Selamat melahirkan cahaya mata lelaki yang diberi nama Atheer pada 11 April lalu, pelakon dan pengacara, Yaya Zahir akhirnya mendedahkan wajah putera sulungnya itu kepada netizen.
Yaya atau nama sebenar, Zuhairah Zahir, 32, berkongsi beberapa foto terbaharu Atheer di laman Instagram miliknya.
“Tiada kata-kata yang mampu menggambarkannya, sangat-sangat bersyukur, Alhamdulillah. Hello uncles and aunties,” tulis Yaya di ruangan kapsyen.
Bekas hos program hLive! ini juga turut membuka akaun Instagram untuk Atheer yang kini telah mengumpul hampir 1,000 pengikut setakat artikel ini ditulis.
Akaun berkenaan dikendalikan oleh Yaya dan suaminya, Arriz Azim.
Ads
Meninjau di ruangan komen, ramai rakan-rakan artis mengirimkan ucapan tahniah kepada Yaya di atas kelahiran anak sulungnya itu.
Pelakon dan hos, Scha Alyahya selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim yang dikenali sebagai Endometriosis di sebuah pusat perubatan, Khamis lalu.
Memetik Harian Metro, ia merupakan pengalaman kedua dan kali pertama bintang Racun Suami Jahanam ini menjalani pembedahan sama adalah kira-kira tujuh tahun lalu, iaitu sebelum disahkan hamil anak sulungnya, Lara Alana.
Lega kerana semuanya berjalan lancar, Scha seperti yang dipetik turut memasang harap agar keinginan untuk menimang cahaya mata kedua dipermudahkan.
“Ketika membuat pemeriksaan pada Disember lalu, saya dimaklumkan terdapat ketumbuhan baru dan disarankan untuk menjalani pembedahan.
“Tambahan pula, akibat ketumbuhan itu tanda-tanda lama berulang seperti sakit pinggang dan sakit perut yang melampau ketika datang bulan.
“Perkara ini tidak mengejutkan kerana difahamkan ia memang boleh berlaku lagi pada individu yang pernah mengalaminya. Antara punca adalah faktor pemakanan,” katanya.
Jelasnya lagi, apa yang berlaku sebagai antara penyebab yang menyukarkan dirinya untuk hamil lagi.
“Meskipun ada penghidap sama boleh hamil, namun dalam kes saya ini antara punca saya susah nak hamil lagi.
“Jadi, saya berdoa selepas ini dipermudahkan proses untuk hamil kali kedua.
”Meskipun ada rawatan alternatif lain untuk hamil, tapi sekurang-sekurangnya saya kena buang ketumbuhan ini dulu,” tambah Scha.
Untuk rekod, Scha mendirikan rumah tangga bersama Awal Ashaari pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan seorang puteri, Lara Alana yang kini mencecah usia enam tahun.
Kehidupan pasangan pempengaruh media sosial, Maryam You Narae dan Ryzal Ibrahim sering menjadi perhatian netizen yang sering kali terhibur dengan kandungan-kandungan menarik yang dipaparkan menerusi saluran mereka, DurianKimchi.
Terbaharu menerusi laman Instagram miliknya, Maryam berkongsikan satu kiriman pesanan (direct message) yang dihantar kepadanya, mempertikaikan kebolehannya bertutur dalam bahasa Melayu.
Menurut Maryam yang merupakan warganegara Korea Selatan itu, dia sama sekali tidak kisah dengan kritikan tersebut malah meminta individu berkenaan untuk tidak melihat apa-apa content yang dibuatnya sekiranya tidak gemar dengan pemilihan bahasa yang digunakannya.
“Ramai orang cakap ‘you speaking BM make me annoying, better you speak English.’
“You annoying ke apa, itu bukan salah saya. Saya tak kisah. Tak tengok ke apa, suka hatilah.
“Kalau tak nak dengar, silakan berambus,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Maryam turut berkata dia sangat selesa bertutur dalam bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris dalam kehidupan sehariannya.
“Saya dah duduk Malaysia dua tahun lebih, saya cakap BM macam ni. Saya tak pernah ambil kelas bahasa atau pergi sekolah di Malaysia.
“Sebab saya suka belajar BM naturally. Itu sangat seronok dan senang ingat
“Saya lagi selesa cakap BM daripada English. Orang cakap English akan bertambah dalam dunia. Tapi orang cakap BM?
