Penyanyi Aina Abdul berjanji akan menjaga sensitiviti berpakaian ketika membuat persembahan pada konsert A Night With Aina Abdul 2.0 (ANWAA 2.0) Live at Istana Budaya yang berlangsung pada 25 dan 26 Jun ini.
Meski masih mengekalkan identiti dalam berfesyen, Aina bagaimanapun mengambil kira saranan yang diberikan ramai pihak.
“Setiap malam konsert ANWAA 2.0, saya akan pakai busana berbeza. Saya bakal memperagakan 10 persalinan busana hasil ciptaan pereka fesyen tempatan sepertI Melinda Looi, Zaimi Zulkafli, Rizman Ruzaini, Tsyahmi, Wan & Mary, Behati, Khuntumn dan Masyadi Mansoor.
“Saya tetap mengekalkan identiti Aina Abdul iaitu berani bereksperimen dalam berfesyen, tetapi saya mengambil kira saranan orang ramai dan akan menjaga sensitiviti agar tidak terkait isu panas.
“Baju yang saya gayakan mempunyai maksud tersendiri dan ada juga bersifat ekstravaganza seperti yang selalu saya pakai. Tunggu dan lihat hasilnya nanti, saya memang tak sabar,” kata Aina.
ANWAA 2.0 menjadi medan Aina menonjolkan bakat sendiri dan sebagai salah satu tanda terima kasih Aina kepada semua peminat yang selama ini tidak pernah berhenti menyokong.
Bersyukur memandangkan segala persiapan berjalan lancar, Aina mengharapkan agar perjalanan konsert dipermudahkan.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Konsert ini menjadi tanda usaha gigih saya dan team Aina Abdul Entertainment untuk memberikan sesuatu untuk peminat.
“Kalau boleh pada malam konsert, saya nak penonton sama-sama menghayati apa yang saya cuba sampaikan, sama-sama menangis, sama-sama ketawa, sama-sama menyanyi.
“Saya nak semua puas menyaksikan ANWAA 2.0 dan saya memohon doa semua peminat agar perjalan konsert selama dua malam dipermudahkan, Insya-Allah,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hari ini genap ulang tahun kelahiran pelakon Mia Ahmad yang ke-32 tahun.
Malah, pelakon Sara Kirana itu turut meluahkan rasa syukur kepada Pencipta kerana masih dilanjutkan usia.
“Alhamdulillah. Terjaga pagi ini masih bernafas, masih sihat dan masih diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk melalui kehidupan selama 32tahun pada hari ini.
“Terima Kasih Ya Raab kerana menjadikan aku seorang isteri dan ibu, terima kasih kerana melahirkanku dari kalangan keluarga yang baik-baik.
“Terima kasih kerana menghadirkanku keluarga mertua yang baik-baik, terima kasih kerana menghadirkanku teman yang baik-baik dan terima kasih kerana mempertemukanku dengan orang yangbaik-baik.
“Doaku semoga silaturrahim ini kekal hingga ke Jannah,”tulisnya.
Pengacara dan penyampai radio, Fizi Ali mendedahkan diri kini sudah tidak tahan lagi dengan penyakit bisul yang dialaminya sejak beberapa tahun yang lalu.
Jelas Fizi, pelabagai usaha telah dia lakukan termasuklah dengan menjalani pembedahan namun, penyakit tersebut tetap kembali semula.
“WARNING!! Jangan slide kalau anda seorang yang takut dengan darah-darah atau nampak lubang-lubang di anggota badan.
“Assalamualaikum..nak bagitahu awal-awal ni post berkenaan penyakit bisul. Sejak umur meningkat 30an ni kerap sangat terkena bisul. Pernah sampai kena tahan dekat wad buat operation sebab bisul.
“Ingatkan tu yang terakhir baru-baru ni jadi lagi dekat kaki. Sakitnyaa ya amat!! Tuhan je tau. Pergi la klinik apa yang doktor buat dia akan korek sampai keluar semua nanah tu,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh penyampai radia Suria FM itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Fizi memaklumkan dia kini terpaksa menahan kesakitan apabila penyakit bisulnya itu dikatakan telah kembali menyerang bahagian peha dan ketiaknya.
“Sekarang beransur okay tapi nak dijadikan cerita dua tiga hari lepas tumbuh dekat tempat lain.
“Kali dia dua tempat terus dia serang. Satu dekat ketiak satu lagi dekat peha. Pelik kenapa kerap pulak jadi. Ada orang cakap sebab darah kotor, ada yang cakap sebab alahan makanan laut..entah la.
“Sesiapa yang tau atau ada pengalaman macam saya boleh tolong share tak. Macam mana nak rawat atau cara supaya tak kena dah bisul ni..tak tahan dahh,” ujarnya lagi.
Dikesempatan itu juga, suami kepada pelakon, Shakilla Khoriri ini turut menyeru kepada mana-mana pihak untuk berkongsi dengannya mengenai cara merawat penyakit tersebut.
Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut selain turut mendoakan semoga Fizi menemui jalan untuk merawat penyakit tersebut.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Fizi Ali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datuk Awie, meluahkan rasa gembira atas perkembangan hubungan sahabat baiknya, Erra Fazira, yang kini dikatakan semakin rapat dengan usahawan Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai 'Mr. E'.