“Sampai Rumah, Rasa Nak Nangis,” – Genap 40 Tahun, Elly Mazlein Cerita Cikgu Azlan Buat Kejutan Birthday Awal Pagi!

Share

Bintang versatil, Elly Mazlein sudah pun menginjak usia 40 tahun hari ini.

Bagaimanapun atas komitmen kerja, bintang versatil itu mendedahkan si suami, Cikgu Azlan telah pun membuat kejutan lebih awal bersempena ulang tahun kelahirannya itu.

Menurut Elly atau lebih sinonim dengan sapaan Kak Lina Pom Pom, dia yang baru pulang ke rumah pada awal pagi terkejut dan hampir menangis atas kejutan yang dibuat suami dan ahli keluarganya yang lain.

Meski hari lahirnya jatuh pada 17 Disember (hari ini), namun Elly tidak menyangka kerana ia diraikan lebih awal (semalam) kerana perlu bekerja hari ini.

“Pagi td smpai umah, rasa nak nangis. Ade kezotannnn aromatherapy level. Tohhhhhdiaaaaaa dari kesayangan Abah,Suami, Manja Sara Sefhia & My helper Agnes.

“Memandangkan Esok 17hb, kepom keja, jadi suami celebrate awal sikit. tq sayang.

“Katanya nak bawa tempat kezotannn jap lg .. yeayyyyy x saba, tq sayang,” tulisnya sambil turut berterima kasih atas hadiah yang diberikan rakan artis, Siti Sarah.

Malah menerusi beberapa hantaran terkininya juga, Elly turut berkongsi beberapa foto mereka sekeluarga sedang isi masa di sebuah hotel selain menikmati makan malam indah bersama.

Sementara itu menerusi ruangan komen, para peminat serta rakan selebriti turut memberikan dedikasi selamat ulang tahun buat penyanyi 4 Dara 2020 itu.

Elly yang sebelum ini bergelar ibu tunggal anak satu, mendirikan rumah tangga bersama Mohd Azlan Che Noh yang juga seorang guru Januari lalu.

Foto: Instagram Elly Mazlein

Published by
MH