Selepas hampir lima tahun, grup K-Pop popular dunia, iKON menjadi penghibur antarabangsa terbaru yang memilih Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk menganjurkan konsert jelajah iKON World Tour Take Off 2023.
Penganjur bersama Jojo Events dan My Events International komited untuk memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat para peminat yang hadir ke konsert pada 22 Julai ini.
iKON yang dianggotai oleh Jay, Song, Bobby, DK, Ju_Ne dan Chan kembali ke Kuala Lumpur untuk mempromosikan album Take Off yang merupakan sebahagian daripada World Tour sejak berpisah dari label asal YG Entertainment.
Menurut pengasas Jojo Events, Tan Sri Jojo, pihaknya bersedia untuk memenuhi segala permintaan daripada pihak iKON untuk memberikan persembahan magikal buat para peminat mereka.
“Menjayakan konsert ini bukan sesuatu yang mudah. Kita akan berhadapan dengan pelabagai halangan. Saya bercakap berdasarkan pengalaman menganjurkan konsert selama lebih 30 tahun.
“Kita perlu memenuhi segala tuntutan daripada pihak kerajaan dan artis itu sendiri. Kos penganjuran konsert ini agak besar dan ia menelan belanja sebanyak RM6 juta.
Ads
“Artis yang akan kita undang ini sangat mementingkan kesempurnaan kerana mereka merupakan superstar. Mereka mahukan pentas dan sistem pencahayaan yang terbaik.
“Jadi, kita akan sediakan segala yang mereka mahu walaupun ia akan menelan kos yang besar. Wang dan keuntungan bukanlah keutamaan kami sebaliknya kami mahu memastikan para penonton terhibur pada hari konsert itu nanti,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, pihak Jojo Events juga bersedia mendengar suara dan cadangan peminat bagi memastikan semua pihak berpuas hati.
Ads
“Kami mendengar segala keluhan para peminat mengenai konsert ini. Malah, kami tetap berusaha untuk memberikan yang terbaik.
“Pihak kami dan Ikon telah bersetuju untuk mengadakan konsert di The Mines. Jangan risau, lokasi konsert telah ditambah baik dan pentasnya pula akan menggunakan sistem hidrolik.
“Anda tak perlu risau mengenai pentas. Anda akan dapat melihat keseluruhan pentas daripada tempat duduk anda,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif My Events International, Hema Kandy memaklumkan pihaknya akan cuba memberikan kemudahan terbaik buat peminat yang hadir ke konsert itu nanti.
Ads
“Kami akan menyediakan tempat menyimpan barang buat penonton yang hadir. Kami sedang berbincang dengan beberapa vendor yang menyediakan perkhidmatan ini. Sebolehnya kami mahu yang berkunci.
“Selain itu, untuk kepuasan penonton di bahagian belakang, kami bukan sahaja menyediakan dua tetapi empat skrin gergasi agar mereka dapat menonton artis kesayangan mereka dengan lebih jelas.
“Kami juga akan menyediakan nombor untuk ‘standing ticket’ agar para penonton tidak perlu berebut sehingga berkampung di luar venue,” jelasnya.
Terdahulu, iKON World Tour Take Off 2023 bakal berlangsung di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC).
Tiket mula dijual pada harga RM388, RM538, RM688, RM838, RM1,038, dan RM1,088.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Video ni diambil waktu bulan lima masa kami bercuti di Anantara. Alhamdullilah Allah beri rezeki untuk mengandung buat kali kedua. Happy tak boleh diungkap dengan kata-kata syukur.
“Tapi sayang, kandungan tak lama. Uyaina keguguran. Walaupun sekejap, tapi tetap alhamdullilah syukur sebab Allah sempat pinjamkan kebahagiaan itu,” tulisnya.
Perkhabaran itu dimaklumkan sendiri oleh pengacara program Wanita Hari Ini itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Jelas Uyaina lagi, dia sebenarnya amat bersyukur kerana harus melalui detik sukar itu bersama suaminya yang juga merupakan pelakon, Raja Syahiran.
“Dan hari ini, hari lahir suamiku Raja Syahiran. Saya bersyukur kerana harus melalui perjalanan ini dengan kamu. Terima kasih sebab sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk saya dan Urhan.
“Saya doakan yang terbaik untuk awak dalam setiap apa yang awak buat. Dan semoga Allah kurniakan rezeki yang tak disangka-sangka untuk kita berdua.
“Saling sayang menyayangi, hormat menghormati, dan berkasih sayang hingga ke syurga. Aamin. Happy Birthday, hubby,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti tumpang simpati selain turut memberikan kata-kata semangat buat Uyaina.
“Semoga Allah sentiasa bagi kekuatan untuk awak dan keluarga.
“Alhamdulillah, Allah dah bagi anak yang akan menanti di syurga.
“Semoga Yana dan Syahiran terus kuat. Saya doakan yang terbaik untuk korang pada masa hadapan.
“Semoga Allah gantikan dengan rezeki yang lebih sempurna untuk Uyaina sekeluarga. Jaga kesihatan ya.
“Semoga tabah. Allah sebaik-baik perancang,” antara komen-komen netizen.
Uyaina dan Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raja Urhan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Uyaina Arshad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi mengenai tiga sambutan hari jadi yang ke-30 yang berbeza selama tiga sesi berturut-turut hingga ia disalah ertikan sesetengah pihak baru-baru ini, pengacara dan ushawan Neelofa mempunyai pandangannya sendiri.
Katanya kepada MH, rasanya dia tidak perlu memberi penjelasan secara terperinci mengenai hal tersebut memandangkan orang yang membuat telahan hanya apabila selepas melihat gambar atau video sahaja.
“Rasanya saya tak perlu nak justify semua kerana mereka yang menilai selepas menonton video atau gambar sahaja. Tetapi apa yang berlaku pada sesi tersebut hanya saya dan jemputan sahaja yang tahu.
“Yang penting niat kami adalah untuk meraikan dengan kawan-kawan atau ahli keluarga. Yang penting sekali saya rasa gembira dan disayangi,” jelasnya jujur.
Pada masa sama, bintang asal Kelantan itu turut memberitahu sambutan hari jadi yang diterima merupakan hadiah dari insan rapat yang selama ini menyokong dan menghargai pencapaiannya selama ini.
Alif Satar ada berkongsi video perbualan bersama isteri sewaktu di dalam kenderaan.
Kedua-duanya berbincang mengenai tradisi kad raya yang sudah lama dilupakan.
Namun apa yang melucukan, penyanyi Sesungguhnya Aku itu dengan yakin merujuk kepada kad kahwin dan ada tambahan setiap tahun.
“Orang macam terkejut bila kita bagi kad raya dekat orang eh, kad raya?
“And the best part kita throwback kita punya kad kahwin. Kad kahwin kitorang every year, setakat ni ada je tambahan.
Kad kahwin apanya, kad raya. Kad kahwin tambah lagi,” kata Aliff sambil tergelak besar.
“assalamualaikum😂🤣morning.. abang Jamil cakap apa tadi?😜haritu kitorang ada mintak soalan-soalan dari korang semua dalam IG story kitorang.. so ni la kitorang nak jawab in VLOG style😂🤣soalan2 raya bersama Darlie!! #BerusGigiDarlie #MemangMenakjubkan 😁😁😁😁p/s video on my youtube channel!!!!! Link on my Bio!”
Video yang mendapat tontonan hampir 400,000 dalam masa tidak kurang beberapa jam ini menerima pelbagai reaksi netizen yang terhibur dengan reaksi spontan Alif.
Foto : Instagram Alif Satar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!