Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof memilih untuk menyelesaikan isu kekeluargaan sesama anggota keluarga, tanpa melihatkan mana-mana pihak luar.
Syamsul mengulas mengenai hal itu sebagai menjawab pertanyaan media mengenai doa dan harapan bapanya yang juga penerbit, Datuk Yusof Haslam agar urusannya dipermudahkan, sebelum ini.
“Itu urusan keluarga dan urusan keluarga, selesaikan di antara keluarga. Seperti saya cakap, apa sahaja isu peribadi, saya pilih untuk tidak berkongsi dengan media.
“Kalau kita ada isu keluarga, kita tak perlu babitkan jiran kita, betul tak? Sebab benda itu boleh mengeruhkan keadaan. Itu sahaja yang saya mampu cakap,” katanya.
Terdahulu, Yusof berharap agar anaknya itu dikuatkan semangat bagi menghadapi dugaan dalam rumah tangganya.
“Saya doakan Syamsul kuatkan semangat dia untuk menghadapi apa sahaja cabaran dan dugaan. Jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran,” katanya.
Terdahulu pada 5 September lalu, Syamsul sah bercerai talak satu dengan bekas isteri, Ira Kazar selepas Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor memutuskan lafaz cerai taknik yang dibuat di luar mahkamah adalah sah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
@mediahiburanofficial “Itu urusan keluarga dan urusan keluarga selesaikan di antara keluarga. Seperti saya cakap, apa sahaja isu peribadi, saya pilih untuk tidak berkongsi…” Pengarah, Syamsul Yusof memberikan reaksi tersebut sejurus diminta mengulas mengenai doa dan harapan bapanya yang juga penerbit, Datuk Yusof Haslam agar urusannya dipermudahkan, sebelum ini. #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ Sad Vibes – Sad Waves
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI