kasih abang @theonlyfauzinawawi dan kak @aleza_shadan untuk setiap rasa dalam scene ni. Sampai merah-merah muka nangis sebab setiap kata-kata tu sampai ke jiwa. Betapa pengorbanan seorang ibu itu ternyata paling berharga,” tulisnya.

Shima yang kini sedang hamil anak ketiga juga turut menitipkan ucapan sama buat pengarahnya, Eyra Rahman yang percaya dengan dirinya untuk membawakan salah satu watak di dalam drama yang menjadi perhatian penonton kini itu.

Terima kasih juga kak @eyrahman22 kerana percayakan saya bawak watak Anggun Dania. Alhamdulillah banyak positive feedback untuk episod semalam. Teruskan menonton dan support drama Suamiku Lelaki Pendosa. Banyak pengajaran yang disampaikan dalam drama ini,” tulisnya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat turut memberikan reaksi terhadap pengkongsian Shima itu. Antaranya;

“Scene paling sedih.”

“Semalam terkesan dengan lakonan Shima.”

“You nailed it.”

“Saya pun turut nangis Kak Shima, menyentuh hati.”

“Sedih malam tadi… kesian anggun.”

“Semua watak dalam drama ni menjadi. Semua menjiwai watak.”

“Kita yang tengok semalam tadi pun mengalir air mata. Terbaik semuanya.”

Drama rantaian Suamiku Lelaki Pendosa itu bersiaran selama 28 episod dan selain Shima, antara barisan pelakon lain yang turut terlibat di samping Aaron Aziz dan Gambit Saifullah ialah Sophia Albarakbah, Datin Maria Farida dan ramai lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
MH