Demikian kata penyanyi, Jaclyn Victor yang tidak menafikan ada ketika dia mengalami masalah tersebut susulan timbul ramalan awal netizen yang menebak dia bakal menyertai Gegar Vaganza (GV) musim terbaru.
Menurut Jac, situasi tersebut berlaku kerana dia tidak berpeluang untuk berkongsi mengenai perkara itu atas alasan tersendiri.
“Sebabnya, bila kita tidak boleh bercakap mengenai perkara ini pada peringkat awal. Nama peserta hanya akan diumumkan secara rasmi pada sidang media.
“Dari situ saya agak tertekan. Cuma ia bukanlah sesuatu yang tidak baik. Saya terpaksa menidakkan perkara tersebut kerana ia masih baru untuk dikongsikan kepada umum. Selebihnya saya okay sahaja,” katanya.
Jac ditemui sejurus Sidang Media Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) yang berlangsung di Megaview Banquet Hall, Menara KL, pada Selasa.
Jac, 43, turut mendedahkan, dia terbuka untuk menyertai program nyanyian tahunan itu kerana perubahan konsep yang diterangkan secara jelas.
Ads
“Beberapa bulan sebelum ini, saya ada mendengar mengenai pelawan berkenaan, tapi saya tidak mahu dan tak terlalu memikirkan mengenainya.
“Bagaimanapun ketika menjalani penggambaran untuk sebuah program, pelawaan tersebut saya terima lagi dan masih lagi ragu-ragu.
“Kemudian bila bercakap dengan yang arif dan saya diterangkan secara terperinci mengenai konsep pertandingan realiti ini, saya jelas.
Ads
“Kalau dulu, ada yang tahu ia difokuskan kepada artis yang lama tak aktif, tak keluar lagu baharu dan sebagainya. Namun ia sudah berubah.
“Jadi bila mengetahui ia menjadi medan untuk penyanyi lakukan apa yang kita mahu, kenapa tidak ambil peluang itu? Daripada situ saya mula memikirkan mengenai hal ini dan betul juga, di mana lagi platform yang boleh kita persembahkan apa yang kita nak buat.
“Sebab kebiasaannya kalau program televisyen lain misalnya, kita sudah diberikan ketetapan untuk menyanyi lagu yang bagaimana,” katanya lagi.
Seramai 13 penyanyi bakal menjadi pertaruhan edisi kali ini yang terdiri daripada enam penyanyi solo lelaki, enam penyanyi solo wanita dan satu penyertaan berkumpulan.
Ads
Selain Jac, lima bintang solo wanita yang memberi saingan kali ini ialah Dina Nadzir, Pat Candy, Tom, Haida Hasnan dan Shila Amzah.
Sementara itu, senarai penyanyi solo lelaki yang turut menyahut cabaran musim ini ialah Roy Kapilla, Fuad Rahman, Hazrul Nizam, Bob Yusof, Tomok dan Asheed.
Bagi penyanyi berkumpulan pula diwakili oleh VE yang dianggotai oleh Zaf, Cham, Adeeb dan Hakim.
Konsert mingguan GV9 akan mula bersiaran secara langsung dari Dewan MBSA, Shah Alam selama 10 minggu pada setiap Ahad, pukul 9 malam bermula 18 September ini dan dipancarkan secara eksklusif menerusi Astro Ria.
Juara GV9 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan berharap agar anak-anaknya, termasuk Muhammad Uwais Al-Mateen tidak mudah terikut-ikut dengan trend yang boleh melalaikan.
Pada masa sama, dia turut memberi reaksi terhadap aplikasi yang boleh menukar wajah seseorang kepada jantina berlawanan.
Malah, Abu memahami konsep perbuatan tersebut adalah haram disisi agama Islam.
“Mateen terkejut dan tak mampu berkata2 apabila tahu warganet sibuk mempromosikan dirinya lelaki sebagai perempuan dan perempuan sebagai lelaki even mereka mengetahui hakikat hukumnya adalah HARAM.
“Moga anak2 aku tak terlibat dengan pengaruh2 dunia yg merosakkan,” tulis Abu atau nama penuhnya, Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi itu lagi.
Terdahulu, pendakwah bebas, Dr Nur Mohammad Hadi menjelaskan bahawa aplikasi tersebut mengaibkan selain menjatuhkan maruah diri sendiri sebagai seorang Muslim.
Jelasnya lagi, perbuatan itu bertentangan dengan fitrah manusia, meski ia hanya sekadar gambar dan bukan mengubah fizikal.
Perkara itu dijelaskannya menerusi Berita Al-Hijrah, saluran 114.
Foto/ Video: Instagram PU Abu, Berita Al-Hijrah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Betul juga apa yang netizen cakap, tak apa. Biarlah dulu.” Itu reaksi yang diberikan pelawak dan penyampai radio, Shuib selepas diminta mengulas mengenai tawaran kurniaan untuk bergelar ‘Datuk’ dari sebuah negeri yang diterimanya, bulan lalu.
Percaya kepada rezeki, suami kepada penyanyi Siti Sarah ini juga memilih untuk tidak terlalu bercerita mengenai hal tersebut selepas mendapat reaksi pelbagai peminat.
“Kalau boleh, saya tidak mahu mempersebarkan mengenai isu tersebut. Saya ni orang biasa sahaja, kalau ada rezeki untuk diberikan pangkat itu, adalah.
“Kalau tidak ada pun tidak mengapa, tiada masalah,” katanya kepada MH.
Pengusaha jenama minuman, Bubble Bee ini juga turut menzahirkan ucapan terima kasih atas setiap maklum balas yang diberikan semua terhadap perkara berkenaan.
“Setiap individu ada hak untuk berikan pendapat masing-masing. Saya akur dengan hal tersebut dan terima kasih jugalah atas segala sokongan.
“Tetapi bagi saya, dalam hidup kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok hari, apatah lagi lusa.
“Cuma jika itulah ketentuanNya, misal kata dalam tahun ini saya mendapat juga kurniaan Datuk, itu rezeki dari Allah SWT.
“Saya terima. Kalau tidak ada pun, tidak mengapalah,” katanya lagi.
Sebelum ini, Shuib pernah mendedahkan dirinya ada mendapat tawaran tersebut daripada sebuah negeri.
Dia bagaimanapun masih pertimbangkan tawaran berkenaan memandangkan dirinya masih lagi terikat dengan beberapa komitmen kerjaya.
Dalam perkembangan lain, Shuib baru sahaja melancarkan cawangan kelapan Bubble Bee di Senawang, Negeri Sembilan, pada Ahad.
Menjadi outlet pertama di luar Lembah Klang, Shuib bersama rakan niaga di outlet terbabit, Nik Ruasma Nik Ahmad Ruzi turut optimis terhadap sambutan luar biasa yang diberikan penduduk setempat.
Tweet tersebut ternyata menimbulkan rasa kurang senang di hati para peminat pelawak yang pernah memenangi Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2003 itu.
Di ruangan komen, rata-rata netizen meminta Apek supaya tidak mempedulikan kenyataan individu tersebut.
Pada pendapat MH, setiap orang memiliki jalan hidup mereka yang tersendiri dan kita sebagai manusia tiada hak untuk menilainya.
Bak kata pepatah, yang baik dijadikan teladan dan yang buruk pula dijadikan sempadan.
Sumber: Twitter Saiful Apek
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!