Pelakon cantik, Sophia Albarakbah mendedahkan sehingga kini dia masih menjadi mangsa buli segelintir netizen dalam media sosial.
Akui perlu terus kuat, bintang berusia 31 tahun ini akui dia tidak tahu apa sebab masih ada yang melemparkan komen yang tidak manis terhadap dirinya.
“Sampai sekarang saya masih dibuli dalam media sosial, tidak kiralah buat salah ke tidak, orang tetap lempar kata-kata negatif tanpa saya tahu apa sebabnya.
“Mungkin saya kuat dari luaran tetapi sebenarnya tidak. Saya sudah lalui macam-macam dan sehingga kini masih berusaha supaya perkara itu tidak beri kesan pada diri terutama kesihatan mental.
“Tipulah kalau kata tidak terkesan tapi sentiasa cuba untuk tidak buat perkara yang tidak sepatutnya,” katanya, petik kepada Kosmo! Online.
Ads
Tidak menafikan ada komen melampau telah diterima, bintang filem Miimaland tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu yang terus menerus membulinya dalam media sosial.
“Sebenarnya semua komen-komen itu sudah melampau tetapi saya belum lagi ambil tindakan.
“Namun, kalau masih berterusan, saya akan buat laporan sekiranya itu tindakan yang patut dilakukan untuk menghentikan semua ini.
Ads
“Saya tak tahu kenapa ada netizen yang berani bertindak (tulis komen negatif), namun apa-apa pun alasan, harap mereka berhenti kerana perkara sebegitu tidak baik pun.
“Buli bukan perkara remeh kerana mampu membawa kepada sesuatu yang lebih serius terutama terhadap kesihatan mental dan kestabilan emosi seseorang.
Ads
“Kalau orang mental tak kuat, memang akan beri kesan yang buruk. Boleh jadi akan tertekan dan bunuh diri,” katanya yang pernah bertemu pakar terapi untuk menangani kemurungan selepas dikecam hebat sebelum ini.
Nama Sophia pernah menjadi buah mulut ramai termasuk menjadi sasaran warganet apabila terpalit dakwaan menjalin cinta lokasi dengan penyanyi dan pelakon asal Singapura, Aliff Aziz.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon Fatin Afeefa yang telah selamat mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan yang dikenali sebagai Aliff Awang pada malam Jumaat.
Majlis serba indah itu difahamkan telah dilangsungkan di sebuah premis acara di Subang Jaya, Selangor.
Terdahulu, perkongsian oleh jurusolek terkenal iaitu Datuk Alha Alfa yang bertanggungjawab mencantikkan si raja sehari menjadi sorotan wargamaya di Instagram.
“Love sangat. Dia memang dah cantik dah. Kena sentuhan dari Alha hasilnya superb,” komen seorang wargamaya.
“Seri dia macam anak dara,” komen wargamaya lainnya.
“Naik seri,” tulis wargamaya.
“Love sangatlah,” antara komen tertera.
Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan atau perkongsian daripada tuan punya badan mengenai majlis hari bahagia mereka, meski ada beberapa rakan hadir yang turut hadir meraikan mempelai.
Sementara itu pada sekitar November, Fatin ada memuat naik video memperlihatkan tangan seorang wanita yang dipercayai dirinya disarung cincin sekaligus menimbulkan reaksi pelbagai wargamaya.
Industri hiburan dikejutkan dengan pemergian pelawak popular, Abam Bocey yang telah meninggal dunia selepas Subuh pagi tadi dipercayai akibat demam panas.
Abam atau nama lengkapnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak, Kuala Lumpur.
Perkara itu disahkan isteri Abam, Hidayah kepada adik Allahyarham, Ali.
Lantas, perkara itu mengejutkan ramai pihak termasuk rakan selebriti dan pelawak yang pernah sama-sama dalam satu gelanggang lawak.
Pengacara popular, Datuk AC Mizal memuji semangat dan kesungguhan pengasas jenama Sellection, Nor Rafidah Khairuddin yang cekal dalam usahanya meluaskan empayar perniagaan yang wajar dijadikan contoh.
Menerusi sesi lintas langsung yang diadakan di butik tiga lot premis niaga terbaharu miliknya Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Datuk AC turut hadir ditemani isterinya, Datin Emylia Rosnaida.
“Bukan senang nak cari peniaga Melayu bumiputera macam ini. Dua tahun lalu saya jumpa dia di butik kecilnya. Sekarang ini butik Rafidah semakin membesar dan meluas, tahniah. Siap bawa jenama Coach dan lain-lain.
“Butik baharu miliknya mengingatkan saya seperti sebuah butik saya lawati ketika percutian di Jepun baru-baru ini, memang sebiji. Malah harga ditawarkan juga lagi murah berbanding di luar,” kata bekas anggota kumpulan 4U2C itu.
Malah, bapa kepada dua cahaya mata itu juga turut berpendapat, manusia hidup atas satu perkara dipanggil harapan.
“Kita bangun tidur dengan harapan esok lebih sihat, berjaya, kaya dan sebagainya. Kita juga sering berharap boleh beli sesuatu tapi dengan syarat kena kerja keras.
“Apabila tak ada harapan dan selesa duduk rumah, ia tak membawa apa-apa makna. Macam sekarang ini selepas tengok harga beg di butik ini contohnya berharga RM900, kita sasar nak beli.
“Nak beli mungkin tidak hari ini, tapi waktu mendatang. Kena kumpul duit. Semua manusia hidup dengan harapan. Sesekali ‘reward’ atau beri ganjaran kepada diri dan sentiasa positif dalam hidup. Satu lagi, kena ada ilmu… jangan main langgar saja,” katanya.
Bukan hanya wanita, Datuk AC juga akui golongan lelaki juga kena pandai bergaya dan ‘reward’ diri dengan barangan berjenama jika ada rezeki lebih.
Selain AC, jenama ini turut terkenal di kalangan artis popular lain termasuk Maria Tunku Sabri, Elly Mazlein, Amyra Rosli dan beberapa pempengaruh.
Menurut Rafidah, kehadiran golongan berkenaan antara yang melonjakkan pengaruh serta jenama yang diusahakannya.
“AC sendiri banyak berkongsi tips dan nasihat kepada saya. Dari zaman 4U2C hingga bergerak solo, beliau membuktikan keampuhan dirinya hingga masih relevan,” kata usahawanita ini.
Sementara itu, Rafidah yang bermula dari personal shopper dan memiliki butik sendiri di Wangsa Melawati bersyukur kini empayar perniagaannya naik taraf.
Bermula dari ‘personal shopper’, wanita ini berjaya pindah lokasi butik fizikalnya dengan tiga kali ganda besar dari yang lama. Perpindahan itu juga menjadi bukti kesungguhannya bergelar usahawan yang diceburi sejak tahun 2014.
“Bagi saya kejayaan memiliki butik baharu yang turut menempatkan gudang dan pejabat ini dianggap sebagai peristiwa penting dalam perjalanan saya mengembangkan empayar serta legasi bisnes. Saya amat berterima kasih kepada pasukan saya dan terutamanya pelanggan setia.
“Dari personal shopper dan memiliki butik kecil sebelum ini juga saya anggap sebagai pencapaian penting dan diharap boleh menjadi inspirasi kepada orang diluar sana. Walaupun bermula dari kecil, sesiapa sahaja boleh berjaya dan maju jika mahu,” katanya lagi.
Rafidah menambah misinya untuk membolehkan semua golongan wanita dan lelaki tanpa mengira status memiliki barangan berjenama dari Amerika Syarikat seperti Coach, Michael Kors, Kate Spade dan Fossil juga sudah menjadi kenyataan.
“Dulu orang selalu anggap jenama mewah hanya untuk golongan tertentu termasuk Mak Datin. Tapi kini sebaliknya semua golongan termasuk wanita bekerjaya, sektor kerajaan seperti guru, suri rumah dan peniaga indusri kecil dan sederhana (IKS) juga boleh memilikinya.
“Kami meraikan keyakinan semua golongan tanpa prejudis. Tambah pula, dengan pelan ansuran bayaran tiga ke enam kali kami perkenalkan. Lebih banyak peluang dibuka untuk merasai pengalaman bergaya. Hanya bayar deposit, terus dapat barangan diimpikan.
“Melalui siaran lintas langsung di media sosial Facebook Page kami, Branded Handbags by Rafidah, banyak “review”, tips fesyen dan penggayaan kami kongsikan buat pelanggan. Ia bukan sekadar menjual, tetapi berkongsi ilmu dalam pemilihan beg atau tas tangan yang tepat dan ideal.
“Sempena Februari bulan ulang tahun kelahiran saya, kini juga ditawarkan kod diskaun istimewa “BR26” sebanyak RM26 untuk semua pembelian. Malah harga kami tawarkan selama ini juga boleh jimat 30 ke 50 peratus daripada premis lain,” katanya.
Wanita kelahiran Ipoh, Perak itu juga kini boleh berbangga kerana sejak tahun lalu jenamanya sudah memiliki aplikasi mobil sendiri iaitu Sellection.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Amir Ahnaf teruja apabila dapat membuatkan ibu dan ayahnya berasa bangga saat menonton filem Kahar Kapla High Council yang pertama kali ditayangkan di acara malam gala, pada Isnin.