Pengacara Datuk Aznil Nawawi bersama syarikat pengeluar produk kesihatan terlaris di Malaysia, Eskayvie Sdn Bhd menerusi Eskayvie Diffenz menunjukkan keprihatinan sosial dengan memberikan sokongan dan bantuan kepada lebih 600 ‘Rider’ e-hailing penghantar makanan atau bungkusan di Seksyen 13, Shah Alam, hari ini.
Program murni yang diberi nama Bingkisan Raya Rider 2023 itu bermula dari jam 8 hingga 10 pagi tadi dan objektifnya bagi menyumbang semula kepada masyarakat yang memerlukan.
Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed berkata, tugas ‘rider’ yang juga pekerja barisan hadapan menjalankan perkhidmatan penghantaran sebenarnya sangat mulia kerana membantu memudahkan urusan orang lain.
“Namun begitu, mereka juga sangat terdedah kepada pelbagai risiko seperti penyakit dan kemalangan. Oleh itu, Eskayvie ingin memberikan sokongan dan suntikan semangat kepada mereka agar dapat terus memberikan perkhidmatan dengan baik.
“Sebagai syarikat yang berpegang teguh kepada visi Memperkasakan Kesihatan Dan Ekonomi Ummah, Eskayvie sangat prihatin terhadap pentingnya kesihatan setiap individu di dalam usaha menjana ekonomi keluarga. Jika badan sihat, pastinya tugas dapat dijalankan dengan lebih berkesan,” katanya.
Sementara itu, Datuk Aznil Nawawi selaku dutanya yang sinonim disapa Pak Nil turut menyokong usaha murni serta keprihatinan jenama itu terhadap keselamatan dan kesihatan ‘rider’.
Ads
“Saya berharap program seperti ini dapat menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk turut sama berkongsi kebaikan dan membantu memberikan kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan.
“Sekali gus tanpa mengira apa juga bidang tugas dan kerjaya masing-masing,” katanya.
Malah Pak Nil turut berkongsi pautan video berkaitan menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya sekaligus menerima titipan kata positif warganet.
“Saya sampai pukul tiga pagi lagi. Terima kasih. Ringan sikit beban nak balik beraya.”
Ads
Selain sumbangan berbentuk duit raya dan juadah raya dalam program berkenaan, pihak mereka turut menyediakan Eskayvie Afeeya Cafe untuk bekalan tenaga ‘rider’.
“Eskayvie Afeeya Cafe adalah sebagai ikhtiar untuk membantu mereka lebih bertenaga dan kekal fokus terutamanya ketika berada di jalanan,” kata Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri selaku formulator produk berkualiti Eskayvie.
Berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan dan formulasi produk telah membantu usaha Dr Syid Ayob dalam menghasilkan produk berkualiti yang sesuai dengan keperluan pengguna.
“Adalah diharapkan agar program dengan kerjasama Yayasan Eskayvie seperti ini dapat memberikan semangat kepada mereka yang sedang berjuang di dalam keadaan ekonomi yang agak mencabar masa kini.
“Semoga program sebegini dapat memberikan manfaat yang besar kepada ‘rider’ dan masyarakat yang memerlukan” kata Dr Syid Ayob.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Insiden seorang lelaki yang menembak seekor monyet gara-gara gagal menyebut ungkapan ‘baby sayang’ sememangnya menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia.
Bagaimanapun hari ini, pihak polis mengesahkan mereka telah berjaya menahan dua beranak di rumah di Taman Kenangan, Sitiawan, Perak, malam tadi berkaitan kes kejam tersebut.
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman Datuk Asmawati Ahmad berkata, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung telah membuat serbuan di rumah berkenaan pada 9 malam tadi.
“Dalam serbuan itu, kami menahan dua lelaki iaitu anak beranak selain merampas pistol yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan.
“Kedua-dua tangkapan terbabit dibawa ke IPD Manjung untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini,” katanya.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 428 Kanun Keseksaan.
Video yang tular sejak dua hari lalu itu memaparkan seorang lelaki mengacukan pistol kepada seekor haiwan yang dikurung di dalam sebuah sangkar.
Lalu, satu das tembakan telah dilepaskan dan telah mengenai tepat di bahagian kepala binatang tersebut.
Terdahulu, selebriti turut telah menyelar tindakan individu berkenaan yang disifatkan tidak berperikemanusiaan itu.
Antara selebriti yang lantang bersuara menyelar tindakan ini ialah pelakon, Mira Filzah yang merupakan individu yang menyebabkan perkataan ‘baby sayang’ tular di media sosial baru-baru ini.
Sementara itu, penyanyi Faiza Tahir dan Caprice turut menyelar sekeras-kerasnya tindakkan tersebut di laman Instagram.
Personaliti televisyen, Fedtri Yahya sering kali bertanyakan soalan rawak di laman Twitter sebagai salah satu cara berinteraksi bersama para pengikutnya.
Terbaru, Fedtri ada bertanyakan mengenai situasi cemas yang pernah berlaku ketika bercuti atau mengembara.
Antara yang turut berkongsi kisah mengenai perkara tersebut termasuklah pelakon popular, Ben Amir.
Jelas Ben, dia pernah ditahan oleh skuad khas polis di lapangan terbang Hong Kong gara-gara cendera mata yang dibelinya.
Katanya lagi, dia sendiri tidak menyangka cendera mata yang disangka tongkat itu sebenarnya tersembunyi pedang samurai di dalamnya.
Kena tahan kat airport dgn polis Hong Kong dtg macam SWAT team sebab beli tongkat as souvenir tapi tak tau dlm tongkat tu ada hidden pedang samurai. https://t.co/UxTRp65Gr4
“Kena tahan kat airport dengan polis Hong Kong datang macam SWAT team sebab beli tongkat as souvenir tapi tak tahu dalam tongkat tu ada hidden pedang samurai,” tulisnya.
Kisah tersebut diceritakan sendiri oleh pelakon drama Sweet Dreams itu menerusi laman Twitter miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat terkejut selepas mengetahui perkara tersebut selain turut menasihati Ben untuk lebih berhati-hati selepas ini.
Malah, mereka juga meminta Ben untuk menceritakan secara terperinci mengenai detik tersebut selepas ini.
“Macam cerita NCIS dan CSI. Pengalaman mendebarkan ni. Beli souvenir yang comel-comel je lepas ni.
“Same goes to my friend la ni, beli nail clipper as souvenirs tapi dia tak perasan it is 2 in 1, ada gunting sekali. Terus kena buang dalam tong sampah.
“Macam lawak pon ada. Storytime panjang sikit bang.
“Cerita tak habis ni bang. Jangan sampai saya pergi Hong Kong tu tanya polis tu apa kesudahan dia.
“So, souvenir tu dpt bawa balik or kena rampas? Sayangnya kalau kena rampas,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerima pertanyaan ramai perihal seorang isteri yang gemar berleter kepada suami, Imam Muda Hassan menerangkan, tiada apa yang perlu dibahaskan perihal perkara ini.
Tegasnya, seorang isteri berleter kerana mungkin kepenatan menguruskan keluarga sepanjang hari meski mereka sekadar berada di rumah.
“Ada pertanyaan seorang hamba Allah yang mengakui hilang sayang terhadap isteri kerana wanita itu kuat berleter setiap kali dia pulang ke rumah.
“Saya menjawab, seorang isteri berleter kerana dia penat. Memang betul dia sekadar duduk di rumah namun kita tidak sedar betapa penatnya menjaga anak dan menguruskan rumah sepenuhnya.
“Jangan sesekali memandang kepada leteran kerana ia tidak lama. Jangan fokus kepada keburukan isteri yang sedikit itu, pandanglah kepada kenaikan isteri,” ulasnya.
Penceramah bebas ini turut memetik kisah sahabat Rasulullah SAW, Saidina Umar Al Khattab yang menganggap leteran isteri sebagai perkara biasa.
“Ini yang berlaku kepada rumah tangga Saidina Umar Al Khattab. Saidina Umar sendiri menganggap leteran isteri itu biasa dan anggaplah ia sebagai satu hiburan.
“Kerana isteri itu lebih banyak kebaikannya jadi tidak perlu melihat kepada sedikit kelemahan. Semua ada kelemahan dan tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Insya-Allah kita akan lebih tenang,” jelasnya menerusi Igtv yang dikongsi.
Konsert minggu pertama One In A Million (OIAM) yang bersiaran secara langsung dari Studio NTV7, Shah Alam pada Ahad menyaksikan saingan daripada 20 peserta terbaik.