Vokalis baru kumpulan, Search, Denden Gonjalez enggan terlalu memikirkan mengenai konflik yang melanda kumpulan tersebut sebaliknya dia mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap konsert Search Rocking On Rooftop yang bakal berlangsung pada 11 Jun depan.
Menurut Denden, dia harus membuat persediaan rapi memandangkan band tersebut bakal mempersembahkah lagu-lagu daripada album Rampage yang jarang dimainkan sebelum ini.
“Buat masa sekarang, saya tidak terlalu memikirkan memikirkan mengenai perkara lain. Fokus saya ketika ini adalah untuk memberikan persembahan terbaik pada hari konsert itu nanti.
“Memang tidak dinafikan, saya mengalami sedikit sekuran untuk menghafal lagu-lagu Search daripada album Rampage kerana lagu tersebut jarang dinyanyikan dan agak asing juga bagi saya.
“Lagu-lagu ini juga keynya agak tinggi tetapi saya sedang berusaha dan berkerja keras untuk berikan yang terbaik,” tulisnya.
Penyanyi asal Indonesia itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Search Rocking On Rooftop yang berlangsung di ibu kota pada Jumaat.
Ads
Katanya lagi, meskipun dia mengagumi kehebatan Amy selaku vokalis asal, namun, Denden memaklumkan dia akan tetap menjadi dirinya sendiri sepanjang bersama kumpulan Search.
“Abang Amy sememangnya menyampaikan lagu-lagu Search dengan sangat baik. Saya mengidolakan Abang Amy sejak saya masih kecil. Sangat susah bagi saya untuk menyamai tahap dia.
“Bagaimanapun, saya akan tetap menjadi diri saya sendiri. Saya mahu para peminat menerima saya kerana diri saya sendiri dan bukan dengan sesuatu yang dibuat-buat,” ujarnya lagi.
Ads
Ketika ditanya mengenai perasaannya apabila terpaksa berjauhan dengan keluarga, bapa kepada tiga orang cahaya mata ini mendedahkan situasi ini sudah menjadi kebiasaan buat isteri serta anak-anaknya.
“Keluarga saya sebenarnya sudah terbiasa berjauhan dengan saya dalam jangka masa yang agak lama. Saya juga banyak membuat persembahan di luar negara.
“Jika ingin dibandingkan, saya di Malaysia baru sebulan tetapi saya pernah berjauhan dengan keluarga selama enam bulan untuk mengikuti pertandingan nyanyian di Bulgaria,” akhirinya.
Denden bakal membuat penampilan sulung bersama kumpulan Search yang turut dianggotai Noordin (gitar), Kid (gitar), Yan (bass) dan Minn (dram) pada konsert yang bakal berlangsung di bumbung Kompleks Campbell, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Ads
Konsert itu juga bakal diserikan lagi dengan persembahan jemputan daripada ratu rock negara, Ella.
Tiket boleh dibeli di Search Rock Station, Kompleks Campbell manakala untuk pembelian dalam talian pula adalah menerusi laman web rasmi mereka.
Tiket dijual bermula pada harga RM88, RM198 dan RM298. Bagaimanapun, tiket berharga RM88 sudah habis dijual.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Search & Amy Search
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kesungguhan pelawak Amir Raja Lawak dalam mencari rezeki dengan menjual air jagung menerima pujian netizen.
Menurut satu ciapan yang dikongsikan pengguna laman sosial Twitter, @akeemsharyzal, dia mengulang ciap sebuah twit yang memuji sikap pelawak berusia 33 tahun itu dalam mencari mata pencarian untuk menampung kehidupan.
“Contoh artis terbaik dalam mencari rezeki, tidak pernah mengeluh ketika tiada job dan tidak merasa malu berniaga di jalanan.Tahniah Amir Raja Lawak.
“Aku pun macam tiba-tiba nak share dekat Twitter aku, sebab aku tahu struggle nak meniaga tu macam mana, semoga murah rezeki,” tulisnya.
Amir atau nama sebenarnya, Mohammad Amirullah Azmi, 32, mula meniaga dengan membuka gerai menjual air jagung secara kecil-kecilan dengan jenama, Air Jagung Amirreka di Prima Saujana, Kajang sejak tahun lalu sebagai mata pencarian tambahan buat menyara kehidupan.
Rata-rata netizen bersetuju dengan menyifatkan Amir seorang selebriti yang tidak pernah mengeluh, sebaliknya rajin berusaha sendiri untuk kelangsungan hidup.
“Baguslah, hidup tak perlu mengeluh.Setiap manusia ada jalan rezekinya, teruskan semangat berniaga Amir.
“He’s a kind person sebab pernah bantu buat review untuk produk saya dulu, semoga Allah rahmati dia.
MH difahamkan, baru-baru ini telah berlangsungnya pertandingan Tarian Rampaian Tradisonal 2018 dan ada menerima beberapa keping gambar sekitar program berlangsung.
Bagaimanapun apa yang mengejutkan ialah, salah seorang peserta pasukan yang bertanding didakwa turut disertai Intan Liana Saleh, iaitu bekas isteri kepada pemuzik bebas Ude Wahid.
Dikatakan juga, beberapa keping foto berkaitan program berkenaan turut dimuat naik di Instagram Intan. Namun, ia telah pun dipadamkan ibu beranak dua itu.
Menguatkan lagi andaian pesertanya ialah Intan ialah, ada beberapa individu turut posting gambar sekitar majlis sama lalu menanda akaun Instagram wanita terbabit menerusi foto yang diambil.
Khabarnya juga, Intan turut repost kembali gambar berkenaan meski ia telah dipadamkan Intan.
Sementara itu, beberapa jam yang lalu, Intan turut memuat naik kapsyen menerusi Insta Story iaitu;
“Happykan diri sendiri…,” tulisnya.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada entri berkenaan ada kaitan dengan foto sebelum ini atau sebaliknya.
Terdahulu, Intan sebelum ini pernah terlibat sebagai artis kebudayaan sebelum mendirikan rumah tangga dengan pemuzik bebas berkenaan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Memey Suhaiza ada berkongsi suasana hening apabila mengetahui permata hati Abby Abadi, Muhammad Danial Firman dimaklumkan meninggal dunia selepas lebih 70 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Malah isteri kepada pelakon, Norman Hakim itu turut menyifatkan betapa Abby dan suaminya, Faizal Zakaria sebagai ibu bapa yang cukup kuat.
Abby sekeluarga termasuk Memey dan Nornam sedang menunaikan umrah di tanah suci ketika ini.
”Smlm asar kami turun sama.. Berusaha mencari spot terbaik utk solat jemaah. Betul2 Lps je solat, mama tunjuk dpt mssge baby D tenat.
”Allah dlm hati masa tu dah berdebar2. Riak muka mama nmpk tenang tp byk terdiam, plan nk sentuh kaabah bersama tapi mummy ,dania ,baby pergi dulu, papa lead”, jelas Memey.
“Baby D, Dpt je sentuh kaabah mummy sungguh2 doa, sebut nama penuh baby D byk kali spya Allah beri keajaiban.
Kami semua syg baby D. Apatah lg mama abah yg setiap hari dtg jenguk n luang masa bersama. Lepas isyak, Dania dtg bilik, ckp…mummy baby danial dah meninggal.
”Tak tau nak reaksi apa waktu tu. Dlm kepala cuma fikir mama. Dania kata mama dlm bilik. Trs bersiap masuk bilik mama Abah. Mama kata baru lps pam susu,” tulisnya lagi.
Lalu, Memey turut berkongsi Abby tetap dengan rutinnya, pamkan susu buat anak tersayang.
“Baby D, sayangnya mama pada mu anak. Beberapa hari kerjakn umrah, mama tetap dgn rutin nya pam susu.
“Cari freezer sejuk beku utk tumpang susu utk bawa balik sebagai bekalanmu anak.
”Mummy peluk mama kuat2. Jatuh lah air mata kami sesama. Abah ditepi, mengalir juga air mata nya termasuk anak2. Suasana jadi hening.
“Mama ckp kita dah usaha mey. Benar, melihat kesungguhan mama n abah setia dgn rutinnya utk jenguk baby D wlpn dlm kesibukan.
”Tapi tetap lari2 utk luang juga masa bersamamu. Mummy papa tak berpeluang buat apa2. Mummy hanya sempat kirimkan susu mummy bila2 mama perlukan utk topup.
”Selebihnya mummy papa doa byk2. Tp Benar kata mama, kita dah usaha. Allah lebih sayangkan mu Anak syurga. Muhammad Danial Firman Faizal, Al-Fatihah.
”Terima kasih buat semua yg selalu sama2 doakan utk baby D,” tulis Memey panjang lebar sambil disusuli dengan pelbagai ucapan serta doa yang ditinggalkan buat Baby D oleh para peminat.
Terdahulu, Muhammad Danial Firman dilahirkan 27 September lalu dengan berat 535 gram.
Allahyarham dilahirkan secara pembedahan ketika kandungan Abby mencecah lima bulan selepas mengalami turun darah berikutan tekanan darah tinggi.
Abby dan Faizal mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015, dan turut mengambil dua anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyan dan Maisara Dayana Fathia.
Hasil perkahwinan terdahulu pula, bintang Gerak Khas itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisah Hakim, 11.
Terdahulu Abby menerusi Instagram turut memaklumkan jenazah anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Lembah Keramat, Kuala Lumpur, selepas Subuh.
Foto: Instagram Memey Suhaiza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...