Pelakon Raja Ilya mengucapkan terima kasih kepada semua yang menitipkan doa serta ucapan yang baik-baik sebelum dia bersalin anak sulung, hari ini.
Menerusi Insta Stories, pelakon filem KL Vampires itu akui sudah bersedia untuk melalui proses bersalin seterusnya bergelar ibu.
“Hai guys… Assalamualaikum. Dapat banyak DM dan mesej kata all the best untuk esok (hari ini), terima kasih. Ada yang sempat saya balas dan sebaliknya.
“Sangat-sangat teruja (kelahiran bayi). Saya rasa sudah bersedia. InsyaAllah bila kami sudah sedia akan kongsi gambar baby.
“Terima kasih sekali lagi untuk semua ucapan,” ujar pemilik nama lengkap Raja Ramilah Begum Raja Mohammad ini.
Menerusi beberapa paparan di Insta Stories juga, Raja Ilya dilihat turut ditemani suami, Trent Garrett sementara menantikan momen bermakna mereka.
Terdahulu, bintang cantik itu mendirikan rumah tangga bersama lelaki warga negara Australia berkenaan pada Disember 2018.
Selepas mendirikan rumah tangga, Raja Ilya berpindah ke Perth dan sudah dua tahun tidak pulang ke Malaysia akibat penularan pandemik COVID-19 sebelum ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.