Sejak beberapa hari lalu tular di aplikasi Tik Tok susulan sebuah video memaparkan seorang lelaki dikenali sebagai Zaki Jinggo dari Kuantan, Pahang yang berkongsi cerita tentang sejarah ‘cintanya’ dengan penyanyi, Syura Badron.

Menerusi video berkenaan lelaki berkenaan mendakwa Syura telah jatuh hati dengannya ketika mereka berdua berada di atas pentas di dalam sebuah persembahan di Kuantan, Pahang, sebelum ini.

Dalam pada itu, Syura mengakui dia ada menerima kiriman video tersebut daripada beberapa kenalan dan sudah menontonnya.

“Mula-mula tu memang saya terkejut apabila mendengar cerita yang disampaikan lelaki itu. Saya siap cakap dalam hati, siapa individu ini tiba-tiba mengaku pernah bercinta dengan aku? Kenal pun tak.

“Tetapi selepas habis mendengar perbualannya, saya teringat suatu masa dahulu pada 2001 ketika lagu Kasih Tidak Terjamah menjadi siulan, saya pernah mengadakan persembahan di Kuantan.

“Pada masa itu, saya ada mengajak seorang peminat naik ke pentas untuk menyanyi bersama. Mungkin Abang Zaki ini adalah peminat itu berdasarkan cerita yang didedahkan dalam video tersebut,” jelas Syura.

Ads
@bonraiz Wajib tonton habis!! Sambungan Part -2 Zaki Jinggo.. Sejarah bercinta dengan Syura dan berlakon orang giilaa.. @Mat Lipat @Jacky TV @Uzainizain @MatDin #bonraizuproduction #funny #fyp #raya2023 #InspirasiRaya #legend #artist #content #comedy ♬ original sound – bonraizu

Dia yang baru sahaja selesai menjalanu tempoh berpantang selepas melahirkan anak pada Mac lalu menambah, lelaki berkenaan agak dikenali di Kuantan memandangkan personalitinya yang ramah dan sering hadir ke acara-acara hiburan terutamanya melibatkan persembahan nyanyian.

“Saya ada terbaca beberapa komen di entri video itu dan ramai cakap, Abang Zaki ini memang selalu kelihatan di sana. Ada yang kata dia suka menyanyi dan mengikut komen individu lain, mereka mendakwa Abang Zaki ni ‘tak sihat’.

Ads

“Jadi saya fahamlah apa yang warganet maksudkan dan anggap pendedahan Abang Zaki sebagai hiburan. Saya pun ada tunjuk video ini kepada suami, dia pun ketawa mendengar ceritanya.

“Apapun, saya minta maaf kepada Abang Zaki kerana ‘kenakalan’ saya semasa berumur 15 tahun ketika itu membuatkannya teringat-ingat hingga sekarang,” katanya lagi.

Sehingga kini, video tersebut sudah pun menerima lebih 500,000 tontan disusuli dengan ribuan komen yang ditinggalkan warganet.

Ads

Dalam pada itu, Syura turut memuat naik video sama di dalam Instagramnya sambil menyifatkan ‘cintanya yang tidak berbalas.’

Untuk rekod, lagu Kasih Tidak Terjamah merupakan debut  Syura di persada muzik tanah air pada September 2000 yang dimuatkan dalam album Aroma.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI