“Sangat Terburu-Buru,” – Perkenalan Singkat, Ini Respon Anak Berhubung Perceraian Kali Keempat Si Ibu, A.Aida

Share

Penerbit, Datuk A. Aida baru sahaja melakukan pengumuman di sidang media khas berikutan kes perceraian bersama pelakon Ariff Aziz 25 April lalu.

Lalu, MH ada meminta pandangan anak-anak penerbit terkenal ini mengenai perpisahan yang berlaku.

Luah dua anaknya iaitu Wan Az Aleesa, 23 dan Wan Azevanatasha,18, mereka sepakat 

menerima keputusan yang dilakukan si ibu andai itu yang terbaik.

Mama memang tanya kita dulu. Masa dekat Mesir, mama pun tertanya-tanya patutkah dia buat semua ni (keputusan berpisah).

“Setelah berbincang, kami beritahu ini mungkin yang terbaik,” jelas mereka.

Ditanya mengenai pandangan mereka bahawa perkahwinan singkat si ibu turut dilakukan secara terburu-buru, ini kata mereka;

Kami pun okay saja. Asalkan Mama gembira, kami pun gembiralah. Cuma kalau lelaki tu okay, dia cuba kenal ahli keluarga terlebih dulu.

“Maknanya, sebelum kahwin dia kena ambil hati keluarga dulu juga.

“Sebab hati Mama pasti dia sudah miliki, tapi hati keluarga belum tentu lagi. Jadi dia kena berusaha untuk menangi hati ahli keluarga lainnya.

Mungkin perkenalan itu singkat, kenal tu memang kenal. Pernah jumpa tapi tidak terlalu mengenali sejauh mana dia kenal kita. Sangat terburu-buru,” ulas mereka lagi.

Published by
Noraini Abd Wahab