
Baru-baru ini penyanyi Faizal Tahir telah memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya.
Apa yang menarik, rakaman video tersebut telah memaparkan gelagat Faizal dan Zamani menyahut cabaran untuk memakan makanan pedas ‘Samyang’ sambil menyanyi.
“Sampai sekarang taktau ‘melenyau’ tu apa bang @zamanislam_official Tolong. Sape tau melenyau tu apa?”tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Faizal Tahir (@faizal_tahir) on
Lantas, rakaman video telah menjadi perhatian peminat dan ada yang memberikan pelbagai komen.
Rata-rata peminat berasa terhibur melihat gelagat mereka.
Bagaimanpun, ada di antara peminat telah membalas maksud perkataan berkenaan di ruangan komen video tersebut.
Video : Instagram Faizal Tahir
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jodoh Syafiq Kyle; “Umur Saya Dah 30 Tahun, Anytime. Saya Doa…”

Pelakon Syafiq Kyle mengakui proses melangkah ke fasa seterusnya untuk bergelar suami bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang sebelah mata.
Sebaliknya ia menuntut kepada usaha selain ikhtiar untuk berubah menjadi insan yang lebih baik terlebih dahulu sebelum menggalas tanggungjawab besar dalam membina keluarga.
Syafiq atau nama sebenar, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 30 berkata, buat masa sekarang dia hanya mendoakan yang baik-baik, selain mengharapkan sokongan orang terdekat.
“Tak beranilah untuk saya bercakap mengenai soal sudah bersedia atau sebaliknya. Cuma ini adalah satu tanggungjawab. Sebab saya percaya kalau kita nak bercakap mengenai bersedia atau tidak, kita sendiri yang kena berusaha untuk berbuat demikian.
“Akan tetapi buat masa sekarang umur saya dah 30 tahun, bila-bila masa sahaja. Saya doa jodoh daripada Allah SWT. Mak pun selalu mendoakan untuk saya, berkati dan permudahkan segala perjalanan saya.
“Persediaan itu sayalah yang kena usaha sendiri, bukan saya perlu letakkan ia pada tangan orang lain. Dari segi perkara lain, saya yang perlu banyak muhasabah diri.
“Perlahan-lahan sejak umur saya 27 tahun saya sudah rasakan akan perubahan itu. Tiada benda yang saya perlu kejarkan lagi. Sekarang ini saya hanya buat apa yang saya inginkan, buat perkara yang keluarga dan saya sukai.
“Jadi dalam proses tersebut, diri saya sendiri pun sudah mulai berubah sedikit demi sedikit. Saya percaya kepada perkara itu, ia akan datang dengan sendiri,” katanya lagi.
Artikel Berkaitan;
Syafiq berkata demikian ketika ditemui pada majlis Sidang Media & Tayangan Perdana Filem Siku 12; Langkah Derhaka di Starling Mall, Damansara, pada Rabu.
Ditanya mengenai sisi persediaan atau persiapan yang dilakukan oleh temannya pula, ini yang dikongsi Syafiq;
“Banyak perkara yang kami bincangkan. Cuma saya bukanlah jenis yang mahu ketengahkan apa perkara yang dibincangkan. Kalau di pihak dia, rasanya lebih baik jika empunya badan yang berkongsi.
“Bagi diri saya, saya cuba lakukan yang terbaik dan doakan agar semuanya dipermudahkan,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bukalah Minda & Huznuzon Sikit,” – Didakwa Pakai Tattoo Lambang Salib, Ini Respon Padu Aaron Aziz

Ketika ini, pelakon popular, Datuk Aaron Aziz dikhabarkan sedang giat menjalani latihan intensif sebagai persediaan sebelum memulakan penggambaran bagi filem The Original Gangster arahan pengarah sensasi, Syamsul Yusof.
Malah, menerusi sebuah hantaran di Instagram, Aaron turut berkongsi video yang memaparkan dirinya baru sahaja selesai menampal tattoo palsu di lehernya.
Bagaimanapun, video tersebut nyata mengundang rasa kurang senang di hati segelintir pihak selepas ada yang mendakwa terdapat lambang salib pada tattoo berkenaan.
Bagi mengelakkan kekeliruan, Aaron telah pun memuat video penjelasannya di akaun Tik Tok miliknya.
Jelas Aaron, lukisan tersebut bukanlah lambang salib sebaliknya ia merupakan gambar pisau jenis dagger.
“Itu bukan salib, itu dagger. Korang ingat aku ni kafir ke apa? Itu pisau. Semua jenis pisau dagger ada batangnya sebegitu,” katanya.
Lantaran itu, pelakon asal Singapura ini berharap agar orang ramai tidak membuat andaian melulu berhubung lukisan tattoo yang dipakainya itu.
Katanya lagi, dia juga masih tahu menjaga batasnya sebagai seorang muslim.
“Lainlah kalau saya pakai pisau butter yang korang guna untuk sapu nuttella, peanut butter dan jam tu. Takkan nak pakai pisau tu.
“Bukalah minda dan husnuzon sikit,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan respon tersebut selain turut menyatakan rasa tidak sabar untuk menonton filem The Original Gangster.
Baru-baru ini, Syamsul mengumumkan The Original Gangsters yang bakal mencipta sejarah sebagai filem aksi termahal tanah air.
Selain Aaron, filem ini turut menampil barisau pelakon-pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Shaheizy Sam, Rosyam Nor dan Syamsul sendiri.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Aaron Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sebuah Organisasi Media Boleh Beri Impak Kepada Masyarakat…” – Kumpulan Karangkraf Terima Anugerah Hawana 2022

Hari ini menjadi hari bersejarah bagi Kumpulan Karangkraf apabila telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022.
Pada majlis kemuncak sambutan Hawana, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri telah menyampaikan trofi, sijil dan wang tunai bernilai RM10’000 kepada pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.
Dalam satu temu bual bersama wartawan, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub menyatakan mengenai peranan penting media dalam membentuk karakter dan menanam nilai positif kepada masyarakat.
“Sebuah organisasi media boleh memberi impak kepada masyarakat. Apa yang kita usahakan bukan sekadar menyampaikan berita, tetapi dapat menukar budaya dan mengembalikan integriti yang sudah hilang kepada masyarakat, yang mana nilai moral dan karakter bangsa yang sudah runtuh dapat dipulihkan menerusi usaha-usaha yang dibuat oleh wartawan.
“Alhamdulillah di Karangkraf kita berpadu tenaga, dengan sokongan media-media lain untuk memulakan kempen-kempen sehinggalah hari ini kita memperoleh anugerah ini,” ujar beliau saat menerima anugerah. Pada Februari 2021, Kumpulan Karangkraf terkenal menerusi pelancaran kempen Rasuah Busters yang bertujuan membersihkan negara dari rasuah.
Kumpulan Karangkraf bermula pada tahun 1978 menerusi perniagaan yang dijalankan di sebuah lot kedai untuk menghasilkan produk pertama syarikat, Mingguan Kanak-Kanak. Semenjak itu organisasi media ini telah berkembang kepada pelbagai jenis perniagaan termasuklah majalah, buku pendidikan, novel, Al-Quran, percetakan, surat khabar dan juga media digital.
Anugerah Hari Wartawan (Hawana) 2022 telah diadakan di Hotel Hatten, Banda Hilir, Melaka setelah tertangguh selama dua tahun akibat pandemik Covid-19. Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan pertama akhbar di Malaysia iaitu Utusan Melayu pada 29 Mei 1939, yang menjadi platform pertama media di Malaysia.
*Media Hiburan merupakan salah sebuah jenama digital berita hiburan yang bernaung di bawah Kumpulan Karangkraf menerusi anak syarikatnya, Ideaktiv.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI