Selebriti Hollywood dan rumah yang gah tidak dapat dipisahkan, tidak kiralah apa pun rekaan rumah tersebut. Terbaharu pemenang anugerah pelakon wanita terbaik Academy Award, Sandra Bullock telah menyenaraikan rumahnya untuk dijual dengan harga USD4.5 juta ataupun kira-kira RM19 Juta.
Rumah kondominium yang terletak di Sierra Towers Condo, Los Angeles itu merupakan sebuah kondomium elit lama yang sudah wujud sejak tahun 1965 lagi. Rumah dua bilik dengan keluasan 1,700 kaki persegi itu merupakan sebuah unit yang amat berharga dan paling banyak diingini di kondominium tersebut dek kerana kedudukannya yang strategik.
Ruang rumah ini dreka bentuk siap dengan dapur terbuka yang lengkap dengan kabinet ditempah khas dan dilengkapi peralatan terkemuka. Ruangnya yang terbuka menghadap ke ruang tamu dan ruang makan menerusi pemasangan dinding kaca dari lantai ke siling. Ia turut menawarkan beranda luas yang mana kedua-dua bilik di rumah ini mempunyai akses ke beranda tersebut.
Walaupun dia menjual rumah ini, pelakon berusia 57 tahun ini masih lagi memiliki satu lagi unit rumah di bangunan yang sama. Antara selebriti Hollywood lain yang turut memiliki rumah di situ seperti Adam Sandler, Kelly Osbourne dan Courteney Cox. Bangunan kondominium ini dilengkapi dengan kemudahan seperti concierge, penjaga pintu, parkir valet, gimnasium, sauna dan juga kolam renang untuk kegunaan residen.
Sandra terkenal sebagai seorang selebriti yang memiliki koleksi hartanah yang banyak. Selain rumah ini, dia turut memiliki beberapa hartanah lain seperti dua rumah di pesisir pantai Malibu, rumah bandar bertingkat di New York, rumah percutian di New Orleans dan rumah agam bernilai lebih US20 juta di Beverly Hills.
Sumber: (1), Kredit foto Sandra Bullock: Instagram Sandra Bullock Official
+++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI