Pelakon dan pengarah, Farid Kamil menyatakan rasa rindu yang amat berat terhadap dua orang anaknya, Muhammad dan Aurora.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan di laman Instagram, Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari memaklumkan dirinya sudah tidak mampu lagi untuk memendam perasaan tersebut.
View this post on Instagram
“Rindunya pada mereka Ya Allah… sampaikan pada mereka ya Allah kerana aku tidak mampu,” tulisnya.
Video berkenaan memaparkan momen-momen indah ketika Farid sekeluarga sedang menunaikan ibadah umrah di Kota Suci, Mekah baru-baru ini.
Malah, foto isterinya yang juga merupakan pelakon, Diana Danielle turut dijadikan muka depan di video tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan agar kemelut rumah tangga yang sedang dilalui Farid dan Diana dapat diperbaiki.
“InsyaAllah, semoga dipermudahkan urusan.
“Doa yang baik-baik. Hati ini milik Allah SWT.
“InsyaAllah Allah permudahkan. Banyakkan berdoa. Hubungan anak-anak dengan ayah tidak akan putus. Doa yang baik-baik.
“Ambil berkat bulan mulia ini berdoa bersungguh-sungguh. Minta bantuan Allah pemilik segala hati. InsyaAllah yakin.
“Sabar itu indah. Hadapi dugaan dengan senyuman. InsyaAllah ada kemanisan di sebalik kepahitan,” antara komen-komen netizen.
Sementara itu, menerusi sebuah posting berasingan, pelakon filem, Lagenda Budak Setan itu percaya segalanya akan baik-baik sahaja sekiranya di meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah SWT.
View this post on Instagram
“Alhamdulillah. Semuanya akan baik-baik sahaja. InsyaAllah. Ingatlah. Sesungguhnya kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan di bumi. Sesungguh janji Allah itu pasti, tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui,” ujarnya
Baru-baru ini, dunia hiburan tanah air digemparkan dengan berita Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai terhadap Farid pada awal bulan ini.
Permohonan cerai tersebut atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai. Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada November 2012. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad dan Aurora.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Farid Kamil
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI