“Sampai Terbaring Di Kaki Lima,” – Sharifah Sakinah Terkenang Waktu Buat Jualan, Kutip Derma Bantu Puteri Balqis

Share

Pelakon Sharifah Sakinah ada merakam memori saat dia bersama rakan artis lain menjual barang terpakai milik pengarah, Michael Ang kira-kira dua tahun lalu.

Berkongsi sekeping foto terkait menerusi Instagram, Sakinah menjelaskan jualan tersebut diusahakan bintang berusia 31 tahun itu bagi sama-sama membantu meringankan beban pelakon cilik, Puteri Balqis.

“Seronok masa ni jual barang @michaelang38 untuk kutipan derma @rockingbalqis. Sampai terbaring di kaki lima.

”Happinesses requires struggle. it grows from problem #samasamasusah ujian tu dtg dengan pelbagai cara.

”If youre stuck on a problem, jangan jadi victim, jangan buang orang and be nice to people. DO SOMETHING, the answers will follow,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Serentak dengan itu, netizen turut memberikan pandangan masing-masing terhadap apa yang dialami Puteri Balqis sekeluarga ketika ini.

Terdahulu, kisah hidup pelakon kanak-kanak itu bersama ibunya, Norashikin Mohd Aziz  mendapat perhatian apabila kisah keperitan hidup mereka disiarkan dalam Bersamamu di TV3, Ahad lalu.

Berikutan kesempitan hidup, mereka mulai menjual buku puisi nukilan Balqis, 38 Poems Of Puteri Balqis.

Foto: Carian Google

Published by
MH