“Saya boleh cakap BM dengan bangga walaupun saya tak pandai sangat.
“Apa saja awak cakap, saya akan tetap guna Bahasa Melayu,” tulisnya lagi.
Maryam turut meninggalkan pesanan mendalam buat mana-mana individu yang gemar mengkritik penggunaan bahasa yang digunakannya dengan menulis, “sebelum betulkan bahasa orang, awak cakap melayu dulu, ke awak bukan orang Malaysia,” tulisnya.
Untuk rekod, Maryam dan suami, Ryzal berkahwin pada 2019 di Korea Selatan sebelum pasangan itu mengambil keputusan uuntuk pulang ke Malaysia setahun kemudian.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Rina yang kini berusia setahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kejadian mikrofon tidak berfungsi ketika mempersembahkan lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi di Pentas Akhir Anugerah Juara Lagu 1991 sememangnya menjadi momen yang paling diingati buat seluruh anggota kumpulan Damasutra sehingga hari ini.
Menceritakan semula mengenai kejadian tersebut, vokalisnya, Baggio memberitahu, mikrofon yang digunakannya itu secara tiba-tiba tidak berfungsi ketika permulaan persembahan.
Lantaran itu, pihak produksi dikatakan terpaksa berlari ke atas pentas untuk menukar mikrofon tersebut.
“Ia merupakan pengalaman yang tidak akan berulang kerana insiden tersebut berlaku ketika program siaran langsung di televisyen dan kita tak boleh nak berhenti.
“Kematangan kami mengawal keadaan tersebut hadir daripada pengalaman kami yang kerap membuat persembahan pentas di kebanyakkan fun fair. Di sana, kita telah berhadapan dengan pelbagai masalah teknikal.
“Jadi, ketika insiden tersebut berlaku, kami berusaha untuk tidak mecacatkan persembahan secara keseluruhan,” katanya kepada MH.
Bakal mengadakan konsert bersempena ulang tahun Damasutra ke-33, Baggio atau nama sebenarnya Bahagia Daharun mahu mengumpul peminat-peminat baharu dan lama yang telah menyokong mereka selama ini.
“Kali ini, kami mahu mengadakan konsert berskala besar kerana ia akan melibatkan hampir ribuan penonton Damasutra. Kami juga mahu mengukur sejauh mana kesetiaan para peminat.
“Adakah hanya sekadar mendengar di corong-corong radio atau hanya melabelkan kami ini sebagai ‘legend’ di mulut sahaja.
“Kami hamu melihat adakah perasaan minat itu dapat direalisasikan dari segi perbuatan dengan membayar sejumlah kos yang saya rasa agak berpatutuan untuk band Damasutra.
“Kami juga mahu menunjukkan kematangan Damasutra khususnya buat para peminat setia,” ujarnya lagi.
Baggio yang juga merupakan pelakon itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Anniversary Ke-33 Damasutra yang berlangsung di Malaysia Tourism Center (MATIC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Isnin.
Pada masa sama, Baggio tetap optimis tiket konsert Damasutra itu mampu dijual memandangkan peminat masih menyukai lagu-lagu band tersebut sehingga hari ini.
“Saya yakin konsert ini boleh dijual. Keyakinan itu perlu ada baru datang bantuan daripada Allah SWT.
“Sehingga kini lagu-lagu hits Damasutra masih lagi menerima komen-komen positif daripada peminat.
“Namun, takkan nak komen sahaja, marilah datang ke konsert. Kita menyingkap semula nostalgia-nostalgia muzik rock 90-an,” akhirinya.
Terdahulu, pada sedang media hari ini juga, Damasutra turut memperkenalkan gitaris baru, Rizal Wahab yang menggantikan gitaris lagenda mereka, Allahyarham Alok yang minggal dunia pada 2019.
Konsert 33 Tahun Damasutra bakal berlangsung di Zepp KL pada 27 Oktober nanti.
Tiket muka dijual pada harga RM188 (Rock Zone), RM258 (Silver) RM350 (Gold) dan RM3,000 (VIP Box).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon Eyka Farhana yang selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya yang juga pemain bola sepak Kebangsaan, Akhyar Rashid.Berita gembira itu dimaklumkan...