Pelakon, penyanyi yang juga cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan dirinya sebelum ini pernah berkerja sebagai seorang pencuci tandas sewaktu melanjutkan pelajaran di luar negara.
Menurut Datuk Fazley, pengalaman tersebut mengajarnya untuk menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan sekali pun.
“Owner/Chef pun mop lantai?! Why not?! Hari ini restaurant jenama ke-2 saya @minangtapau
dibuka di tapak yang lebih luas di #BukitDamansara.“Memang agak sibuk kami semua menyediakan menu, susun kerusi meja, bersihkan lantai dan malahan mencuci tandas.
“Mungkin ramai tak tahu, sebelum2 ni, antara kerja-kerja yang saya pernah buat: Mencuci tandas di luar negara sampai terpaksa kaut muntah dan najis manusia di atas lantai untuk dimasukkan ke lubang tandas (semasa bergelar pelajar universiti),” tulisnya.
Tambah penyanyi lagu Bila April itu lagi, pelbagai kerja pernah dia lakukan sebelum ini daripada seorang maskot sehinggalah menjadi pembantu stesen minyak.
“Menjadi mascot pakaian arnab sambil jual coffee (sampai kena ludah di muka dengan kahak hijau), menjual pucuk-pucuk muda dan daun-daun herba di pasar malam dan juga menjadi Pam Attendan stesen minyak.
“Jadi apabila menjadi pemilik restaurant, apalah sangat kerja-kerja mop lantai, mengemas meja, mencuci pinggan, dan juga mencuci tandas.
“Apa lagi kerja2 yang korang pernah buat sebelum ni? Share boleh?,” katanya lagi.
Kisah tersebut dikongsikan oleh juara Masterchef Selebriti Malaysia itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum selain turut mendoakan agar segala urusan Datuk Fazley dipermudahkan.
Terdahulu, Datuk Fazley kini sibuk mempersiapkan restoran terbarunya yangt diberi nama Minang Tapau yang terletak di Bukit Damansara.
Sumber: Instagram Datuk Fazley Yaakob