Pelakon dan usahawan, Ika Nabella berharap agar ada pihak yang bertanggungjawab dapat menziarahi neneknya yang kini difahamkan sedang uzur di kampung.
Jelas Ika, neneknya itu langsung tidak mengetahui tentang apa yang terjadi di negara ketika ini dan dia amat mengharapkan kepulangan ahli keluarga yang lain.
“Tolong jugak pi tengok Tok I yang dah berusia 98 tahun kt Kubu Gajah, Selama Perak tu. Kalau nak alamat habaq mai.
Kesian kt dia umoq dekat 100.
“Orang tua ni kita explain tak buleh polis tak bagi satgi dia pelik awat polis tak bagi anak pi tengok mak. Kena bagitauuu betoi-betoi.
“Makkk kita ni marhaennn, kita rakyat kena patuh. Kita undi tara mana pun mai bab ni kita kalah mak oi. Masing-masing kena main peranan. Depa buat kerja depa kita buat bahagian kita,” tulisnya.
Kenyataan tersebut disuarakan oleh bintang kelahiran Akademi Fantasia musim ke-6 itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Ika turut menambah, bapanya juga turut berasa bimbang dan susah hati kerana sudah lama dia tidak dapat bertemu dengan ibunya itu.
“Ayah I dari Penang nak lintaih bridge pi tengok mak kandung dia pun tak lepaih sampai naik darah tinggi la Ayah I punya risau nk pi kt mak dia tak buleh, detu dah la anak sulung.
“Tolong sat na sapa-sapa ha bertanggungjawap tu pi ushar sat tok I. Habaq sat kt dia anak cucu ada tapi kami tak boleh pi mana, kami video call dia pun bukan reti, cakap telefon pun kena jerit.
“Maklumla dah lanjut usia kan. Kita tua nanti pun lagutu laaaa. Serba serbi tak terdaya. Kita doa la tok nenek kita na, katanya lagi.
Dikesempatan itu juga, ibu kepada seorang anak ini turut berharap agar ada individu yang dapat menziarahi neneknya itu untuk menerangkan mengenai perkara sebenar.
Melihat di rungan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut berkongsi rasa duka selain turut mendoakan semoga nenek Ika berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
Sumber: Instagram Ika Nabella