Demi menunaikan permintaan peminat, Ain Edruce dilihat ada melakukan sesi sesi ‘home tour’ di kediamannya.
Secara eksklusif, video tersebut dimuat naik Ain menerusi saluran YouTube miliknya.
Apa yang menarik, Ain atau nama penuhnya Nurulain Edruce antara lain turut bercerita perihal setiap perincian sudut dekorasi di rumah yang didiami.
Malah, hos program Hero Remaja 2020 ini turut memaklumkan ada dekorasi tersebut merupakan idea perkongsian bersama suami, Amirul Hafiz.
Bintang berusia 29 tahun ini juga sempat berkongsi tips dan nasihat kepada peminat jika ingin melakukan dekorasi di rumah.
“HOUSE TUA.. HOUSE TWA… HOUSE TUEWA… HOUSE TOUR,” tulisnya ringkas.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat teruja melihat kediamannya yang indah selain memuji sikap Ain yang sempoi dan merendah diri meski mendiami kediaman yang baik.
Terdahulu, Ain yang turut aktif dalam dunia komersial ini telah mendirikan rumah tangga bersama Amirul pada 13 Disember lalu.
Video: YouTube Ain Edruce
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jadi Rumah Ini Hasil Menabung 13 Tahun…,” – Isteri Lan Solo Jelaskan Banglo Baru Bukan Dari Hasil Kedai Runcit Semata
Isteri kepada vokalis Lan Solo iaitu Sheila Razlan belum boleh memberikan kos sebenar kediaman baharu yang didudukinya.
Ini kerana menurut Sheila, banglo yang terletak di Puchong, Selangor itu masih lagi belum siap sepenuhnya.
Sheila berkongsi perkembangan tersebut selepas ditanya menerusi Ask Me Question di Instagram pada Ahad.
Ibu kepada empat cahaya mata ini juga turut mendoakan peminat yang selama ini turut pasang impian memiliki rumah idaman.
“Alhamdulillah. Kami dulu pun selalu berangan je. So selagi mampu kumpul duit… kumpul semaksimum mungkin. Dhuha setiap hari, kalau konsisten lagi baik,” tulisnya.
Difahamkan, Sheila sekeluarga mulai menduduki rumah berkenaan sejak sambutan Hari Raya Korban yang lalu.
Dalam pada itu, dia turut menjawab pertanyaan sama ada rumah yang dibina itu daripada hasil perniagaan runcit mereka, Solo Borneo Mart (SBM).
“Tidak! Sebab SBM kami makan gaji je. So rumah ini hasil menabung 13 tahun start dari awal kahwin. Lepas tu dari show atau kerja seni, IG review dan lain-lain.
“Ya, of course ada juga hasil dari bonus SBM yang baru berusia tiga tahun. Kami konsisten buat tiga tabung untuk apa sahaja pendapatan. Alhamdulillah menjadi,” terangnya.
Terdahulu, mereka turut menganjurkan majlis doa selamat dan bacaan Yasin yang turut dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat.
“Alhamdulillah… Segala puji bagi Allah. Majlis Doa Selamat. Bacaan Yasin dan tahlil ringkas bersama keluarga yang dipimpin oleh Ustaz dan adik-adik dari Maahad Tahfiz Al Mawaddah, Puchong.
“Moga mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa,” tulis Lan menerusi ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rakan serta peminat rata-ratanya tumpang gembira dengan usaha Lan Solo sekeluarga sekaligus mendoakan yang baik-baik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kehilangan Sebelah Lagi Pintu Syurga,”, – Tiada Lagi Doa Mak Ayah, Arja Lee Sifatkan Hidupnya Kini Banyak Berubah
Setelah genap 10 hari pemergian bapa tercinta, pelakon, Arja Lee mendedahkan dirinya masih lagi merasai kehilangan individu yang amat disayanginya itu.
Jelas Arja, sejak ketiadaan bapanya, dia merasakan rutin kehidupannya juga telah banyak berubah.
Bagaimanapun, Arja mendedahkan dia akan tetap reda dengan segala ketentuan tersebut meskipun bakal meneruskan kehidupan tanpa doa daripada kedua-dua ibu bapanya lagi.
“26.06.2021 kami telah kehilangan sebelah lagi pintu syurga buat kami iaitu Abah kami imam kami penjaga kami hero kami Haji Ramli bin Haji Uteh.
“Hari ini genap sepuluh hari hidup kami tanpa doa Abah. Tiada lagi panggilan Abah bila telefon di telinga, tiada lagi dialog berbunyi ” abah buat ape tu? Abah sihat ker?” Tak kan ada lagi semua itu,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Rembat itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Arja turut dilihat menitipkan doa semoga kedua ibu bapanya itu sentiasa tenang di alam sana.
“Abah moga Allah menempatkan Abah dan Mak bersama sama hambaNya yang dikasihi. Meluaskan kubur Abah dan Mak. Menjadikan kubur Abah dan Mak menjadi taman taman di syurga.
“Penuh dengan ehsan dan kasih sayangNya.Kami pasti akan menuruti Abah dan Mak tika sampai saatnya nanti!,” pintanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa sedih selain turut memberikan kata-kata semangat buat Arja agar dia dapat meneruskan kehidupannya selepas ini.
“Al-Fatihah, semoga arwah ditempatkan diantara para solihin.
“Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Diletakkan dalam syurga firdaus.
“Sedekahkan Al-Fatihah banyak-banyak dekat arwah setiap kali rindu.
“Salam takziah stay strong Arja,” antara reaksi-reaksi netizen di ruangan komen.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Arja Lee
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Tak Nanti Kita Kena Saman…,” – Yusuf Bahrin Kata Macam Jaga Rahsia Besar Negara, Zizi Kirana ‘Zip Mulut’
Penyanyi Zizi Kirana menjadi peserta yang diumumkan tersingkir di sebalik maskot Bertih Jagung menerusi program The Mask Singer Malaysia musim yang ketiga (TMSMY3).
Minggu ini menyaksikan Bertih Jagung menyampaikan lagu berjudul Akar Dan Bumi nyanyian kumpulan Amuk.
Bagaimanapun tidak dinafikan, Bertih Jagung menjadi antara maskot kegemaran juri dan penonton selama sembilan minggu membuat persembahan.
Selain Bertih Jagung, dua lagi maskot yang mendapat kedudukan terendah ialah Dewi Angsa dan Brokoli.
Sementara itu menerusi Insta Stories, Zizi bersama suaminya, Yusuf Bahrin ada berkongsi perbualan di antara mereka yang terpaksa ‘simpan rahsia’ sepanjang penglibatannya di dalam program hiburan itu.
“Macam jaga rahsia besar negara masa ni kan sayang,” tulis Yusuf.
“Ya sayang, kalau tak nanti kita kena saman juta-juta lemon. Terima kasih sayang sebab tolong simpan rahsia,” tulis Zizi pula.
Pasangan ini kini berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah bersama.
Terdahulu, minggu ini juga turut menyaksikan persembahan juri, Misha Omar dan Elly Mazlein menyampaikan lagu Dr Cinta.
Selain Misha dan Elly, juri lain yang menggalas tanggungjawab di posisi sama ialah Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu, Didie Alias, Atu Zero dan Emma Maembong.
Manakala Ella Aminuddin ialah juri tetap untuk tiga musim berturut-turut.
TMSMY3 berlangsung selama 10 minggu dan sesi rakaman dijalankan di Putrajaya International Convention Centre (PICC), bersiaran setiap Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI