Sebuah drama bersiri yang berjudul Hati Yang Tersakiti telah mendapat perhatian meluas daripada penonton setia drama tempatan.
Drama ini berkisahkan tentang konflik percintaan dalam rumah tangga akibat kehadiran orang ketiga dalam perhubungan.
Dalam drama rantaian tersebut, pelakon Mimi Lana mendukung watak Farah yang juga rakan baik kepada Mona yang dilakonkan oleh Nad Zainal.
Meski bersahabat baik, Farah cuba untuk merampas kebahagiaan yang dimiliki oleh Mona kerana berasa iri hati.
Lalu, lakonan watak antagonis Mimi telah menjadi perhatian dan rata-rata penonton meluahkan rasa geram dengan watak Farah.
Drama ini turut dibintangi oleh pelakon hebat seperti Remy Ishak, Riz Amin, Rahim Jelani, Fad Anuar dan ramai lagi.
Hati Yang Tersakiti disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda, TV3.
Video
Foto: Instagram Mimi Lana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Deserve Ke Tak Deserve Ke Takde Kena Mengena Dengan Awak,” – Diserang Netizen Gara-Gara Kembali Berbaik Dengan Aliff Aziz, Bella Astillah Sekolahkan Netizen
Nampaknya keputusan Bella Astillah untuk kembali menerima bekas suami, Aliff Aziz tidak menerima sambutan baik dari kalangan netizen. Rata-rata menyatakan Bella seperti tidak serik atas apa yang berlaku sebelum ini.
Malah di ruang komen Instagram wanita ini dipenuhi kata-kata nasihat agar dia berfikir panjang.
Bella bagaimanapun punya sebab tersendiri dan mempertikaikan kata-kata yang dilemparkan kepadanya. Memetik nama seorang netizen yang disifatkan sebagai melampau, jelasnya di ruang Insta Story, kehidupannya tiada kena mengena dengan individu lain. Malah mengaitkan hal di atas katil atas keputusan itu cukup menjijikkan.
“Hi Aizad Fahmy or whoever you are, awak orang Melayu ke? Sebab orang melayu ni selalunya tahu adab dan budi bahasa. Lagi-lagi kalau Islam. Ada agama tak? Sebab senangnya awal label orang sampah masyarakat, bebal. So awak pula? Perdana Menteri? Kerabat? Tuhan?
“Saya deserve ke tak deserve ke takde kena mengena dengan awak.
“Bila dengar orang nak berbaik boleh fikir pasal benda kotor je. Euww awak tu yang menakutkan. Fikirlah ke arah positif lagi-lagi orang Islam, tak boleh fikir mungkin sebab kami ada anak ke apa ke,” tulisnya di Insta Story.
Terdahulu, tular di laman Twitter apabila individu terbabit mengatakan tindakan Bella sebagai bebal apabila ingin bersatu kembali dengan bekas suami.
Foto : Instagram Bella Astillah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Kisah Kerja Apa, Tak Ada Cleaner Toilet Tak Bersih Orang Complain,” – Foto Viral, Ini Reaksi Nor Albaniah
Beberapa hari lalu, pelakon senior Nor Albaniah atau nama sebenarnya Nor Albaniah Raffie ada memuat naik beberapa keping foto dirinya memakai baju seragam ‘cleaner’ atau tukang cuci tandas di akaun Instagram miliknya.
Kongsi aktres berusia 49 tahun ini mengakui menerima pelbagai persoalan daripada peminat gara-gara memakai baju seragam ‘cleaner’ berona biru.
Di samping itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini berkata pekerjaan ‘cleaner’ atau sebagai tukang cuci tandas bukan satu perkerjaan yang hina.
“Kecoh pasal post gambar pakai baju clennner semalam. Ada yg call tanya…betul ke…!sebenarnya bagi saya ape salahnya. Sesiapa pn boleh post ape2 pun.
“Kalau saya clenner, itu satu pekerjaan yg baik. Halal..kalau tak keje, u all nak bagi duit ke?.. Susah, org lagi kutuk. Tak kan nak tunjuk yg hebat2 dan mewah jer dalam IG. Not me….,” tulisnya.
Selain itu, bintang kelahiran Perak ini memaklumkan dirinya bukan seorang yang bersikap hipokrit untuk menunjuk kemewahan di laman media sosial.
“im not hipokrit…plsss…..skrg saya bagi post yang paling ceria…tak kesah la keje ape pun…puas tak…!! Takde clenner, toilet tak bersih pun org complain…kannn….!!!?,” tulisnya lagi.
View this post on InstagramA post shared by NORALBANIAH (@noralbaniah) on
Di samping itu, rata-rata peminat bersetuju dengan kata-kata nasihat yang disampaikan oleh Noralbaniah.
Sekadar infomasi, Noralbaniah memulakan karier lakonan sekitar pada tahun 1989 dan telah mendirikan rumah tangga bersama pelumba kereta, Sudarman Daud pada tahun 1994 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Sudarman meninggal dunia pada 10 Jun 1996 akibat nahas jalan raya.
Foto: Instaram Noralbaniah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ramai Tanya Apa Perasaan Naik Jet Peribadi, Hanis Zalikha Cerita Hikmah Kongsi Rezeki
Sejak beberapa hari lalu, nama pasangan selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha menjadi perhatian warganet setelah pasangan tersebut difahamkan mendapat jemputan khas daripada usahawan tersohor, Tan Sri Vincent Tan untuk pergi bercuti dengan menaiki pesawat peribadi miliknya.
Perjalanan percutian tersebut dikongsikan oleh Hairul dan Hanis menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram mereka.
Terbaru, Hanis berkongsi perasaan dan pandangannya mengenai hikmah berkongsi rezeki buat tatapan para pengikutnya.
Menurut ibu kepada dua orang cahaya mata itu, perasaan berbelanja dengan wang sendiri amat berbeza jika ingin dibandingkan apabila kita dibelanja oleh orang lain.
Hal ini kerana, Allah telah menggerakkan hati seseorang itu untuk menggembirakan orang lain.
“Sebab ramai tanya perasaan. Kita pula dah jarang gambarkan perasaan. Saya berasa gembira dan sangat teruja. Berbeza perasaan dengan kita berbelanja sendiri. Sebab bayangkan, Allah gerakkan hati orang lain, untuk gembirakan kita. Selalu tak terdetik?
“Bila orang belanja kita, secawan kopi. Dia tak perlu pun belanja, tapi dia NAK. Hati dia NAK. Rezeki kita tu Allah salurkan melalui orang lain. Orang tu dapat kebaikan buat kita gembira. Kita pun dapat bahagia yang Allah bagi. It’s beautiful,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon filem, Romeo Kota ini juga berpandangan, kita akan turut sama merasai ‘kemanisannya’ jika berkongsi rezeki bersama orang lain.
“Suami isteri pun macam tu. Walau isteri boleh beli apa yang diidamkan, tapi bila suami yang ‘takpe saya bayarkan’ ‘sayang nak yang mana’, seronoknya hati isteri tu kan.
“Staff pagi-pagi belanja bos roti canai. Orang beratur depan tiba-tiba bayarkan gula-gula anak kita kat kaunter. Berbunga hati!
“You can belanja just ANYONE. And the reward is actually for YOU too. (Tapi yang dalam gambar ni kita takleh lah nak belanja diri sendiri. Tak terjangkau),” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut menitipkan ucapan terima kasih diatas perkongsian tersebut.
“Your writing put a smile on my face. Betul tu bila orang belanja hati kite berbunga-bunga, bile kita sedekah pada orang hati kita pulak rasa bahagia takde kata-kata boleh gambarkan.
“Betul tu, Allah datangkan rezeki dalam pelbagai cara. Bergantung kepada penerimaan kita sama ada bersyukur atau tidak. Btw, happy sangat tengok your family.
“Sangat setuju. Rezeki hadir dalam berbagai bentuk, waktu dan keadaan. Orang yang sentiasa bersyukur Allah akan tambahkan nikmat BAHAGIA, TENANG Dan KAYA kepadanya. Itu janji Allah,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Setakat ini, video percutian yang dikongsikan oleh Hanis kini telah pun meaih lebih 200,000 jumlah tontonan.
Untuk rekod, Hairul dan Hanis mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya maya iaitu Yusuf Iskandar, 5, dan Alisa Aisyah, 3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Hanis Zalikha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI